CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video ritual pelik usap tiang surau Nabi Khidir ‘bersandar’ disiasat jabatan agama

9-7-2024 11:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21564| Komen: 40



KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sedang menyiasat penularan video ritual pelik mengusap tiang sebuah surau di bandar raya ini yang didakwa pernah menjadi tempat Nabi Khidir bersandar.

Surau yang terletak berhampiran pusara Tokku Paloh itu didakwa pernah dilawati nabi tersebut ketika menziarahi ulama terkenal Terengganu yang hidup antara 1817 dan 1917.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, siasatan segera dijalankan sebaik video ritual pelik itu tular di media sosial beberapa hari lalu.

“Dakwaan itu akan dirujuk kepada Jabatan Mufti Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut.

“JHEAT memandang serius dakwaan kewujudan fahaman itu yang dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Terdahulu, tular satu video berdurasi dua minit 58 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkunjung ke Surau Tok Ku Paloh di sini.

Beberapa pengunjung dilihat mengusap tiang didakwa menjadi tempat bersandar Nabi Khidir. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 10-7-2024 05:00 AM
Dah kenapa pgg tiang gitu.yg pelik2 ajalah
Quote jejaka_hensem 10-7-2024 05:04 AM
Akhir zaman ni,harap agama Islam yg iols pegang ni merupakan agama Islam yg sebenar.amin..
Quote Thunderclouds 10-7-2024 06:10 AM
Mulayu & khurafat bpisah teda.
Quote dua_chzy 10-7-2024 07:06 AM
Kutuk lagik Konoha.

Padahal umat Islam negara kau ni pun sama weng.
Quote damsel_fiji 10-7-2024 07:39 AM
pelik2 jah prangai
Quote Buritan 10-7-2024 07:57 AM
jejaka_hensem: Akhir zaman ni,harap agama Isl ...


Aku pun sama riso jugak.. kita dah amal berzaman tup tup kurafat ke.. mana aku tau
Quote otai_g 10-7-2024 07:59 AM
Ini perbuatan individu. X melambangkan keseluruhan agama Islam. Abeh kalo segelintir Hindu sembah ular x kan ko nak kata semua Hindu penyembah ular? Contoh lah
Quote BoongaKertas 10-7-2024 08:16 AM
ingtkan kat konoha. lol. rupanya msia...
Quote ahlisihircute 10-7-2024 08:23 AM
Jangan ada yg cium lak tiang tu...
Quote A-Are 10-7-2024 08:45 AM
benda pelik2 selalulah kat negeri yg satu ni...kenapa ye gitu
Quote KamikuP 10-7-2024 09:40 AM
Akibat makang ikang?
Quote lee_sakura 10-7-2024 09:41 AM
ahlisihircute replied at 10-7-2024 08:23 AM
Jangan ada yg cium lak tiang tu...

mesti dh ade tu, ntah2 siap peluk lg...amik berkat la katakan
Quote AnBulisia 10-7-2024 10:57 AM
bezanya malaysia ngan konoha ialah
apabila ada benda2 khurafat sebegini
kalau Malaysia, Jabatan agama akan segera siasat dan ambil tindakan
kalau konoha, yang selalu diperhatikan adalah dibiarkan
tiada tindakan, jadi akan berulang2 dari tahun ke tahun

Quote cantthinkofany 10-7-2024 11:11 AM
just nak tanya....apa jadi kat pengasas ugama2 sesat ni apabila ditangkap....gantung?...penjara?....
Quote sayurmayur88 10-7-2024 11:22 AM
perangai org2 konoha merebak ke mesia
Quote Bungatulip1171 10-7-2024 11:37 AM
Pelik2nya perangai
Quote copy_paste 10-7-2024 11:56 AM
Buritan replied at 10-7-2024 07:57 AM
Aku pun sama riso jugak.. kita dah amal berzaman tup tup kurafat ke.. mana aku tau

sbb tu ada yg belajar dan kaji sendiri,kesudahnye jd agama baru mcm sihulk.

Quote edayildiz 10-7-2024 12:08 PM
biasa  yg mudah terpengaruh org bijak pandai berkejaya bkn suri rumah
i kenot brain mcmna u yg tahu agama blh terpengaruh..so bodoh
mcm bini kazen i thn lps..kntoi ngn laki dia..hbs pondok markas umah ajarn sesat kt hutan perak tu kena serbu ngn polis..dlm hutan tau markas tu..nk masuk hutan kena pakai keta dorg....bini kazen i cikgu..alim je diaa huhu..
pastu raya ritu buat bodoh mcm org xtahu cite  dia
Quote Momohizan 10-7-2024 01:36 PM
Cop....Nabi Khidir ni siapa?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064327 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top