GEORGE TOWN – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 21 kilogram (kg) sate katak bernilai RM1,500 di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini hari ini. Jurucakap Maqis Pulau Pinang berkata, sate katak tersebut dirampas di pintu masuk lapangan terbang berkenaan dan dipercayai dibawa dari Myanmar. Katanya, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui bantuan mesin pengimbas dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai Maqis. “Sate katak seberat 21 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1,500 ini dirampas menerusi pemeriksaan bagasi yang dilakukan terhadap beberapa orang penumpang dari Myanmar. “Rampasan ini merupakan rampasan terbesar bagi produk hasilan haiwan setakat bulan ini,” katanya di sini hari ini. Menurutnya, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh di hukum dibawah Seksyen 11(3) akta sama. Sumber -KOSMO! ONLINE |
bebulu replied at 6-7-2024 02:39 AM
Teringat pada English teacher aku dulu. Dia cerita daging katak ni sedap. Tender kata nya. Kami yang ...
yoppoy replied at 6-7-2024 06:28 AM
Orang kata rasa cam ayam
Boyer pun rasa cam ayam
Ayam dua alam kot
kepompong replied at 6-7-2024 05:11 AM
kalau rasa macam ayam tak la sedap mana pun. sbb pada i ayam tak sedap pun
dua_chzy replied at 6-7-2024 01:16 PM
Daging katak lagik manis dari ayam. Lagi2 katak sawah yang hidup liar.
Yang dalam gamba ni tak t ...
otai_g replied at 6-7-2024 02:01 PM
Masalahnya knp nak import katak ni Dr Myanmar? Apa kat msia x ada katak ka?
ADVERTISEMENT