CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditahan (APMM) dan TLDM, Kapal korek pasir China buat apa di Tanjung Hantu?

2-7-2024 11:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23556| Komen: 20


LUMUT – Sebuah kapal korek dari China ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kedudukan 27.4 kilometer barat laut Tanjung Hantu di sini sekitar pukul 3.10 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kapal korek pasir yang dinamakan Chuan Hong 68 itu didaftarkan di Fuzhou, China telah dikesan bersauh oleh pasukan operasi kapal TLDM.

“Hasil daripada maklumat tersebut, anggota bot ronda APMM yang sedang melaksanakan operasi di perairan negeri Perak telah diatur gerak ke lokasi berkenaan bagi memeriksa kapal tersebut.

“Pemeriksaan mendapati, kapal korek itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu oleh 47 kru yang terdiri daripada 20 kru warga China, 26 kru warga Bangladesh dan seorang kru warga Malaysia berumur dalam lingkungan 21 hingga 68 tahun,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kapal korek tersebut gagal mengemukakan dokumen asal kapal, port clearance dan seorang kru tidak mempunyai nama dalam senarai nama kru kapal.



Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga menemukan 60 tong gas petroleum cecair (LPG) memasak 14 kilogram berwarna kuning tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM9,000.

“Kesemua kru dan kapal ditahan untuk siasatan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen asal kapal, port clearance dan seorang kru tiada dalam senarai nama kru kapal serta Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana tiada dokumen yang sah bagi membawa barangan kawalan,” katanya. 

Sumber– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lucky_peace 3-7-2024 08:42 AM
Eh eh eh, senang2 ceroboh perairan negara, kt selat melaka je lak tu.
Quote SWORKS27 3-7-2024 08:52 AM
cilakak PRC...selat melaka pun kau nak sakau...
Quote supernaturalee 3-7-2024 08:58 AM
btw gugel2 tg hantu ni
ada light house rupanya kt situ
ambik gmbr area situ dgn view sunset cantik

Quote lucky_peace 3-7-2024 09:09 AM
supernaturalee replied at 3-7-2024 08:58 AM
btw gugel2 tg hantu ni
ada light house rupanya kt situ
ambik gmbr area situ dgn view sunset cantik

Dkt sblh teluk senangin je kt area lumut tu. Pantai sblh pula ada powerplant lumut. So kawasan tu kiranya bukanlah terpencil sangat.
Quote supernaturalee 3-7-2024 09:24 AM
lucky_peace replied at 3-7-2024 09:09 AM
Dkt sblh teluk senangin je kt area lumut tu. Pantai sblh pula ada powerplant lumut. So kawasan tu  ...

tu lah
igtkn kt pulau2 kecil area pangkor tu
rupanya di tanah besar


Quote nisako 3-7-2024 09:41 AM
ape ke hal masuk kawasan kami ....huhh dasar PRC
Quote hokeypokey 3-7-2024 06:53 PM
mesti nk curi pasir kan????
Quote Rdizz 3-7-2024 07:05 PM
Jahatnya, nk mencuri sampai ke negara org, bkn curi duit saja, pasir pun berani curi. Berani sungguh, ke ada talibarut punya kerja dan dah rasuah sapa2.

Quote mawardia 3-7-2024 07:22 PM
Teringat ex I ol dulu nak masuk APM tak jadi.
TIBEHHH.
Quote gigahertz 3-7-2024 07:23 PM
Rdizz: Jahatnya, nk mencuri sampai ke negara org, bkn curi duit saja, pasir pun berani curi. Berani sungguh, ke ada talibarut punya kerja dan dah rasuah sapa ...

kat dunia ni ada dua negara tak boleh di buat Jiran
North korea & China. . .

Quote sharlenetexas 3-7-2024 07:29 PM
Jadi kapal hantu korek korek?
Quote Firenzza 3-7-2024 07:36 PM
Menurutnya, pemeriksaan lanjut juga menemukan 60 tong gas petroleum cecair (LPG) memasak 14 kilogram berwarna kuning tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM9,000.


......habis la pasni laPigi ada reason nk naikan rega gas sbb kena seludup 9000
Quote swimswim 3-7-2024 08:22 PM
Pasir dkt china dah habis kr
Quote otai_g 3-7-2024 08:39 PM
Tu yg kita nmpk. Ntah2 dkt underwater ada 2,3 submarine dia bwh tu. Sapa Tau kan.
Quote JunkMail 3-7-2024 09:30 PM
Awassss..kang Tiong datang membela sebab kacau org cina tanah besar
Quote Momohizan 3-7-2024 09:46 PM
JunkMail replied at 3-7-2024 09:30 PM
Awassss..kang Tiong datang membela sebab kacau org cina tanah besar

Humbankan Tiong atas kapal tu. Bawak balik PCR
Quote nusaraya 3-7-2024 10:37 PM
Apa kau pikir China begitu bodoh dan hanya sekedar mencuri pasir saja ?  
Quote bulalof 4-7-2024 11:00 AM
mudahnya ceroboh sempadan Malaysia.

Quote grouper 4-7-2024 11:30 AM
Kapal ni parking situ je...besar gedabak kapal ni ingatkan parking dekat Tanjung antu tu macam x logik je sebab situ cetek je..rupanya 30km ke tengah laut mmg jauh la..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.041865 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top