Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah, 34, mengejutkan pengikutnya di Instagram (IG) apabila tampil dengan imej botak. Menerusi klip video yang dipaparkan di media sosial itu Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin yang memakai cermin mata hitam kelihatan membuka bajunya dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur. Tindakan bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima itu mendapat banyak tanda suka dikalangan pengikutnya bagaimanapun ruang komen ditutup. Tidak dapat dipastikan adakah tindakan Nonny bagi memenuhi tuntutan watak bagi projek terbaru atau sebaliknya. Sebelum ini Harian Metro melaporkan artis dari Sabah yang cukup menyerlah dalam bidang lakonan itu mendedahkan dia makin pulih daripada gangguan sihir sejak tiga tahun lalu. Nonny turut membuat perkongsian di IG mendakwa wajahnya menjadi senget sebelah akibat gangguan sihir sekali gus mencuri perhatian ramai di media sosial. Sumber : Harian Metro |
lilac85 replied at 4-7-2024 01:30 AM
Apa function but bedak sblm tarah
ketambangkang replied at 4-7-2024 09:31 AM
boleh geng la ni ngn iqram dinzly, patia latip
mamapea replied at 4-7-2024 08:15 AM
muka senget ke sbb bell palsy?
ADVERTISEMENT