CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melaka perhalusi titah Agong penggunaan pembesar suara masjid - "Kita sedang memperhalusi dalam pelbagai sudut titah tuanku"

9-7-2024 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21194| Komen: 30



MELAKA – Kerajaan negeri sedang memperhalusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menyarankan pembesar suara wajar dilakukan secara lantang apabila masuk waktu solat sementara bacaan al-Quran, solat fardhu dan kuliah agama terhad dalam kawasan masjid atau surau.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pelbagai faktor akan dinilai termasuk demografi di sesuatu kawasan agar keputusan yang dibuat kelak bersesuaian dengan keadaan di negeri ini.

“Agong merupakan ketua agama Islam di Melaka. Kita sedang memperhalusi dalam pelbagai sudut titah tuanku yang bersesuaian dengan keadaan di Melaka.

“Jadi sekiranya garis panduan ini mengambil kira pembesar suara dalam sesuatu kawasan, kita ikut lokaliti. Saya rasa untuk orang yang duduk dalam komuniti muslim tidak ada rungutan,” katanya dalam sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.


Sebelum ini, media melaporkan, Sultan Ibrahim bertitah agar semua rakyat menjaga keharmonian di negara ini dengan sikap saling menghormati, saling memahami dan bertolak ansur.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saifullah01 10-7-2024 02:19 AM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=750793&highlight=web%2Bhostinghttps://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=750793&highlight=web%2Bhostinghttps://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=750793&highlight=web%2Bhostinghttps://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=750793&highlight=web%2Bhostinghttps://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=750793&highlight=web%2Bhostinghttps://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=750793&highlight=web%2Bhostinghttps://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=750793&highlight=web%2Bhosting
Quote Isninselasarabu 10-7-2024 06:10 AM
Bodo la.. nk perhalusi mende...kalu tmpt tu ade surau...gune kanlaj pembesar suara.. negara islam kan.. tp lebih penting ke kapir...
Quote shida81 10-7-2024 07:13 AM
Melaka ni BN pegang ke? Sllu org2 BN ni cepat menggelupur klu agong or sultan ckp something
Quote Tinot7 10-7-2024 07:21 AM
shida81 replied at 10-7-2024 07:13 AM
Melaka ni BN pegang ke? Sllu org2 BN ni cepat menggelupur klu agong or sultan ckp something

Bkn ka johor pun bawah bn?
Quote shida81 10-7-2024 07:36 AM
Tinot7 replied at 10-7-2024 07:21 AM
Bkn ka johor pun bawah bn?

Ntah2 Johor da siap laksanakan pun.. Ak nk tny laki ak.. Pakcik dia ak surau kt jb... Knowing sedara mara laki ak kt jb tu mmg pantang sultan buka mulut.. Laju je dorang wat keje.. Lg2 sultan dorang...
Quote BoongaKertas 10-7-2024 08:18 AM
bab ni iols agree. kat masjid area rumah meols, dia baca ngaji x berapa nak sdp suaranya tp konfiden pakai speaker. speaker utk azan jer takpe kot. sbb sakit hati gak lah mcm baca quran main2. kdg2 terfikir, hitam ke hati aku ckp mcm tu?
Quote shamsadis 10-7-2024 08:27 AM
aku duduk dekat padang pasir hampir 5 tahun, surau/masjid hanya guna untuk azan, mungkin sebab orang Arab boleh berbahasa Arab, jadi bacaan Al-Quran dah biasa, ceramah agama buat di sekolah je....
Quote kucingitam 10-7-2024 09:09 AM
BoongaKertas replied at 10-7-2024 08:18 AM
bab ni iols agree. kat masjid area rumah meols, dia baca ngaji x berapa nak sdp suaranya tp konfiden ...

tak..hati ko tak hitam... tpt aku pun mcm tu..tak perlu kot nak guna pembesar suara nak ceramah, mengaji, time solat jemaah sampai taman lain boleh dgr. mengganggu sbnrnya. aku ni tinggal 100m dr surau. imejinlah terkejut ke tidak bila penceramah tiba2 terpekik..kau dah la guna mic, terpekik pulak lagi. belum lagi tgh ko solat, tiba2 drg start berjemaah, kau yang dah tahiyat akhir pun silap2 terbaca al fatihah sekali..
Quote BoongaKertas 10-7-2024 09:48 AM
kucingitam replied at 10-7-2024 01:09 AM
tak..hati ko tak hitam... tpt aku pun mcm tu..tak perlu kot nak guna pembesar suara nak ceramah, m ...

kes chuols lg susah eh. nak marah, tp mcm takut plak dikatakan xtau agama. teringat kes yg prof tu buat kelas online pastu minta org masjid lower kan suara speaker, dikatakan beliau xtau agama plak. org marah sheols. hmm...
Quote kucingitam 10-7-2024 10:16 AM
BoongaKertas replied at 10-7-2024 09:48 AM
kes chuols lg susah eh. nak marah, tp mcm takut plak dikatakan xtau agama. teringat kes yg prof tu ...

haha.. tu ler..satgi yang terpaling agama cakap kita saitan plak dgr  ngaji pun menggelupur
Quote axl_bach 10-7-2024 10:22 AM
Isninselasarabu replied at 10-7-2024 06:10 AM
Bodo la.. nk perhalusi mende...kalu tmpt tu ade surau...gune kanlaj pembesar suara.. negara islam ka ...

