CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fatin Nabila minta maaf isu ‘dekatkan muka ke skrin - "Dengan rendah diri, saya betul-betul minta maaf atas kesalahan yang dilakukan"

25-6-2024 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13282| Komen: 41


PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial yang terkenal selepas salah satu videonya dijadikan trend ‘dekatkan muka ke skrin’, mengakui kekhilafan diri dalam menghasilkan video untuk tatapan umum.

Menerusi perkongsian video di media sosialnya, pempengaruh yang dikenali sebagai Fatin Nabila, memberitahu bahawa niat asalnya di dalam video tersebut hanyalah untuk menyampaikan mesej supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain.


“Dengan izin Allah, niat saya hasilkan video itu hanya satu sahaja iaitu, saya mahu sampaikan mesej ‘jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Namun, saya sedar pendekatan yang digunakan agak salah dari segi suara, dan ekspresi muka yang betul-betul dekat dengan skrin.


“Jadinya, dengan rendah diri, saya betul-betul minta maaf atas kesalahan yang dilakukan. Banyak sangat benda yang dipelajari sepanjang apa yang terjadi terutamanya dari segi olahan suara, ekspresi muka, saya akan perbaiki lagi selepas ini,” ujarnya.


Jelas pempengaruh tersebut, sepanjang proses dirinya dijadikan ‘trend’, banyak perkara positif yang dipelajari iaitu dari segi apa yang boleh dan tidak boleh dibuat dalam sesebuah video.

“Insya-Allah selepas ini saya akan hasilkan video yang lebih berkualiti. Sebagai seorang Muslim, saya akan lebih menjaga dan teliti sebelum memuat video dalam media sosial,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut memuji kerendahan hatinya yang sanggup menerima teguran daripada orang lain dan berusaha untuk membaiki diri.

“Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, bagus Fatin terima teguran,” komen seorang pengguna.

“Orang macam ni akan maju ke depan sebab rendah diri dan ingin berubah jadi lagi baik, selamat maju jaya,” kata pengguna yang lain.

“Bagus Fatin, tidak cepat melatah dan bijak kawal situasi, semoga terus memberi inspirasi,” ujar seorang pengguna.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 25-6-2024 11:40 PM
Tak faham aku... lebai mana yang terinzal tengok betina bertelekung selfie sepenuh screen
Quote Rogue98 25-6-2024 11:46 PM
Mula2 tu dengar lah jugak..mcm motivator ..lama2 tu makin gedik pulak suara dia... expression muka pun over sangat...last2 unfollow jer ..hehe
Quote dreamcatcher 25-6-2024 11:56 PM
Dia sebenarnya gunakan suara dia yg gemersik tu utk kasi motivasi. Tp dia bertelekung , cakap pasal agama, tp suara tu mcm menggoda. I tatau nak ckp mcm mana tp dia gunakan suara tu utk tarik org dgr, yg pada i tak sesuai lah. I menyampah dgr.
Quote hmmlantakko 26-6-2024 12:05 AM
huh. garit lah kauuu. alasannn je tu pdhl garit yg nk digaru dgn kulit deriann
Quote Carcosa 26-6-2024 01:55 AM
Si muka kentang acah2 bersuara lunak.
Sepanjang apology video tu, meols roll kan mata sajok. Langsung tak minat nk dengar motivation ke, nasihat ke, cerita ke, drpd si muka kentang ni.
Lu sapaaaa? Lu sekolah tak?
Quote Tinot7 26-6-2024 08:30 AM
Iols tak paham.. isu muka dekat dgn skrin mcm sed sedik, apa isunya?
Quote CoffeeOverdose 26-6-2024 08:37 AM
tk pernah kenal dan tk pernah follow. tau pun sbb lalu lalang stitch VTT dia tu. asalkan tutup aurat kan?
Quote plywood 26-6-2024 08:41 AM
Tinot7 replied at 26-6-2024 08:30 AM
Iols tak paham.. isu muka dekat dgn skrin mcm sed sedik, apa isunya?

asmah tegur itu 'soft porn'

Quote jlo 26-6-2024 08:43 AM
cam kelakar la dia buat content tu ...laju2 scroll
Quote krustykrab 26-6-2024 08:47 AM
Rogue98 replied at 25-6-2024 11:46 PM
Mula2 tu dengar lah jugak..mcm motivator ..lama2 tu makin gedik pulak suara dia... expression muka p ...

Kan. Mcm dok mengundang je dgn buat2 suara manja, muka tersengih2 mcm kerang busuk.
Quote krustykrab 26-6-2024 08:49 AM
Carcosa replied at 26-6-2024 01:55 AM
Si muka kentang acah2 bersuara lunak.
Sepanjang apology video tu, meols roll kan mata sajok. Langsun ...

Knp korang gelar dia mula kentang?
Quote laksmanabentan 26-6-2024 08:51 AM
konon2 nak bagi motivasi la sangat....
padahal nak cari enggagement jer tu uoolllssss...
Quote NazRysha 26-6-2024 09:28 AM
betina mana pulak ni
huhu
Quote toynme 26-6-2024 09:33 AM
dia kan ada bipolar...spesis fatin gak ni...kata hati hitam ku
Quote izzah_mia 26-6-2024 09:37 AM
suara tu nampak sangat dibuat2x....
Quote Kurex 26-6-2024 09:51 AM
siapa sundal ni
Quote edayildiz 26-6-2024 10:10 AM
memula i tgk she i pun xsuka..rasa mcm fake..
pastu mcm biasa i rasa bersalah sbb xsuka org tnpa sbb..so kalau tt dia keluar  i dgr la jgk
kalau suara manja pun dh buat laki tergoda ke..serius la..i ingt main main je..sore i dah la cute cute cmtu
kdg terkeluar sora halus..dlu masa i baru oerja lps grad..i kn original lemah lembu..suara halus je sbb awl20an lg...akk chinse kt ofis bebel jgn buat sora gitu..u menggoda lelaki..i mcm wth
tp sora i buruk je..org ckp sora buruk muka lawa kan
sora mcm nangis kot..
sbb selalu kalau bdk ofis call..dorg akan tnya nngis ke..awat sedihh...
Quote imanda 26-6-2024 10:13 AM
edayildiz replied at 26-6-2024 10:10 AM
memula i tgk she i pun xsuka..rasa mcm fake..
pastu mcm biasa i rasa bersalah sbb xsuka org tnpa sbb ...

suara nangis tu mcmn? dulu2 ramai kutuk suara fasha sandha, sb mcm suara nangis kot
Quote sufi^_^ 26-6-2024 10:24 AM
Halahhhh bodohnya, yg paling bodoh orang yg rasa kena tengok video dia untuk dapatkan motibasi. Korang dah kenapa hidup hina sangatkah sampai nak kena follow manusia bodoh untuk cari motibasi nak hidup tenang bahagia berjaya?

kenapa budak2 cerdik pandai tak ditonjolkan kat socmed eh?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.124190 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top