CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanusi Sedih, Kecewa Isu Judi Di Kedah - "Sesiapa Yang Terbabit Itu, Jawab Dengan Tuhan, Dia Ingat Lepas Di Dunia, Akhirat Tak Lepas"

10-7-2024 09:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21132| Komen: 17



Alor Setar: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan pihak yang menentang keputusan kerajaan negeri tidak lagi meluluskan lesen premis judi di Kedah.

Beliau berkata, sebagai pemimpin, beliau sudah melaksanakan tanggungjawab untuk patuh pada perintah tuhan yang mengharamkan kegiatan judi.

"Saya sudah laksanakan peranan saya dan tetapkan pendirian selari dengan perintah tuhan. Sesiapa yang terbabit itu, jawab dengan tuhan, dia ingat lepas di dunia, akhirat tak lepas.

"Saya sudah buat apa dalam bidang kuasa saya, saya telah laksanakan perintah tuhan ke atas saya. Setiap manusia dihantar ke dunia ada tanggungjawab sebagai khalifah.

"Saya amat sedih, ada lagi ruang dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, bila dilaksanakan satu tuntutan besar dalam Islam, boleh dicaras macam itu saja," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu, membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat bagi menghalang tindakan kerajaan negeri mengharamkan aktiviti perjudian berlesen.

Pada 14 November 2022, Muhammad Sanusi mengumumkan kerajaan negeri tidak lagi meluluskan lesen judi selain mengehadkan penjualan arak di semua premis terutama di kawasan luar bandar negeri ini.

Pada 1 Januari tahun lalu, keputusan itu dikuatkuasakan menyebabkan semua premis perjudian dan loteri tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri akan menggunakan saluran perundangan dalam mempertahankan keputusan menutup premis judi di Kedah.

Katanya, setakat ini notis rayuan sudah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.

"Notis permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi difailkan pada 4 Julai lalu, semakan kehakiman telah dibuat operator syarikat perjudian dan diterima mahkamah.

"Ini bermakna keputusan Kedah dianggap terbatal dengan keputusan tersebut. Berikutan keputusan itu, kita kemuka dua notis untuk mohon tangguh sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan," katanya

Muhammad Sanusi berkata, setakat ini dasar larangan kegiatan perjudian masih berkuat kuasa di negeri ini sehingga keputusan baharu diputuskan.

Katanya, syarikat perjudian terbabit turut memohon ganti rugi daripada kerajaan negeri kerana mereka tidak dapat beroperasi sebelum ini.

"Saya tak tahu berapa jumlahnya, tetapi kita boleh tahu berapa keuntungan diperoleh syarikat judi ini.

"Kita boleh tahu berapa banyak duit orang Kedah pergi kepada syarikat serta tauke judi dan saya tak mahu perkara itu berlaku.

"Jumlah itu bukan saya yang tentukan tetapi rasanya mahkamah yang akan tafsirkan nanti. Saya tak boleh ulas lanjut kerana ini masih kes mahkamah," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 10-7-2024 11:23 PM
Syarikat judi mohon ganti rugi dr kerajaan? Sah lah syarikat ni pasti ada untung sampingan. Punyalah sakitnya hati diorg sampai tak puashati tahap mamps.
Quote ultra78 10-7-2024 11:56 PM
Pada pendapat aku kerajaan Kedah tidak salah apabila tidak lagi mengeluarkan dan memperbaharui lesen premis judi. Pengeluaran lesen premis perniagaan kan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Quote sayurmayur88 11-7-2024 07:41 AM
susah kan jadi pemimpin ni.. banyak kena fikir, semoga diberi kekuatan dan kemudahan
Quote Ciktiekus 11-7-2024 08:18 AM
Ketua agama lah yg kne menjawab esok
Quote Abahmung 11-7-2024 08:44 AM
Lebih 40 premis judi di Kelantan didakwa berselindung di sebalik kedai aksesori telefon
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Jun 24, 2024 @ 7:18am
[email protected]




KOTA BHARU: Sekumpulan penduduk mendakwa lebih 40 premis judi dalam talian beroperasi secara aktif di beberapa daerah di Kelantan dengan berselindung di sebalik kedai aksesori telefon.

Aktiviti itu dikesan di beberapa daerah termasuk Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu yang didakwa beroperasi sejak lima tahun lalu.

Wakil penduduk, Noor Hafsham Halim, 36, dari Kampung Padang Tembak, di sini, berkata dia dan rakan-rakannya turut mempunyai bukti rakaman video dan gambar berhubung aktiviti berkenaan.

"Hari ini (semalam) kami tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung premis judi dalam talian yang semakin banyak di Kelantan.


"Kita mendapati kebanyakan premis ini berselindung di sebalik kedai aksesori telefon dan tujuan laporan polis dibuat supaya tindakan tegas diambil terhadap premis berkenaan," katanya ketika ditemui.

Katanya, pihaknya turut menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung senarai premis yang dipercayai terbabit dengan aktiviti terlarang itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan menjalankan risikan terhadap dakwaan berkenaan.

Katanya, kegiatan judi dalam talian di Kelantan lebih tinggi berbanding judi lain yang mana 83 kes direkodkan dari Januari sehingga semalam dengan 48 kes sudah dituduh di mahkamah.

"Kegiatan judi dalam talian disiasat mengikut Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953/4B(a)," katanya.

