CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji RM3,500 dah beli rumah... Pemuda kesian sahabat struggle buat 3 kerja nak bayar loan bank, hidup kucar kacir

26-6-2024 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13252| Komen: 79


MELIHAT pencapaian sesetengah individu yang mampu memiliki aset dan harta pada usia muda memang membuatkan ramai kagum dan terinspirasi.

Namun tidak bagi pemuda bernama Fit ini selepas melihat sahabatnya terpaksa bekerja keras mencari duit lebih untuk membayar ansuran bulanan rumah dibeli.

Berkongsi cerita di laman X, Fit berkata rakan baiknya ini melakukan tiga jenis pekerjaan berbeza untuk membayar pinjaman bank RM1,000 setiap bulan.

"Kawan baik saya beli rumah dengan gajinya RM3,500. Selepas sudah dapat kunci, pengurusan kewangan diri sendiri terus jadi kucar kacir.

"Ia disebabkan bayaran bulanan RM1,000 untuk rumah tu. Gaji tu belum tolak EPF lagi. Sumpah tengok dia struggle gila nak bayar.

"Walaupun dia ada buat tiga pekerjaan iaitu kerja hakiki, dropship dan e-Hailing," ujarnya dalam satu ciapan di X.

Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen dengan pelbagai respons ditinggalkan di ruangan komen


Rata-ratanya menyuarakan pendapat masing-masing berikutan situasi dihadapi rakan baik Fit.


"Pada saya, rule of thumb nak beli rumah adalah tahu keadaan kewangan sendiri pada hari ini dan akan datang. Memang kena banyak duit lebih.

"Beberapa tahun pertama ni memang sesak sikit orang cakap. Lama-lama gaji sudah besar sikit, sudah pandai bajet sikit, okay insya-Allah.

"Rumah memang besar komitmen. Pinjaman, cukai pintu atau tanah, srata, selenggara, bil dan kelengkapan rumah. Belum ada baiki itu ini.

"Lebih baik sebelum beli rumah potong gaji (agak sebanyak pinjaman bulanan tu tambah 20 peratus penyelenggaraan) masuk simpanan. Rasa dulu setahun dua, sanggup ke tidak," komen netizen.

Tanpa diduga, hantaran tersebut turut mendapat perhatian tuan badan yang membaca ciapan dibuat oleh Fit.

Sahabat baiknya mengaku bahawa dia berdepan sedikit kesukaran untuk membayar komitmen bulanan rumah tersebut.

Dalam satu ciapan lain dibuat, Fit berkata kawan baiknya menjelaskan bahawa gajinya melebihi RM3,500 setiap bulan selepas membuat tiga jenis pekerjaan berbeza.


"Jangan risau, gaji pokok RM3,500 tu kerja pukul 9 pagi hingga 4 petang kemudian sambung buat kerja lain pula.

"Dia masih steady lagi tapi sesak juga la sikit. Apa-apa pun dia ucapkan terima kasih atas semua nasihat," Fit menjelaskan keadaan.

Sumber : Mstar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 26-6-2024 12:21 PM
Berani ye gaji RM3.5K beli rumah.
Quote kemaruk 26-6-2024 12:25 PM
Takpe dik.. betul dah tu dek

Belilah rumah kalau mampu

Kalau tak bayar loan rumah tu, nescaya duit tu ko tetap akan guna bayar sewa rumah oulak nanti

Janganlah terpedaya dengan agenda puak2 kapitalis yang lebih suka anda menyewa

You will own nothing and will be happy kekdahnya dek
Quote akido_kido 26-6-2024 12:28 PM
vanillaninja: Berani ye gaji RM3.5K beli rum ...


Ok je habis nak tunggu gaji rm10 k ke baru layak sampai ke tua lah tak ada rumah.cuma dia kena beli rumaj murah contoh bayaran bulanan bawah rm1000
Quote Samerosie 26-6-2024 12:33 PM
Rumah harga berapa dia beli? Seingat iols la bank akan check commitment dia kat bn and akan decide whether boleh tak dia bayar xx amount sebulan.  Kalau x lepas boleh letak dua nama adik beradik ke laki bini ke. Tapi later2 masalah lain pula esp dgn adik beradik.
Quote Ytee 26-6-2024 12:35 PM
menyewa je la senang
Quote silance 26-6-2024 12:46 PM
Tak pasti berapa umur adik ni, tapi telah buat satu langkah yang baik. Walaupun buat 3 kerja, itu untuk sementara waktu saja. Kalau bujang, sewakanlah 1 bilik, kalau dengan keluarga, yang lain pun tolonglah bayar utilities atau maintenance. Kalau bujang tak payah beli  kereta dulu, gunalah motor yang ada.
Lagi satu, kena disiplin bayar loan bank. Practice bayar sebulan awal (at least) dari tarikh yang bank tetapkan, supaya ada advanced payment. You will be ok.
Jangan amalkan bayar lambat dari tarikh yang bank bagi (walaupun dalam bulan yang sama).
Quote Kitty_catz 26-6-2024 01:05 PM
Samerosie replied at 26-6-2024 12:33 PM
Rumah harga berapa dia beli? Seingat iols la bank akan check commitment dia kat bn and akan decide w ...

hasanah is strong in this one sis  
Quote sepiITUindah 26-6-2024 01:17 PM
berakit ke hulu
berenang ke tepian
Quote syamzana 26-6-2024 01:26 PM
umah harga brp tu??
iols dulu pun gaji lbh krg gitu gak beli rumah thn 2005 kondo time ni harga rm128k je. tggu 3thn (2008) dpt kunci masa ni gaji dah naik byk so sempat la membayar ansuran 6bulan. bulan ke 7 ada org sewa. umah ni jugak la skrg weols anak branak duduk berteduh.

