CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tindakan tegas menanti jika sertai himpunan di Putrajaya Sabtu ini - Polis

28-6-2024 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13748| Komen: 50


Polis menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan yang akan diadakan di tempat letak kereta awam berhadapan Kompleks Seri Perdana di Putrajaya Sabtu ini kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai sebarang perhimpunan berkenaan.

Katanya pemilik tanah iaitu Perbadanan Putrajaya tidak memberi kebenaran kawasan berkenaan digunakan dan ia tidak mematuhi apa yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman (Akta 736).

Rusdi berkata polis menerima surat pemberitahuan daripada pihak penganjur pada 14 Jun lalu untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan, namun pemilik lokasi tidak memberi kebenaran untuk aktiviti itu.

“Tuan tanah (iaitu Perbadanan Putrajaya) tidak membenarkan perhimpunan berkenaan dan polis menasihati penganjur yang menggelarkan diri sebagai Demi Negara agar tidak meneruskan perhimpunan.


“Kalau mereka teruskan juga, polis akan facilitated seperti menempatkan anggota polis di kawasan perhimpunan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Rusdi berkata polis juga mengesan satu video tular berdurasi 3:41 minit di aplikasi Tiktok yang mengajak orang ramai menyertai perhimpunan berkenaan.

Katanya polis sedang menyiasat individu yang menjadi pendukung perhimpunan itu.

Dia berkata polis telah menerima 85 laporan berhubung isu itu dan membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber - Bernama/Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 28-6-2024 10:00 AM
REEEEFORRRRMAAAAASIIIIIIIII!!!!!
Quote supernaturalee 28-6-2024 10:40 AM
perhimpunan apa plk ni
iols x tau pom

Quote ifanonline 28-6-2024 10:41 AM
Anwar buat demo boleh, tak kan ni takleh?
Quote mojarean_X 28-6-2024 10:44 AM
Sendunya tempat berhimpun. Seri Perdana pernah menjadi playground kitty the cat
Quote mawardia 28-6-2024 10:59 AM
Erkkk perhimpunan apa?
Kenapakaha I tidak tahu?
Quote unguaurora 28-6-2024 11:02 AM
Kebebasan bersuara yg diluangkan selama ni X blh dipraktikkan lg. Ironi sungguh
Quote Belibis 28-6-2024 12:18 PM
unguaurora: Kebebasan bersuara yg diluangk ...

Macam babi jugak..babi lain berkubang daam lopak tak boleh ..dia jer boleh berkubang.
Quote Skuau 28-6-2024 12:27 PM
Saiya ulang...kebebasan bersuara tu..untuk kami jer faham tak...saiya ulang..untuk kami jer...korang dah LENCUN tu..diam boleh....
Quote Suchi 28-6-2024 12:33 PM
Oh nampak kawan iols share kat status wassep smlm.
Himpunan nak tamatkan nuor
Rasa pelik plak sbb dulu dia sokong sangat nuor tu.
Zaman nik aziz tula time tu kan masih togede2 dorang.
Time nuor kena lucut jawatab dulu pun dia beria gak laa sokong,ekceli masa sekolah tu masing2 sokong je mana2 pihak hat mana mak pak sokong. Kalau ayah sokong dap dorang pun akan sokong dap gak.
Quote rykall 28-6-2024 12:43 PM
Kalau Anwar jatuh rakyat nak siapa naik sebenarnya?. PN ke?. Lepas tu kalau PN tak perform juga nak siapa perintah?.
Quote yoppoy 28-6-2024 12:46 PM
Lobai ke DAP la pulak kot
Biar sumua merasa conceptnya
Quote pocongkiutss 28-6-2024 01:37 PM
Eww..walaupun iols tak setuju dgn perhimpunan ni..tp zaman kau berguling2 buat perhimpunan tu takpe pulakkk
Quote sapeka 28-6-2024 01:47 PM
Perhimpunan apa ni?
Tibah jer
Quote sapeka 28-6-2024 01:49 PM
Suchi replied at 28-6-2024 12:33 PM
Oh nampak kawan iols share kat status wassep smlm.
Himpunan nak tamatkan nuor
Rasa pelik plak s ...

Ramai dah penyokong nuar senyap sekarang ni
Yang berada di ostolia turut senyap walaupun sblm ni lantang walau dah berhijrah
Quote edayildiz 28-6-2024 01:52 PM
perhimpunan apa..sempena shugai nk naik court ke
korang xyah buang masa la..nnti kena tngkap baru tahu..hidup ni fokus cari duit je la.

Quote pooh~key 28-6-2024 02:04 PM
unguaurora replied at 28-6-2024 11:02 AM
Kebebasan bersuara yg diluangkan selama ni X blh dipraktikkan lg. Ironi sungguh

Diluang ke dilaung sissy? Diliung mungkin sissy?
Quote Kitty_catz 28-6-2024 02:17 PM
perhimpunan apa ni? ada parti karipap ke?

nak karipap saden.. yg daging tak nak

Quote makihamis 28-6-2024 02:24 PM
Himpunan apa lagi la nii, nak bergaduh bergasak suruh tok ketua masing masing gaduh dalam parlimen je la. yang penting sabtu ni iolls pi amik report kad anak kat sekolah. perbarisan masuk kelas!
Quote zeed 28-6-2024 02:27 PM
Suchi replied at 28-6-2024 12:33 PM
Oh nampak kawan iols share kat status wassep smlm.
Himpunan nak tamatkan nuor
Rasa pelik plak s ...

aku pun salah sorang walanon dulu. bila dia cakap tak serupa bikin aku selalu kutuk2 dia. parents aku bengang sebab diorang walanon tegar. aku rasa tak relevan dah. yg kau perjuangkan dulu semua ko capatikan. sorry la nak sokong.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.039775 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top