Usahawan dan bekas personaliti TV, Norjuma Habib Mohamed mencuri tumpuan netizen apabila dia muncul dalam satu video, baru-baru ini. Dalam video tersebut, Norjuma meminta rakan media untuk memanggilnya dengan gelaran ‘Datin Che Puan’ ketika menghadiri sesi sidang media bagi menjawab dakwaan dirinya dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. "Sebenarnya boleh tau kalau panggil saya Datin Che Puan Norjuma. Saya sangat okay kalau dipanggil dengan gelaran itu." "Kalau orang lain mungkin mereka akan cakap, ‘eh tak apa sebab kami tak kisah dengan gelaran itu. Itu tak apalah (hak mereka) kalau dah kahwin dengan orang lain kan." Tambahnya lagi, dia masih mempunyai suami namun enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.
"Suami saya sekarang adalah. Suami saya sekarang mungkin suami orang (lain) dulu." Terdahulu, Norjuma didakwa dengan lima pertuduhan mencederakan tiga orang individu, melakukan khianat serta berdepan empat waran tangkap. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
kopokcikedis replied at 4-7-2024 11:59 PM
GAM brand apa lah yg d sedut che puan niiii??
ADVERTISEMENT