kalau tak beli rumah confirm duit lebihan gaji tu beli benda merapu jugak. at least umah iols skrg ni habis byr lama dah.
Quote talapia 26-6-2024 01:32 PM
kemaruk replied at 26-6-2024 12:25 PM
Takpe dik.. betul dah tu dek

Belilah rumah kalau mampu

somehow aku setuju yg ni...
aku tak rasa kalau dia tak beli rumah... RM1000 tu solid dia bole simpan as saving.
entah apa2 ke mana hala duit tu pergi.. langsung tak nampak apa.
lebih baik dia beli rumah... tapi make sure keje stabil.. income 3k tu ok je.. cuma struggle sikitla.. takleh nak makan luar selalu.. nak kawin.. bole.. tapi make sure wife keje.. n willing nk share household..

berbelas tahun lepas.. aku pon gamble je beli rumah dengan gaji laki bini combined tak sampai 4k. beli landed double storey..
survived alhamdulillah.. gradually tambah rezeki n tambah anak..
and now.. apa yg aku rasa.. nyesal pulak beli intermediate. Kalau berani lebih sikit.. amik corner lagi puas hati. wakaka.. walhal loan rumah lamaaa lagi habis.. tp sebab kita rasa mampu bayar.. so ok je.
taklehla nak mewah2 makan luar tiap hari.. holiday overseas ke apa.. but enjoy and happy je.. takdela pulak nak makan luar pon tunggu gaji..
yang penting.. willing utk keje lebih or berjimat lebih.
Quote kemaruk 26-6-2024 01:50 PM
talapia replied at 26-6-2024 01:32 PM
somehow aku setuju yg ni...
aku tak rasa kalau dia tak beli rumah... RM1000 tu solid dia bole simp ...

Tu ler

Kalau tak bayar loan, konfem duit tu pergi kat tempat lain contohnya bayar sewa, kiss88 atau layan cikcur

Loser yang kunun2 simpati member terpaksa buat 2-3 kerja tu, entah2 duduk kat rumah makpak berhimpit dengan adik beradik lain.. makan, elektrik, internet makpak yang bayar..

Acah2 simpati kunun..
Quote Samerosie 26-6-2024 01:57 PM
Kitty_catz replied at 26-6-2024 01:05 PM
hasanah is strong in this one sis

Hehe tu la pelik, kalau nett dalam 3k jer..kalau ada loan keta ka motor pun tolak2 berapa je tinggal.  Tak sure la sekarang sebab dulu iols beli rumah kena letak deposit 10%, rumah ni beli dulu byr kendian ke?
Quote dua_chzy 26-6-2024 02:02 PM
Biar lah. 10 tahun dari sekarang boleh dah hidup selesa. Ceh.
Quote prettyuglybabe 26-6-2024 02:18 PM
walaupun bau hasanah, at least yang beli rumah ni dah tua sok ada la jugak tempat berteduh..
bukan macam kau masih menyewa sampai ke tua tak ada harta..
dengan harapan mak bapak wariskan rumah tanah..
ujung-ujung bersempit adik beradik duduk kat rumah tanah sekangkang kera..
kalau mak bapak tak waris harta, hempuk tanggungjawab kat anak-anak pulak untuk senangkan kau masa tua..
Quote Kitty_catz 26-6-2024 02:43 PM
Samerosie replied at 26-6-2024 01:57 PM
Hehe tu la pelik, kalau nett dalam 3k jer..kalau ada loan keta ka motor pun tolak2 berapa je tingg ...

kannn

ytjy

demi sesuap like ke share ke
Quote mawardia 26-6-2024 03:10 PM
Bujang lagi kan?
Elok la bekerja.
Buat banyak kerja masa lapang.
Menyimpan.
Hatta RM300 sebulan je pun, tetap lah simpan.
Daripada byk masa lapang main twitter.
Pastu weekend pi lepak.
Ada gf spend duit kat gf.
Tu lagi bodo.
Quote talapia 26-6-2024 03:16 PM
mawardia replied at 26-6-2024 03:10 PM
Bujang lagi kan?
Elok la bekerja.
Buat banyak kerja masa lapang.

Betul tu.. time bujang ni la ko nak keluar subuh balik isyak ke.. apadehal. makan mamak dari pagi smpai malam utk 1 perut pon ok aje..
9-5 keje hakiki.. then on e hailing.. ko duduk rumah pon bukan buat ape.. main game sampai kol 2 3 pagi tak guna jugak.
rehat? balik malam tu.. tido la.. jangan gi bantai main game layan muvie lak..
nk game? movie.. sesekali on weekend ok what.. gi outing.. gi lepak healing.. ok je.. bknla tetiap malam kau nk melepak tak buat apa.

lainla orang dah ada anak isteri.. kenala bahagi masa n perhatian.. ini solo molo.. lanyak je la.. wknd balik la jenguk parents. gitu..
Quote yoppoy 26-6-2024 03:24 PM
Rafting rafting upstream
Swimming swimming downstream
Hardship hardship previous
Leisure leisure later
Quote CoffeeOverdose 26-6-2024 03:31 PM
byk org mengata org yg beli rumah. mula2 mmg rasa susah. dh masuk tahun ke-2 dan seterusnya, kita akan rasa mcm biasa. menyewa mmg murah tp sampai bila nak memyewa? hrga rmh skrg pun makin hari makin mahal. sementara msh muda beli la rmh. muda2 beli rmh untung kat mrtt sbb makin tua umur beli, makin mahal mrtt. lgpn skrg byk dh apartment mcm rmh selangorku tu. rmh maep etc. rasanya byrn bulanan tk sampai rm1K. depo rmh kan blh pakai kwsp. susah dlu pendapatan, bersenang2 kemudian.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.109315 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top