CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri penuhi impian Ariff Bahran miliki Porsche Cayman 718 Berharga Setengah Juta Ringgit

4-7-2024 10:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9468| Komen: 80


Penyanyi Ariff Bahran terkejut apabila isterinya, Amirah Syzwani memberi 'lampu hijau' untuk dia memiliki kereta mewah jenis Porsche Cayman 718 yang dianggarkan bernilai lebih RM500,000 baru-baru ini.

Bahran berkata, impiannya untuk memandu kereta mewah itu akhirnya menjadi kenyataan selepas Amirah membuat kejutan dengan membayar wang tempahan kenderaan itu.


"Saya memang dah lama teringin nak beli kereta ini tapi selagi isteri belum beri keizinan, saya tangguhkan impian membeli kereta ini.

"Tak sangka baru-baru ini dia buat kejutan dan merestui saya membeli kereta ini memandangkan ia adalah kereta dua pintu yang agak terhad untuk dibawa bersama keluarga." katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Bahran, dia tidak mampu membeli kereta mewah itu sekiranya hanya bersandarkan kepada kerjaya nyanyian semata-mata.


Katanya lagi, dia kini berjaya membuktikan pembabitannya dalam pelaburan mata wang dan jual beli barangan mewah berjaya mengubah nasib hidupnya.

"Saya bersyukur dapat miliki kereta impian ini. Dulu masa aktif menyanyi, belum tentu saya ada peluang nak dapat kereta ini.

"Saya akui fokus utama saya sekarang adalah dalam dunia perniagaan. Saya tak tahu di mana silapnya kehadiran saya sebagai penyanyi sukar diterima, jadi saya perlu cari alternatif lain untuk terus hidup.

"Alhamdulillah sepanjang lapan tahun ini saya begitu fokus dalam 'trading' dan jual beli mata wang asing serta barangan mewah. Saya juga mempunyai butik di Subang untuk barangan mewah yang saya jual beli.

"Walaupun kerjaya saya ini ramai yang tak yakin mampu pergi jauh, tapi selagi kita konsisten dan perbesarkan empayar yang dimiliki, Insya-Allah kejayaan akan datang.

"Saya juga bukan macam orang lain yang mencari ahli baru untuk perniagaan yang diusahakan ini, tetapi saya sekadar berkongsi segala tips secara percuma di media sosial.

"Kalau rasa nak belajar, dipersilakan. Tapi saya beritahu dunia 'trading' ini tak mudah kerana ambil masa bertahun untuk kita betul-betul faham dan berjaya," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 4-7-2024 10:25 PM
siapa je la kau ni
Quote hyie 4-7-2024 10:34 PM

tak silap sepupu dik qieqie @ haqiem rusli.
Quote mawardia 4-7-2024 10:35 PM
"Oh ye. Ini juga untuk kepada yang menghinaku dahulu."
- Ayat standard loser yang kaki sentap.
Quote I.K.A888990 4-7-2024 10:38 PM
hyie replied at 4-7-2024 10:34 PM
tak silap sepupu dik qieqie @ haqiem rusli.

lahhhh yg tiber sepupu jauh dik qiqi tu ke yg masuk famili duo tu kan
adeh tenkiu kaka
Quote sukanyanyi 4-7-2024 10:47 PM
I.K.A888990 replied at 4-7-2024 10:38 PM
lahhhh yg tiber sepupu jauh dik qiqi tu ke yg masuk famili duo tu kan
adeh tenkiu kaka

Oh a'ah la baru ingat dorang masuk bersama2.. tp iols tgk heols ni terikut2 gaya nyanyi spupu jauhnya tu.. camne nak maju dlm dunia seni bila cenggitu kan. Mmg patut la dia buat kerjaya lain.. dulu zaman org gosip2 dia ngan srh suhairi ade la naik kejap sbb org kan suka psgn duet kengkonon bercinta ni.. pas kawin mmg sendu terus sbb identiti sblm kawin pun kurang menyerlah.
Quote lilacomot 4-7-2024 10:49 PM
Forex ke...
Quote I.K.A888990 4-7-2024 10:59 PM
sukanyanyi replied at 4-7-2024 10:47 PM
Oh a'ah la baru ingat dorang masuk bersama2.. tp iols tgk heols ni terikut2 gaya nyanyi spupu jauh ...

haaa masa dgn sara tu boleh tahan gak la depa ni suka lagu ost sajeeda tu..kalau dah bercopy pasta dgn org lain mmg susah la nk survive..kalau takat nyanyi je tak boleh nak buat lagu mmg parah la..tapi dia dah kaya kan bertrading bagai pebenda ni hahah kot bertahan lama lah gamaknya
Quote AWEKSAMURAI 4-7-2024 11:03 PM
Kereta Skrap Singapore ke tu? 500k entah 50k pun xde ..ign tipu2 tau..kat Malaysia ni ramai je pakai kete skrap Singapore
Quote Enola 4-7-2024 11:09 PM
Kaya kaya ya orang Malaysia ni.. aman makmur damai sejahtera......
Quote LembingDayanti 4-7-2024 11:16 PM
cringe nak mamposss
Quote blue_blur 4-7-2024 11:27 PM
Edited by blue_blur at 4-7-2024 11:29 PM

apa nama reporter metroharian ni? dah tu tak rasa segan ke nak share benda macam ni kalau pun reporter tu push nak juga publish artikel ni........... dah duit kau sendiri, restu jadah nya dari bini.... kalau dari makpak oke la lagi.....

(speechless..... ramai2 sorak macam tu......... segan wei............)
Quote sfrnna 4-7-2024 11:33 PM
Org melayu muda yg income xtau asal usul bawak kereta mahal mesti la sbb forex ye dok... org kaya pun beli kereta mahal atas nama syarikat nokk
Quote Bungatulip1171 4-7-2024 11:33 PM
Alhamdulillah..byk duit dia
Quote akaisora 5-7-2024 01:04 AM
video yg ramai2 bersorak tu,alahai bataknya lahaii.berapa sen la dibayar berator mcm tu jerit2 tu.halah2 diknon.jauh lagi diknon oi.
Quote ct_earn 5-7-2024 07:58 AM
Hmmm.. Buat forex ke tu..
Quote chandrahusin 5-7-2024 08:24 AM
Ariff Bahran ni ada nyanyi dgn 2 org lagi
duet lagu Jesnita
Quote Ai_kiu 5-7-2024 08:28 AM
Sori xkenal who r yus sangad
Apa pencapaian so far
Red flag ya berita mcm ni

Tgu jela lhdn query
Quote menjad 5-7-2024 08:38 AM
jujurin tak kenal sapa nihhhh.

menambah hutang jer kerja kau

baik beli emas dapat jugak sekilo gold bar... lagi berbaloi..
bini pulak manjakan laki... mmmmmm
Quote rayna_raynes 5-7-2024 10:02 AM
Jgn nnt dah tua keluar berita mintak rumah PPR pulak. Harap dah byk savings kat segenap penjuru

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.070399 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top