CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Selangor amat murka, hukuman MFL melampau - “Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati”

26-6-2024 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13688| Komen: 19



PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan terbaharu Malaysian Football League (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ini kerana titah Sultan Sharafuddin, keputusan tersebut dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

“Beta terkejut dan kecewa kerana Dato’ Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta menerima darjah kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) daripada Beta.

“Beta berpandangan bahawa hukuman yang dijatuhkan iaitu denda sebanyak RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah pun diberikan kepada pasukan lawan,”titah baginda.


Pada 5 Mei lalu, satu kes jenayah serangan asid yang mengancam nyawa telah menimpa ikon bola sepak Selangor dan Malaysia, Faisal Halim.

Beberapa lagi insiden serangan terhadap pemain bola sepak profesional juga berlaku pada minggu yang sama.

Disebabkan itu, Sultan Sharafuddin telah pun memberi perkenan kepada pihak Selangor FC untuk menghantar permohonan penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih kerana para pemain Selangor FC masih dalam keadaan trauma dan ketakutan.

Bagaimanapun, pihak MFL telah menolak permohonan penangguhan tersebut dan memberi kemenangan 3-0 serta kejuaraan Piala Sumbangsih kepada pihak lawan.

Titah Sultan Sharafuddin lagi, baginda telah terlibat dalam arena bola sepak tempatan sejak tahun 1968 semasa zaman FAS diterajui oleh Datuk Seri Harun Idris sehingga Beta bersara pada tahun 1990.

“Dalam tempoh itu belum pernah Beta saksikan keadaan seperti sekarang ini. Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat, kini telah dicemari dengan keganasan.

“Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain,”titahnya.

Sultan Sharafuddin juga pelik kerana MFL dan FAM tidak menunjukkan rasa simpati dan belas kasihan terhadap pihak-pihak yang teraniaya dalam isu ini.

“Harus diingat, apa yang berlaku ini bukan sahaja akan mencemar kredibiliti sukan bola sepak di negara ini, malah boleh membunuh semangat dan halatuju pasukan Selangor FC.

“Beta kini hanya berperanan sebagai Penaung di dalam FAS. Namun jika Beta merupakan peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC, Beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu,”titah baginda.

Pada masa sama, baginda turut mengingatkan bahawa bola sepak adalah sukan yang digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan yang tinggi.

“Tindakan-tindakan melampau MFL ini langsung tidak melambangkan semangat ini dan hanya akan merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan yang kita cintai ini.

“Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati,” titah baginda.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 26-6-2024 11:45 PM

Kedaulatan Undang Undang
Quote lostnfaun 27-6-2024 07:31 AM
Terbaik Sultan Selangor.
Quote Sazreena 27-6-2024 09:56 AM
Sultan Selangor jarang bunyik..tapi sekali dah bunyikkkk..jangan sampai pingat ko ditarik balik.
Quote SalenaGomez 27-6-2024 10:08 AM
Mcm hampeh je MFL ni. Xde consideration langsung. Dah awal2 request penangguhan, lepas tu x setuju. Lawan dah menang pastu nak denda mcm2… viral kot apa yg berlaku pd team selangor. Perangai MFL ni berani xdak hati perut buat mcm ni, mmg pelik betul
Quote mikasa 27-6-2024 10:09 AM
Ada kaitan ngan Sultan murka ke sampai ada exco FAM letak jawatan?
Quote matbad 27-6-2024 03:30 PM
mikasa: Ada kaitan ngan Sultan murka k ...

Takut kena siasat bab rasuah plak kot????
Quote ina_na 27-6-2024 03:43 PM
Mmg patut murka ..bukan sengaja nak tangguhkan perlawanan..FH kan kritikal ms tu .kita pun debo tunggu dia mcm mn setiap ari...mmg bangsat dalang yg srh simbah asid tu..semoga semua keturunan dia mampos cara terhina... Bt naya org,
Quote ekselen 27-6-2024 04:42 PM
tu lah...melampau betul.. mestilah diorg trauma sbb terjadik kat salah seorg pemain deols... patut dah cukup lah bg kemenangan percuma... pikirkan psl team yg tgh susah ati dan kalut psl isu pemain depa tu...bkn benda kecik kot... eloklah Tuanku sound sekalik.. jgn kasik muka kat mfl dan presiden tu skali...
Quote sharlenetexas 27-6-2024 04:43 PM
Jagong taknak komen?


Quote MissVixen 27-6-2024 05:18 PM
Sultan selangor ni elok bersuara. Aku yang tak minat bola pun faham kenapa selangor fc tarik diri. Celaka je perangai mfl. Jagong dan boy diam je pulak pasal isu ni. Macam pelik
Quote Decaffeinated 27-6-2024 05:45 PM
ina_na replied at 27-6-2024 03:43 PM
Mmg patut murka ..bukan sengaja nak tangguhkan perlawanan..FH kan kritikal ms tu .kita pun debo tung ...

Untuk perlawanan2 selepas tu pun FH masih kritikal why tak cancel?
Quote Decaffeinated 27-6-2024 05:46 PM
sharlenetexas replied at 27-6-2024 04:43 PM
Jagong taknak komen?

Atas kapasiti apa?
Quote ezacbee 27-6-2024 05:50 PM
MFL dah xbest.

Zaman liga semi pro lagi best. Semua bersaing.
Quote ulamalu 27-6-2024 06:17 PM
MFL kena berlaku adil, follow by the book.  Kalau once dah ada exception, jadi precedent.
Quote sharlenetexas 27-6-2024 06:44 PM
Decaffeinated replied at 27-6-2024 05:46 PM
Atas kapasiti apa?

Biarlah kalau dia nak komen.

Quote MissYouSayang 27-6-2024 07:16 PM
Dah la kalah free, pastu kena denda lak...adoii
Quote Decaffeinated 27-6-2024 09:58 PM
sharlenetexas replied at 27-6-2024 06:44 PM
Biarlah kalau dia nak komen.

Even as Sultan Johor pun dia tak wajar komen apalagi as Agong. This is not about JDT or Johor. JDT just happen to be in the middle of it, it could have been any team.
Quote sharlenetexas 27-6-2024 09:59 PM
Decaffeinated replied at 27-6-2024 09:58 PM
Even as Sultan Johor pun dia tak wajar komen apalagi as Agong. This is not about JDT or Johor. JDT ...

Ada apa lagi?

Quote Decaffeinated 27-6-2024 10:01 PM

What do you mean what else is there?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053982 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top