Quote Radzor 11-7-2024 10:08 AM
Kat singapore penjualan chewing gum pun boleh diharqmkan
Quote nusaraya 13-7-2024 11:54 AM
Edited by nusaraya at 13-7-2024 12:00 PM

Inilah sebab utama mengapa upaya menghapus judi di Kedah gagal total ....
  
Apa yang anda nak pilih ... Lapar atau membiarkan activity HARAM terus terjadi di depan mata anda ? .....Hehehehe


[youtube]Y4H7-3GJv8U[/youtube]



Quote blue_blur 13-7-2024 12:32 PM
benda bole je fight kalau nak buat betul2... wujud kan kor khas pbt tu.. station kan anggota waktu kedai judi tu operasi seluruh kedah... mana berkupiah tu masuk tangkap lah... rombak balik bajet tu, hasil saman parking jangan dok joli satu dua tempat aja..

luar premis tu kuasa pbt, apa nak takut..fight la habisan, jangan la claim dah buat terbaik bila baru sekali kena jentik dihalang..
Quote terma2nkondisi2 13-7-2024 04:57 PM
ultra78 replied at 10-7-2024 11:56 PM
Pada pendapat aku kerajaan Kedah tidak salah apabila tidak lagi mengeluarkan dan memperbaharui lesen ...

agak menarik kes judi ni

pihak yg sokong stop judi.. guna hujah semua agama di malaysia ni haramkan judi, so okay je kalau kerajaan kedah nak stopkan judi.. maknanya lain la sekiranya rakyat malaysia atau kedah dah ke arah liberal tak nak guna agama, baru la ada alasan kenapa tak boleh stop judi

pihak yg nak teruskan judi pula.. guna hujah perkara 75 perlembagaan persekutuan.. persekutuan benarkan judi, so negeri tak boleh la nak stopkan judi walaupun negeri yg keluarkan lesen judi

sekiranya benar hujah yg mengatakan semua agama di malaysia ni haramkan judi, maknanya polisi benarkan judi di peringkat persekutuan ni adalah polisi yg tidak bersandarkan agama2 di malaysia

kerumitan isu ni mungkin boleh diselesaikan atau dikurangkan sekiranya ahli2 parlimen fokus pada perkara 75 perlembagaan.. kemudian baru turun ke peringkat negeri utk tindakan lanjut

apa2 pun, buat masa ni berkenaan isu ni, kena tunggu keputusan rayuan oleh kerajaan kedah
Quote Apoo 13-7-2024 05:13 PM
terma2nkondisi2 replied at 13-7-2024 04:57 PM
agak menarik kes judi ni

pihak yg sokong stop judi.. guna hujah semua agama di malaysia ni haramk ...


Yup, peruntukan ini yang kena ubah. Sbb tu masa PAS jadi sebahagian kerajaan PN dulu, depa takdak pun usaha untuk pinda perkara 75 & juga 355. Masing2 dok sedap mkn gaji buta. Bilangan cabutan judi bertambah pun depa tak bantah.

Bila hilang kuasa baru meroyan nak laksanakan hudud la, larangan judi etc. Bila ditanya, alasannya time covid. Hampeh. Negara lain pun covid. Tp parlimen tetap berjalan. Malaysia saja negara yg gantung parlimen time covid. Memalukan betul.
Quote MissYouSayang 13-7-2024 05:26 PM
Mesti walanon yg menentang pengharaman judi ni...hareiii walanon
Quote Skuau 13-7-2024 05:27 PM
Edited by Skuau at 13-7-2024 05:31 PM

Sebab itu kita olang suka ini negala..kita mali..lu olang ikut kita...bukan kita ikut lu olang...kalau kita negala..lu tak boleh ikut kita punya law..lu olang cari la satu pulau tada olang..buat sendiri negala..suka lu olang la mau buat apa...lu olang manyak makan belacan la...sapa modoh sikalang???
Quote terma2nkondisi2 13-7-2024 05:58 PM
Edited by terma2nkondisi2 at 13-7-2024 05:59 PM
Apoo replied at 13-7-2024 05:13 PM
Yup, peruntukan ini yang kena ubah. Sbb tu masa PAS jadi sebahagian kerajaan PN dulu, depa takdak  ...


nampak tak bongoknya ko ni

elok je hantaran oleh acik ultra78 yg mana menyebabkan aku berminat utk berbincang secara ilmiah.. sbb tu hantaran aku tu tak sebut pun parti politik ke atau mana2 politikus

tibe2 ntah dari mana ko pun secara bongok reply aku sebut pas pn pas pn pas pn

ko nak aku buat ape.. aku bukannya politikus atau penyokong pas ke pn ke nak pertahankan pas atau pn dan aku bukannya mak ko pun utk mengadu pasal isu ni

bongok ko ni dah semakin parah eh
Quote terma2nkondisi2 13-7-2024 06:06 PM
aku tak paham betul dgn golongan walanon ni.. berterusan mempamerkan kebongokan yg ada pada diri

pehtu acah2 nak tunjuk pandai konon2nya bersetuju dgn poin aku pada mulanya.. pehtu plak acah2 nak tunjukkan bijak konon2 nak tunjukkan kelemahan pihak politik lawan.. adoi la
Quote NazRysha 15-7-2024 02:22 PM
sebelum hapuskan judi boleh tak ko nasihatkan
bini sultan kedah & kerabatnya pakai tudung menutup aurat
Quote manop 23-7-2024 10:56 AM
Menggelupor....zaman PN apasal cabutan naik?

Kahkahkahkah
Quote ⠀⠀⠀ 6-9-2024 03:03 PM

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.033978 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top