Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza ketika menunaikan haji tetapi apa yang sama adalah masing-masing fokus untuk beribadah. Video dikongsi oleh usahawan tudung Haliza Maysuri meraih perhatian warganet selepas dia menunjukkan suasana khemah didudukinya semasa menunaikan ibadah haji baru-baru ini. Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok itu, khemah tersebut dilihat begitu luas dan turut mempunyai kerusi empuk untuk jemaah berehat dengan selesa. Difahamkan, khemah tersebut adalah khas untuk VVIP yang mengambil Pakej Almaas dari Tabung Haji (TH) bernilai RM250,000. Bukan sekadar khemah yang luas dan tempat rehat yang selesa tetapi jemaah turut dihidangkan makanan mewah seperti lobster. Tambah Haliza, jemaah yang mengambil pakej itu juga diberi kemudahan tandas di dalam khemah dan tidak perlu beratur panjang. "Keluar khemah saja bangunan tempat melontar sudah depan mata. Hidangan lobster segar, karpetnya kalau pijak tenggelam tapak kaki, sofa empuk boleh buat jadi katil, siap ada selimut dan bantal. Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
Hantaran itu meraih perhatian ramai warganet yang berasa teruja melihat kemudahan disediakan di khemah tersebut dan mendoakan agar mereka dapat merasai pengalaman sebegitu. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
Tinot7 replied at 29-6-2024 02:25 AM
Mahai sbb bg mkn lobster jahh ka?
ADVERTISEMENT