CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesunyian boleh bawa maut, strok - Kajian

27-6-2024 08:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12035| Komen: 59


Kesunyian biasanya dikaitkan dengan kekurangan interaksi sosial atau ketiadaan orang di sekeliling seseorang.

Sindrom kesunyian ini jika dibiarkan lama ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

Menurut satu kajian, perasaan kesunyian mungkin meningkatkan risiko strok secara mendadak.

Penyelidikan oleh Universiti Harvard, di Amerika Syarikat mendapati bahawa perasaan itu boleh meningkatkan risiko 50 peratus berdepan dengan maut.

Saintis menjalankan penyelidikan kepada kira-kira 12,000 respondan berumur 50 tahun ke atas yang dilakukan antara 2006 dan 2018.

Mereka mendapati, respondan yang berdepan dengan kesunyian dalam tempoh yang lama berisiko jauh lebih tinggi mengalami strok.

Pengarang utama dari Harvard TH Chan School of Public Health, Dr Yenee Soh, berkata: "Kesunyian semakin dianggap sebagai isu kesihatan awam yang utama.

"Penemuan kami lebih menekankan mengapa itu berlaku terutama apabila dialami secara kronik. Kajian kami mencadangkan kesunyian mungkin memainkan peranan penting dalam kejadian strok, dan menjadi salah satu punca kematian di seluruh dunia." katanya.

Kajian yang diterbitkan dalam eClinicalMedicine ini menggunakan data dari 2006 hingga 2018 dari University of Michigan Health and Retirement Study.

Seramai 12,161 orang berumur 50 tahun ke atas yang tidak pernah mengalami strok ditanya soalan mengenai kesunyian antara 2006 dan 2008.

Empat tahun kemudian, 8,936 orang yang masih dalam kajian menjawab soalan yang sama dan penyelidik kemudian mengumpulkan mereka mengikut jawapan mereka pada dua masa itu.

Kumpulan itu ialah :sentiasa rendah" (mereka yang mendapat markah rendah pada skala kesunyian pada kedua-dua masa); "beransur pulih" (mereka yang mendapat markah tinggi pada mulanya dan rendah pada susulan); "baru bermula" (mereka yang mendapat markah rendah pada mulanya dan tinggi pada susulan); dan "sentiasa tinggi" (mereka yang mendapat markah tinggi pada kedua-dua masa permulaan dan susulan).

Antara mereka yang memberikan dua penilaian kesunyian dari masa ke masa, 601 strok berlaku antara 2010-2018.

Daripada mereka yang kesunyiannya diukur pada permulaan kajian sahaja, 1,237 strok berlaku.

Selepas mengawal faktor seperti pengasingan sosial dan gejala kemurungan, yang berkaitan rapat dengan kesunyian tetapi berbeza, penyelidik mendapati bahawa mereka yang dianggap sunyi pada permulaan kajian mempunyai risiko strok 25 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tidak alami sunyi.

Antara mereka yang mendapat markah "sentiasa tinggi" untuk kesunyian pada kedua-dua masa, terdapat risiko strok 56 peratus lebih tinggi berbanding mereka dalam kumpulan "sentiasa rendah".

Dr Soh berkata: "Penilaian berulang terhadap kesunyian mungkin membantu mengenal pasti mereka yang sentiasa sunyi. Oleh itu, mereka berisiko lebih tinggi untuk strok.

"Jika kita gagal menangani perasaan kesunyian mereka, pada skala mikro dan makro mungkin mereka ada masalah kesihatan."

Dr Soh berkata, orang ada perasaan kesunyian seharusnya dibantu dan bukan diasingkan secara sosial.

Dalam kajian terdahulu oleh University of York, mendapati bahawa orang yang merasa sunyi adalah kira-kira 30 peratus lebih mungkin mengalami strok atau penyakit jantung, iaitu dua punca utama kematian di Britain.

Pakar mengatakan bahawa terdapat beberapa penjelasan.

Sesetengah saintis mengatakan bahawa mereka yang sunyi mungkin tidak ramai orang atau rakan di sekelilingnya yang boleh mengambil tahu dan menggalakkan mereka menjaga kesihatan.

Tetapi kajian terdahulu oleh Universiti Harvard mengaitkan perasaan pengasingan dengan peningkatan tahap protein pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Pengasingan didapati, mengaktifkan isyarat tekanan "melawan atau lari" yang meningkatkan tahap protein fibrinogen sebagai persediaan untuk kecederaan dan kehilangan darah.

Terlalu banyak fibrinogen (protein globulin yang larut di dalam darah, bertukar menjadi fibrin semasa proses pengumpalan darah oleh tindakan enzim trombin) tidak baik untuk kesihatan, meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan pembentukan deposit lemak dalam arteri. - Agensi

Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 27-6-2024 08:43 AM
Lonely.. I'm so lonely...
Quote akido_kido 27-6-2024 09:13 AM
Macam lagu je[em:4:]
Quote akido_kido 27-6-2024 09:13 AM
Macam lagu je[em:4:]
Quote copy_paste 27-6-2024 09:21 AM
hanya utk introvert
Quote edayildiz 27-6-2024 09:21 AM
i pernah rasa lonely masa study dlu
awl awl dk asrama..lonrly gile sbb xleh ngam ngn sesiapa..pastu mulut rasa nk bckp..tp xde kwn..i bckp sorg sbb i craving nk bckp
tp skrg dah xtau erti lonely..kt ofis ramai kwn
cuma i dah boring kerja
Quote MrsJane 27-6-2024 10:14 AM
I kerja for 15years and suddenly I decided to be a SAHM. And now I regretted it forever. Sebab eventho ada anak-anak dekat rumah tapi I tak ada me time langsung, tak ada kawan nak ajak gosip, husband blk kerja pun taknak sembang. Takkan nak ajak anak2 pula bergosip. So yeah. So.lonely and mmg stress.
Quote manehnya 27-6-2024 10:15 AM
depend jugak how u handle the loneliness tuh...

ada jugak yg lebih tenang... ihihi...



