CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sanggup Hidup Miskin, Isteri Bunuh Suami Dengan Parang Di Kebun

24-6-2024 08:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10218| Komen: 22


Hanya kerana tidak sanggup hidup dalam kemiskinnan, seorang wanita tergamak menamatkan hayat suaminya dalam satu kejadian di daerah Rejang Lebong, Bengkulu.

Suspek yang dikenali sebagai Asmaul Husna berusia 38 tahun dipercayai menyerang suaminya, 44, dengan sebilah parang di sebuah kebun berhampiran dengan rumah mereka. Mangsa yang mengalami luka parah di bahagian belakang leher disahkan meninggal dunia.



Kejadian tersebut berpunca selepas berlakunya perselisihan faham antara mereka sehingga membuatkan suspek bertindak di luar kawalan.

Hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua pasangan suami isteri dikatakan sering bertengkar kerana masalah kewangan.


Difahamkan, mayat mangsa kini telah dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat manakala suspek ditahan polis untuk tindakan lanjut.

Pihak polis juga kini mencari barang bukti iaitu sebilah parang yang dipercayai telah dibuang suspek selepas kejadian.

Sumber: TVonenews/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-6-2024 10:30 AM
sebelum kawin sanggup susah payah senang bersama kan... hadap je la.. tengok badan pompuan ni ingatkan umur dah 60
Quote sayurmayur88 24-6-2024 11:00 AM
siapa cakap duit bukan lah segala2 nya????
Quote Triple_8 24-6-2024 11:08 AM
sayurmayur88 replied at 24-6-2024 11:00 AM
siapa cakap duit bukan lah segala2 nya????

Meh kita tukar pula kepada duit ialah segala-galanya.
Quote CoffeeOverdose 24-6-2024 11:21 AM
Nama dh sedap dh tp iblis sungguh ye. kenapa tk bercerai tp pilih membunuh? adakah dia merasa tertipu setelah berkahwin?
Quote shernazz 24-6-2024 11:22 AM
Laki kau malas keje ke
Quote B40tastePosh 24-6-2024 11:25 AM
Laki kau sakit urat tu terlebih minum extrajos...think positive
Quote _blackbird 24-6-2024 11:42 AM
takda lah miskin sgt kalau sihat gedempol mcm tu mesti makan cukup & sedap. yg kat tangan tu gelang emas ke getah rambut, kabur sgt, tak jelas. org yg miskin ni biasa kurus2 sebab makan bercatu
Quote MissWhiteRoses 24-6-2024 11:43 AM
Edited by MissWhiteRoses at 24-6-2024 01:28 PM

Ni sbb husband dia biawak hidup kot..geram sgt dah tu
Quote afie_m 24-6-2024 01:38 PM
lama dah geram ni, tu yang bertindak tanpa akal
Quote Samerosie 24-6-2024 01:47 PM
So sekarang akan masuk penjara lama ni hidup senang la kan sebab makan minum berak tanggung.
Quote pokokmeranti 24-6-2024 02:19 PM
CoffeeOverdose replied at 24-6-2024 11:21 AM
Nama dh sedap dh tp iblis sungguh ye. kenapa tk bercerai tp pilih membunuh? adakah dia merasa tertip ...

macam kes di Perak kan? si isteri nak fasakh tapi suami x setuju. so, suami pergi bunuh isteri dan kemudian pergi serah diri di balai polis. mungkin lah jua perempuan ini minta cerai tapi xnak dilepaskan, dia pula yg bunuh suami. dah susah nak bercerai maka ambil jalan pintas ke neraka
Quote plywood 24-6-2024 02:26 PM
saya terfikir juga kalau miskin tapi hubungan suami isteri baik, adakah stress yang timbul akan sampai membunuh?

kalau duit pun tak ada, cinta dan kasih sayang pun tak ada, dua-dua pun terlalu dungu untuk setel masalah dan mencapai kata sepakat... itu baru benar-benar miskin, apalagi kedua-duanya berwatak pendekar tarbus.. sedia gali kuburlah awal-awal

aku rasa miskin itu cuma perkara yang trigger sahaja...
Quote mamatjb 24-6-2024 02:35 PM
duduk penjara lagi senang kot
Quote glump 24-6-2024 02:37 PM
Umur segitu biasa dah jadi atuk nenek disana
Quote supernaturalee 24-6-2024 02:38 PM
korang gugel nm tmpt kejadian ni,  Rejang Lebong, Bengkulu
lawa tmptnya
ada air terjun, hot spring, tasik nmpk dr tmpt berbukit
very nice

Quote gideoncross 25-6-2024 11:47 PM
B40tastePosh replied at 24-6-2024 11:25 AM
Laki kau sakit urat tu terlebih minum extrajos...think positive

Extrajos hahahaha
Quote dani-rox 25-6-2024 11:52 PM
tak sanggup hidup miskin tapi sanggup mereput dlm jel
Quote B40tastePosh 26-6-2024 12:09 AM
plywood replied at 24-6-2024 02:26 PM
saya terfikir juga kalau miskin tapi hubungan suami isteri baik, adakah stress yang timbul akan samp ...

Dah miskin, takde duit, kentut takde bau kate busuk.

Kalau ada duit, kentut busuk pun kata wangi.
Quote yoppoy 26-6-2024 01:30 AM
sayurmayur88 replied at 24-6-2024 11:00 AM
siapa cakap duit bukan lah segala2 nya????

Probably the dead guy

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051401 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top