CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek bintang Arsenal orang Rembau - "“Memang betul, nenek saya sebelah ibu lahir di Malaysia atau lebih lebih tepat di Rembau"

28-6-2024 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14624| Komen: 16


PETALING JAYA – Bintang Arsenal, Emile Smith Rowe mengakui mempunyai hubung kait dengan Malaysia menerusi keluarga sebelah ibunya yang dikatakan berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian @frfuturetalents, akaun itu mendedahkan tangkap layar e-mel Smith Rowe, 23, yang menjawab kepada persoalan diajukan kepadanya.

“Memang betul, nenek saya sebelah ibu lahir di Malaysia atau lebih lebih tepat di Rembau, Negeri Sembilan jika saya tidak silap.

“Jadi, itu menunjukkan saya memiliki hubungan dengan Malaysia. Tambahan pula, sebelah bapa, saya amat berbangga dengan (darah) warisan Jamaica,” katanya.

Menerusi data yang dikongsikan laman Transfermarkt, Smith Rowe melakukan 13 penampilan sepanjang musim 2023/24 bersama Arsenal selain turut mencipta dua bantuan jaringan.

Smith Rowe yang sudah pun merekodkan tiga penampilan bersama skuad kebangsaan England masih memiliki kontrak bersama The Gunners sehingga Jun 2026 dan ketika ini mempunyai tanda harga bernilai €22 juta (RM111 juta).




Nama Smith Rowe bukan asing lagi bagi para peminat Arsenal memandangkan dia pernah menjadi penyelamat pasukan itu dengan persembahan memukau pada musim 2021/2022 dengan menghasilkan 10 gol dalam 33 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, Smith Rowe yang dilahirkan di Croydon, England pada 28 Julai 2000, gagal menampilkan prestasi hebatnya sejak dilanda pelbagai siri kecederaan yang memaksanya menjalani beberapa pembedahan hingga menjejaskan peluangnya dalam kesebelasan utama Arsenal.

Difahamkan, Arsenal kendalian Mikel Arteta kini dikaitkan dengan spekulasi perpindahan menyertai Fulham dan Aston Villa yang dibimbing oleh bekas pengurusnya, Unai Emery. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wikedsaikel 28-6-2024 09:16 PM
Rembau campor Jamaica la ni.
Quote Binodino 28-6-2024 09:27 PM
So?
Quote Suchi 28-6-2024 10:13 PM
Mak dia bangsa apa?
Type M, C or I ?

Ke mak dia omputeh? Sbb dia ceroh je
Ayah dia jamaica tu bkn ke patut redup kan?
Quote Suchi 28-6-2024 10:18 PM
IMG_6619.jpeg
Quote gigahertz 28-6-2024 11:56 PM
[youtube]Ux6cFN3eFXQ[/youtube]
mmg ada lagu rembau most wanted.
kebetulan mmg lagu ni kaitan dengan bola
Quote hokeypokey 29-6-2024 12:06 PM
orang rombau mendoniaaa
Quote jazaa100 29-6-2024 12:14 PM
Tak lama lg, dpt le gelaran Dato'
Quote emera 29-6-2024 01:09 PM
Suchi replied at 28-6-2024 10:18 PM

Apak dia kot yg parent yg mix dgn org ghombau
Quote alesandra 29-6-2024 01:23 PM
Elehh  nak kelaim.arsenal je pun
Quote sfrnna 29-6-2024 04:06 PM
Ckp nenek lahir rimbau..org rembau kawin black ke. Sbb omaknya macam dark skin. Apaknya pulak ada darah Jamaica.. takpun Caucasian yg lahir kat rembau pastu balik UK..
Quote hanihan16 29-6-2024 04:21 PM
neneknya LAHIR di romebau. ntah2 neneknya anak mat saleh yg masih ada kat sini zaman jepun dulu, pastu tak lama lepas lahir, moyang dia angkut balik uk semula. tapi nengok muka maknya tak putih melepak, maybe moyangnya yg kawen dgn local sini kot.
Quote QueenGambit 29-6-2024 04:55 PM
Hai waghis✌????✌????
Quote kakikuDibibirmu 29-6-2024 05:00 PM
Rombau most wanted tersenyum sinis
Quote pooh~key 29-6-2024 05:18 PM
Binodino replied at 28-6-2024 09:27 PM
So?

Akak pun nak type yang sama so sebegitu tengok2 kau dah komen dulu sissy.
Quote bottombikini 29-6-2024 05:46 PM
skrg aku konpius omak eh ko apak eh yg mix jamaica

kalau dia gigih gak nak ngaku org rombau aku syak atok eh type I
Quote yoppoy 30-6-2024 03:02 AM
Cute gambar first tu tapi juling air
Kuad muka apaknya

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.034768 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top