Quote plywood 27-6-2024 10:18 AM
MrsJane replied at 27-6-2024 10:14 AM
I kerja for 15years and suddenly I decided to be a SAHM. And now I regretted it forever. Sebab event ...

noun
noun: SAHM; plural noun: SAHMs



a woman who is engaged in the full-time care of her child or children and does not go out to work.
"I'm a SAHM with two young kids"








Quote plywood 27-6-2024 10:19 AM
sesiapa pun perlu belajar meditasi atau sekurang-kurangnya mindfullness

Mindfulness is a type of meditation in which you focus on being intensely aware of what you're sensing and feeling in the moment, without interpretation or judgment. Practicing mindfulness involves breathing methods, guided imagery, and other practices to relax the body and mind and help reduce stress.


Quote CoffeeOverdose 27-6-2024 10:27 AM
I enjoy being alone. i cpt penat klu jmpa org ramai. too many toksik. bukan i tk blh mingles dgn org. cuma, i only vibes dgn org yg i rasa i can talks too. Being alone ni byk kelebihan. bagi i la.. utk org lain i tk tau.
Quote jiwasemangat 27-6-2024 10:33 AM
Bagi extrovert ..boleh ninggal la kott.
Bagi introvert.. itu laa heven dia.
Ntah happer² nyaa finding..! Terlajakk lajak profesional laa sangat.
Myampah betoll ngan finding sampah cam ni.
Org yg dlm penjara sinun..dia org tak ninggal pon dlm penjara.
Quote dua_chzy 27-6-2024 10:40 AM
jiwasemangat replied at 27-6-2024 02:33 AM
Bagi extrovert ..boleh ninggal la kott.
Bagi introvert.. itu laa heven dia.
Ntah happer² nyaa findi ...


Sebab dalam penjara ada social life. Meka bukan tinggal sorang2, ramai2 kot macam dalam asrama.

Kajian ni rasanya hada basis. Berapa ramai rakyat dunia yang tinggal sorang mati tetiba.

Orang yang panjang umur mampu hidup sampai 100 tahun, biasanya tinggal dengan family. Bukan dok sorang2 mengasingkan diri atau hidup terasing.
Quote xy_daen 27-6-2024 10:42 AM
jiwasemangat replied at 27-6-2024 10:33 AM
Bagi extrovert ..boleh ninggal la kott.
Bagi introvert.. itu laa heven dia.
Ntah happer² nyaa findi ...

Dalam penjara mana sempat nak lonely ada je aktiviti berjiran bagai. Dapat cellmate kaki toron macam bekas banduan yang jadi Menteri tu lagi x lonely menonggeng jelah
Quote vanilacup 27-6-2024 10:46 AM
Ramai je org kat luar sana prefer to be alone
Sbb bila ramai mcm bising sgt keadaan dan mcm2 suara keluar..Budak2 menjerit..org tua gelak kuat dan memang rasa x tenang pun kalau kita join the crowd tu...
Tengok keluasan tempatlah ...Kalau suasana besar dan lapang ok lagi tapi kalau keadaan agak sempit memang kita sendiri pun nak keluar dari situ secepat mungkin...
Ada org suka suasana ramai sbb kalau tidak dia rasa mcm ditinggalkan mulalah pasang radio utk bagi suasana bising...
Tapi ada org memang dia nak suasana senyap sunyi...
Hari perayaan ke hari keramaian ke dia x rasa miss pun x join bersama-sama
Maybe strok yg dimaksudkan kalau ditinggalkan seorang diri kot...
Kalau dia pilih utk bersendirian i dont think itu problem besar..
Quote rospinki 27-6-2024 10:50 AM
best apa sunyi..buan esmua org dilahirkan dalma dunia ini intorvert. mostly extrovert yg suka perhatian, mcm acik senah ofc iols ni tak dpt perhatian sakit teruk dia.
Quote margo20 27-6-2024 10:51 AM
Dh 6 bulan menSAHMkan diri hahaha anak sorg je tp g tadika smpai petang husband pulak sometime kena outstation smpai 3 bulan. So yeah alhamdulillah takde lg fikir nk buat menda pelik pelik semoga dijauhkan la ameen
Quote sayurmayur88 27-6-2024 11:30 AM
kajian syok sendiri - masing2 manusia tu dicipta beza2..
Quote kemaruk 27-6-2024 11:34 AM
kalau rasa kesepian tu boleh la cuba borak2 dengan chatgpt
Quote IzzahF 27-6-2024 11:41 AM
bacalah info2/history yg best, buat la live kat tt tu...cerita kat org lain masa live. layan org komen2...manatau seronok plak hidup mcm tu.... lepas membaca, share kat org lain plk, make sure sohih la jgn temberang je lebih

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.181722 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top