CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah Macwilson Ditegur Public Health Malaysia (PHM) Kerana Babak Merokok

3-7-2024 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13711| Komen: 47



Pelakon Zahirah MacWilson ditegur persatuan Public Health Malaysia (PHM) gara-gara jayakan babak merokok menerusi sebuah drama baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, PHM seolah mengatakan Zahirah sengaja mempromosikan amalan gaya hidup tak sihat yang boleh membawa pengaruh buruk kepada anak muda.


“Kepada semua pelakon dan pengiat seni, teguhkan prinsip dalam kerjaya dengan meletakkan garis sempadan dalam hasil kerja anda.

“Agak menyedihkan situasi di Malaysia apabila pelakon, Zahirah Macwilson perlu melakonkan watak seorang wanita yang merokok walaupun beliau sendiri bukan perokok dan membenci tabiat tersebut,” tulis PHM.


Sementara itu, PHM turut menjadikan industri perfileman Korea Selatan sebagai contoh apabila tidak membenarkan sebarang babak lakonan merokok dalam karya mereka.


“Apa yang menarik, produksi Korea telah mengharamkan sama sekali adegan merokok dalam drama. Ini membuktikan untuk menghasilkan satu hasil produksi yang hebat dan lakonan yang berimpak tinggi,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 3-7-2024 10:15 PM
Berasap mcm naga dalam mcs.
Zaman iklan dunhill benson dah lama berlalu dari mainstream.


Quote sharlenetexas 3-7-2024 10:16 PM
Bukan ke previous episode ada sheols sebut f word.


Quote aina_shaira 3-7-2024 10:17 PM
Dia kekok melakonkan jadi perempuan merokok. Tak menjadi, takde style.
Quote sharlenetexas 3-7-2024 10:17 PM
Cite tu pun inspired dari kisah norita dan tarantula.

Quote aina_shaira 3-7-2024 10:18 PM
Patut Tengok lakonan Julia Roberts dalam my best friend wedding Yang ade Adegan Julia hisap Rokok ter duduk sandar dekat pintu, petik lighter pun ada style tau…
Quote solarlunar 3-7-2024 11:43 PM
K-Drama pun ada scene female actress merokok.

The Glory. Donna!.
Quote CoffeeOverdose 3-7-2024 11:46 PM
nnti cut atau censor jer part tu.. tp mmg harusnya produksi tempatan kena alert la benda2 gini sbb umumnya benda gini tak sihat.
Quote hokeypokey 4-7-2024 01:06 AM
berlakon isap rokok jer pun bkn hisap dadah sampai weng cam tekya
Quote jejaka_hensem 4-7-2024 01:24 AM
Sorang retis berbalut satu badan buat iklan lucah xde sape pun tegur.hebat,bukan??
Quote pearl.silver 4-7-2024 01:28 AM
Apa significantnya watak dia kena merokok
Quote christmaseve 4-7-2024 01:32 AM
Apa impact dia merokok? Kalau xde scene tu, xjadi cerita ke mcm mana. Kadang2 byk scene yg xperlu pn xpe, xbagi kesan dkt jalan cerita
Quote sharlenetexas 4-7-2024 01:32 AM
pearl.silver replied at 4-7-2024 01:28 AM
Apa significantnya watak dia kena merokok

Stress sangat kerja jadi wartawan harian metro.

Quote cicicumel 4-7-2024 07:16 AM
X silap iols tv 1-3 dah lama ban scene merokok kan?tiber skrg halal balik...kalu Astro,VIU seangkatan nya mmg dibenarkan...

Besar pengaruh iklan merokok ni actually..Jgn jd mcm Indonesia, iklan merokok dlm tv, billboard berlambak.. kesannya tgk la rakyat dorang..budak kecik, makcik2, Hijabista selamba je merokok kt public which is klu kt Malaysia sgt la pelik kelihatannya
Quote Nur_happy 4-7-2024 07:19 AM
Berlakon je pun… I tetap nak side ZM sebab dia cun.. and pernah jumpa at KLCC 2 years ago dia, Aiman and the boy yg sulung tu… memang dia handle budak tu 24 jam (time depan mata I tu la)

Ot sikit, she matured walaupun muda lagi
Quote Kurex 4-7-2024 07:38 AM
berlakon pun kayu kayan. yg takde standart je suka pelakon kayu tak tak berbakat
Quote lasagna 4-7-2024 07:49 AM
abes ramai pelakon lelaki merokok dlm drama movie bleh plak..
ni ppuan merokok (yg bkn perokok) plak kena bantai..
ini tidak adil laaaaa..
Quote johan-adx 4-7-2024 07:49 AM
ada tgk kejap drama tu mingu sudah..tgk kerap sgt merokok terus tukar channel.
Quote wolfheart 4-7-2024 07:55 AM
Yelah, sekadar lakonan katanya. Sayang sbb industri hiburan kita tak cukup bijak utk ketengahkan perkara² yg lebih bermanfaat. Apa yg diulang² sebagai bahan tontonan sebenarnya sedikit sebyk akan diterima penonton dan mempengaruhi mereka.

Cuba nengok mcm mana filem² bollywood masukkan nilai² kehidupan masyarakat, adat resam, budaya malah agama mereka dlm karya mereka. Sampaikan kita pun boleh tahu cara mereka bersembahyang dlm kuil, simpul hujung kain dan keliling api waktu perkahwinan, lilit tali pada tangan si abg dll. Nengok juga mereka berulangkali kongsi kecantikan pakaian tradisional mereka  dan kemeriahan tarian mereka sehingga ramai org kita terpengaruh nak pakai dan menari malah berkahwin dgn memasukkan unsur² bollywood dlm majlis perkahwinan. Padahal pakaian tradisional kita pun apa kurangnya? Songket, batik, telepuk, masing² ada kelebihan dan keindahannya.

Itu belum lagi kita sentuh bab makanan. Panipuri di antara makanan yg penonton bollywood tercari² lepas nengok cerita bollywood. Mcm tu juga dgn kdrama. Menggila² penonton ikut cuba malah belajar masak makanan korea. Seolah² satu kewajiban juga utk peminat kdrama kenal apa itu kimchi.

Keindahan negara mereka juga dikongsi berulangkali dgn cara yg sgt menarik sampaikan korea menjadi destinasi tumpuan penggemar filem korea. Secara tak langsung penggiat seni mereka menjadi duta kecil dlm mempromosi negara dan sekaligus menyumbang dlm pertumbuhan ekonomi.

Bukankah bagus kalau begitu juga cara pertumbuhan industri hiburan kita di Malaysia? Manfaatkan selagi boleh.
Quote BoongaKertas 4-7-2024 08:15 AM
jap, kalau watak jd perokok tu kira dah mcm amazing eh as pelakon? hahahaha! alah msia niewwwww, tu jer ke tahapnya.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.056437 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top