Seorang pemuda terkejut dan kecewa apabila kereta Perodua Kancil miliknya dirosakkan oleh penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak bertanggungjawab. Menerusi gambar yang dimuat naik, cermin sisi keretanya dilihat telah dipatahkan dan dia juga turut mendapat surat ‘amaran’ dipercayai daripada individu yang membuat kerosakan itu. "Lain kali jangan parking dekat sini kalau sayang kereta. Kalau orang lain tak parking. Janganlah parking pandai-pandai park sini. Amaran pertama." Difahamkan, dia telah menumpang di rumah kakaknya sejak ibunya meninggal dua minggu lalu dan sebelum kejadian, dia telah meletakkan kereta di tepi simpang kerana tiada parkir.
"Malam tadi puas saya mencari parking dan terpaksa saya masuk parking di tepi simpang tiga. Cermin sisi saya lipat dan brek tangan saya turunkan sekiranya saya mengganggu lalu lintas, kereta saya boleh tolak ke depan." Pada waktu pagi, dia berniat untuk mengalihkan kereta namun parkir masih penuh lalu dia terus pergi ke tempat kerja. "Tadi pukul 10 malam, saya turun (dari rumah) dengan niat nak alih kereta. Tengok-tengok keadaan kereta dah macam ni." Luah pemuda itu lagi, sekiranya dia bersalah penduduk tersebut seharusnya boleh bertolak ansur terlebih dahulu dengan menghantar mesej di grup Whatsapp flat berkenaan. SUMBER : Facebook/Beautifulnara |
Lily_Elizabeth_ replied at 11-7-2024 10:31 PM
Sian dia; jahat sungguh orang miskin tu; dahlah miskin; garang dan baran dan tiada otak pecahkan bar ...
ADVERTISEMENT