CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia siasat dakwaan 1,000 ahli Dewan Rakyat terlibat judi dalam talian

28-6-2024 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10993| Komen: 0

Description: Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan melibatkan lebih 1,000 anggota DPR, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan sekretariat agung masing-masing atas ...

Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan melibatkan lebih 1,000 anggota DPR, Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan sekretariat agung masing-masing atas dakwaan penglibatan mereka dalam aktiviti judi dalam talian.

Semasa sesi di kompleks Parlimen di Jakarta pada Rabu, Pengerusi Suruhanjaya III Bambang Wuryanto menyatakan Majlis Etika mungkin mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat.

“Selepas menamatkan siasatan, dapatan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya III. Majlis Etika mempunyai kuasa untuk memanggil individu yang dinamakan dalam laporan itu,” katanya.

Menurut Bambang, siasatan itu didorong oleh laporan daripada Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) yang menekankan keperluan untuk ketelusan dan akauntabiliti dalam barisan kerajaan.

Ketua PPATK Ivan Yustiavandana menyatakan pusat itu bersedia untuk menyediakan data terperinci kepada penggubal undang-undang, khususnya Majlis Etika, mengenai transaksi bernilai 25 bilion rupiah (kira-kira AS$1.74 juta).


Beliau juga mendedahkan semasa mesyuarat bahawa transaksi kewangan yang dikaitkan dengan judi dalam talian di republik itu telah mencecah 101 trilion rupiah atau AS$7.04 bilion pada suku pertama tahun 2024.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya III Habiburokhman menekankan implikasi sosial dan undang-undang, menyebut kemungkinan tuduhan jenayah di bawah undang-undang Indonesia bagi peserta dalam judi dalam talian.

Beliau berkata DPR sedang mempertimbangkan langkah pencegahan dan hukuman untuk menangani isu itu sambil mengakui peranan kritikal PPATK dalam perisikan kewangan.

Kerajaan Indonesia sedang mempergiatkan usaha untuk menangani isu judi dalam talian yang semakin membimbangkan, melantik Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Hadi Tjahjanto untuk mengetuai pasukan petugas yang menangani masalah berkenaan.

Judi adalah dilarang sama sekali di bawah Undang-Undang Maklumat dan Transaksi Elektronik di Indonesia.

Pengedar atau fasilitator judi dalam talian boleh dipenjara sehingga enam tahun dan didenda satu bilion rupiah (kira-kira AS$69,000).

Individu yang ditahan menyertai aktiviti itu boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau didenda sehingga 10 juta rupiah (kira-kira US$690) di bawah Kanun Keseksaan.

Sumber -Bernama/ Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.036885 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top