CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Korea Selatan pertimbang semula bekal senjata kepada Ukraine

20-6-2024 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3905| Komen: 2


SEOUL: Korea Selatan yang menjadi antara pengeksport utama senjata, akan mempertimbang semula dasar lama yang menghalangnya daripada membekalkan senjata kepada Ukraine, kata seorang pegawai presiden hari ini selepas Korea Utara dan Russia menandatangani perjanjian pertahanan.

Beberapa jam selepas Presiden Russia, Vladimir Putin mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, semalam, Seoul berkata pihaknya bercadang untuk mempertimbangkan semula isu penyediaan sokongan senjata kepada Ukraine.

Korea Selatan mempunyai dasar lama yang sebelum ini menghalang negara itu daripada menjual semula senjata ke dalam zon konflik aktif.

Walaupun terdapat tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine supaya mempertimbang semula, Seoul masih berpegang teguh dengan dasar berkenaan.

Pernah menyasarkan untuk menjadi antara negara pengeksport senjata terkemuka dunia, Korea Selatan pernah menandatangani tawaran berbilion dolar untuk menjual kereta kebal dan meriam kepada negara Eropah, termasuk sekutu Kyiv iaitu Poland.


Seoul menzahirkan kebimbangan besarnya terhadap perjanjian Moscow-Pyongyang, di mana kedua-dua negara dikatakan bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan serta ekonomi mereka, termasuk dalam bantuan ketenteraan segera jika menghadapi pencerobohan bersenjata.

Penasihat keselamatan negara, Chang Ho-jin, berkata sebarang kerjasama secara langsung atau tidak langsung yang membantu mengukuhkan keupayaan ketenteraan Korea Utara adalah melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

"Pelanggaran dilakukan Russia sendiri terhadap resolusi dan sokongan untuk Korea Utara sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada hubungan Korea Selatan-Russia," katanya kepada pemberita.

Ketika berada di Pyonyang, Putin menegaskan Russia tidak menolak kerjasama teknikal ketenteraan dengan Korea Utara, yang dikatakan melanggar struktur sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap rejim Jong Un, berikutan pengharaman program nuklear dan peluru berpandu balisitik. - AFP

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 21-6-2024 01:53 AM
Korea utara ni masa mula mula perang ukraine vs russia.
dah offer nak hantar tentera. tapi russia diam waktu tu
Quote manamana123 22-6-2024 05:13 PM
usa - korea selatan - ukraina

russia - china - korea utara

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.026928 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top