Bkn isu negara Islam atau pentingkan kafir, ini isu tuntutan agama..... Agama x ajar tinggikan bacaan sampai ganggu org sebelah, apatah lg guna speaker sampai ganggu satu kampung....

Ceramah, solawat, bacaan quran mmg x perlu pun satu qariah dengar... Azan dan iqomat ya, wajib guna speaker
Quote Momohizan 10-7-2024 10:25 AM
kucingitam replied at 10-7-2024 09:09 AM
tak..hati ko tak hitam... tpt aku pun mcm tu..tak perlu kot nak guna pembesar suara nak ceramah, m ...

I pun sama, dulu tinggal 50 meter je dari mesjid. Tapi jenis AJK mesjid degil. Semua activity mesjid nak blast pakai speaker. Stress gila. Dah la yang dia blast pakai speaker tu rakaman orang mengaji, bukan live mengaji. I pindah rumah sekarang, dekat dengan surau, elok je surau ni. Azan je guna speaker. Kuliah, tahlil n lain2 tu dalam surau je dengar. Hatta announcement orang meninggal pun tak buat tru speaker. Message dalam group WhatsApp je.
Quote Momohizan 10-7-2024 10:29 AM
axl_bach replied at 10-7-2024 10:22 AM
Bkn isu negara Islam atau pentingkan kafir, ini isu tuntutan agama..... Agama x ajar tinggikan bac ...

Thanks kaka. I paling tak boleh blah dia announce tru speaker setaman, motor/kereta siapa park dalam compound masjid.
Quote axl_bach 10-7-2024 12:16 PM
Momohizan replied at 10-7-2024 10:29 AM
Thanks kaka. I paling tak boleh blah dia announce tru speaker setaman, motor/kereta siapa park dal ...

Masalah kita campur adukkan ajaran agama dgn agenda nk tunjuk kita punya superiority.....

Agama kata jgn ganggu org sebelah dgn suara yg nyaring, kita atas sbb nk tunjuk ini tanah kita, nk pasang speaker sekuat2nya atas urusan yg agama x suruh....
Quote Tinot7 10-7-2024 05:37 PM
shida81 replied at 10-7-2024 07:36 AM
Ntah2 Johor da siap laksanakan pun.. Ak nk tny laki ak.. Pakcik dia ak surau kt jb... Knowing seda ...

Bkn ka sana dah ada yg tak angkat tangan bila doa ke ataih sultan deme setiap jumaat?

Kat johor mmg kena laksanakan teruih.. sbb nnt mata2 sotan pi cek.. tatau la apa kesannya kalau tak buat.. pasai azan kena kuat, kat KL pun ada azan.. tatau la tmpt lain.. selangor lain kott sbb aritu kan ada org komplen pasai azan ka apa..
Quote kakikuDibibirmu 10-7-2024 05:48 PM
Tinot7 replied at 10-7-2024 05:37 PM
Bkn ka sana dah ada yg tak angkat tangan bila doa ke ataih sultan deme setiap jumaat?

Kat johor m ...

[youtube]GpYdxzJZYTU[/youtube]
Quote arasham 10-7-2024 07:00 PM
axl_bach replied at 10-7-2024 10:22 AM
Bkn isu negara Islam atau pentingkan kafir, ini isu tuntutan agama..... Agama x ajar tinggikan bac ...

3 saje yg dituntut dilaung/kuat/guna speaker(jaman now)
1. Azan
2. Takbir Raya
3. Talbiah
Quote Orenn1 10-7-2024 07:06 PM
Pendapat aku, pakai penbesar suara time Azan sudah. Upacara mengaji baca quran ceramah bagai just utk pengunjungs dlm masjid/surau sudah sbb org kat luar ada activities lain utk di focus mcm tgh tidur, anak kecik tgh tidur, perlu tido cukup tanpa gangguan nanti nak kena bangun awal uruskan anak pegi keja bagai or tgh buat activity lain.
Quote TeropongThaico 10-7-2024 07:09 PM
Harap negeri lain pun ikut arahan ni juga

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.114195 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top