CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat samseng belasah ‘pak guard’ ditahan

25-6-2024 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8986| Komen: 1

Description: KUCHING – Polis menahan empat daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes merusuh dan mencederakan pengawal keselamatan di sebuah kolej di sini pada 19 Jun lalu.


KUCHING – Polis menahan empat daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes merusuh dan mencederakan pengawal keselamatan di sebuah kolej di sini pada 19 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, ia susulan tangkapan ke atas dua lagi suspek berusia 34 dan 40 tahun oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuching pada 22 Jun lalu di Jalan Penrissen, Padawan.

“Secara keseluruhan, kita menangkap empat suspek dan masih mengesan seorang lagi individu yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, tiga daripada suspek itu memiliki rekod jenayah kekerasan, dadah dan judi dalam talian, manakala dua lagi positif methamphetamine dan amphetamine.

Ahsmon berkata, kesemua suspek sudah dituduh di Mahkamah Kuching hari ini di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. 


Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yoppoy 26-6-2024 02:38 AM
Apa punca gado
Apa la jadi kat pakguard yang kena gulai ngan umngok yang anaknya terjun simminpul zaman kobid ke ari tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.035671 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top