CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang lemas ketika cuba selamatkan adik, anak saudara dihanyut arus

20-6-2024 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3669| Komen: 0

Foto hiasan


LAHAD DATU: Cubaan seorang lelaki terjun ke sungai untuk menyelamatkan adik serta anak saudaranya, berakhir tragedi apabila dia lemas dalam kejadian di Sungai Dewata di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Selasa lalu, mangsa yang berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh ahli keluarganya.

Bagaimanapun, anak saudara dan adiknya berusia 16 dan 10 tahun itu berjaya diselamatkan oleh ahli keluarga lain tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata berdasarkan siasatan awal mendapati, mangsa bersama beberapa ahli keluarganya pergi ke lokasi untuk aktiviti berkelah.

Katanya, secara tiba-tiba, anak saudara dan adik mangsa yang sedang mandi di tepi sungai dihanyutkan arus deras.

"Mangsa bersama dua ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu terus bertindak terjun ke sungai untuk menyelamatkan mereka.


"Bagaimanapun, mangsa disedari tidak timbul ke permukaan air sebelum dua ahli keluarganya kembali ke sungai untuk mencarinya.

"Mangsa akhirnya ditemui tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dzulbaharin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Hospital Lahad Datu pada jam 12.49 tengah hari.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kematian mangsa tidak mempunyai sebarang unsur-unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat dan kematian mangsa berpunca akibat mati lemas," katanya.

Susulan kejadian itu, Dzulbaharin menasihati orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti riadah atau perkelahan terutamanya pada musim hujan.

Katanya, cuaca yang tidak menentu ketika ini dikhuatiri boleh menyebabkan paras air sungai naik secara mendadak dan boleh membahayakan keselamatan diri dan nyawa.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.024373 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top