CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah Haji Dari Indonesia Sesat, Tak Makan Dua Hari Dibantu Oleh Mutawif Malaysia

20-6-2024 09:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4065| Komen: 18



Betul orang kata, ujian ketika mengerjakan ibadah haji ini datang dalam pelbagai jenis. Macam yang kita sedia maklum, cuaca di sana sekarang tidak menentu sampai menganggu kesihatan para jemaah haji yang sudah tua.

Tular di aplikasi TikTok, kisah pasangan suami isteri yang juga jemaah haji dari Indonesia terkandas dan ada masalah kewangan ketika berada di Tanah suci mencuri perhatian netizen.


Lebih menyedihkan, pasangan itu dilihat duduk termenung di tepi jalan sambil memerhatikan orang ramai.

"Mutawif jumpa pakcik makcik Indonesia ni terkanda dua hari. Tak makan dan masih berpakaian ihram."

"Handphone dan duit tak ada, selipar putus. Mutawif bagi makanan air dan selipar dia sendiri."


Difahamkan Mutawif tersebut juga sempat menghantar pasangan yang sesat itu balik ke hotel mereka.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen turut bersimpati dengan mereka ni dan memuji sikap baik yang ditunjukkan ini.


Nasib baik ada yang menolong, tak boleh bayang perasaan takut yang dihadapi oleh pasangan ni. Semoga mutawif tersebut dikurniakan haji yang mabrur dan jemaah berkenaan terus dilindungi sepanjang mengerjakan ibadah haji.

Kredit: TikTok/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bungatulip1171 20-6-2024 09:53 PM
Ya Allah kesiannya..macam2 boleh jadi kat sana
Quote Perawankota 21-6-2024 12:15 PM
Kadang2 aku terfikir ujian2 kt sana…
Quote drivethru 21-6-2024 12:23 PM
Keluar masuk pintu masjidil haram pun boleh sesat. Aku 2x tak jumpa kasut. Aku yakin bukan orang ambil, tapi lupa letak mana, masuk pintu mana, keluar pintu mana.
Sbb tu kalau keluar shopping, aku akan pergi dgn kawan sebilik. Tak berani keluar sorang2. Takut sesat.
Quote stroberi_80 21-6-2024 12:54 PM
Allah ... kesian nya.
Teringat dugaan sendiri
Quote nolya 21-6-2024 01:19 PM
Edited by nolya at 21-6-2024 01:33 PM

Hadir di Mekah,samada untuk umrah, maupun haji memang mudah sesat skr ini.  Jemaah akan sesat dlm hutan bangunan yg sama sekali asing bagi tetamu2 Allah ini. Aturan masuk pintu A, keluar pintu B boleh menyesatkan arah kita yg nak balek ke hotel. Pintu masuk dn pengecaman bangunan untuk arah pulang hotel berubah. Terpinga2/bingung jemaah mencari jalan pulang.  Apa lagi bagi jemaah yg berusia: pakcik2/makcik2, sesat tak tau nak belok kiri atau kanan.

Dlm environmen  yg cukup panas, terasa hilang, mana lagi dlm suasana ramainya orang, menimbulkan rasa yg sangat takut, bimbang, pening dn stress. Perasaan begitu  berkecamuk, tenaga menjadi lelah, sementara diri bak rusa masuk kampung, tetap tak jumpa jalan balek ke hotel/khemah. Diberatkan lagi, ada hp pun mati dek kehabisan  bateri, tertinggal ID,  tak ingat nama  hotel, kekangan berbahasa, semua menyatu menyebabkan jemaah hilang drp kumpulan.

Satu SARANAN yg boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurus haji-umrah M'sia dn I'dsia, iaitu minta jemaah memasang GPS pada setiap hp masing2, sekurang2nya dpt membantu jemaah mencari jalan balek hotel/penginapan. Dianggap ujian, ujian lah juga, ttpi bagi pihak pengurus haji, perlu cari idea untuk menambah baik cara pegurusan/perkhidmatan agar jemaah rasa nyaman menjalani ibadah.
Tahniah kpd pihak TH M'sia atas kecemerlangan mereka menguruskan urusan haji.
Quote dua_chzy 21-6-2024 01:34 PM
Mastika kata ni banyak dosa ni so tak nampak jalan.
Quote Skuau 21-6-2024 02:42 PM
dua_chzy replied at 21-6-2024 01:34 PM
Mastika kata ni banyak dosa ni so tak nampak jalan.

susah banget..kalo ke malezia gue ngak bisa sesat...
Quote nuryakmal 21-6-2024 02:51 PM
rasa kena invest airtag
Quote Tiggybiru 21-6-2024 03:46 PM
Ujian..
Quote CoffeeOverdose 21-6-2024 03:52 PM
nasib baik tk terjadi perkara yg tk baik.
Quote Decaffeinated 21-6-2024 05:15 PM
Dari lebih 2 juta manusia kalau sepuluh, seratus orang sesat tu biasa kot. Organizer anggap kpi tercapai.
Quote makita 21-6-2024 05:34 PM
dua_chzy replied at 21-6-2024 01:34 PM
Mastika kata ni banyak dosa ni so tak nampak jalan.

Tapi kan kaka chzy, kalau permandangan tu putih aja lepas tu panas mmg boleh dtgkan panic. Nak2 jenis tak biasa bersesak2.

Cuma 1 je lah dlm hati ni..sampai sana dikatakan kita semua sama level di sisi Tuhan ketika jalankan ibadah tapi meols tgok jemaah yg pi sana byr 68k Saudi, dlm kemah ada uimited aiskrem, mineral water sejuk..buah2an. Tu lom lg yg pakej lgi up...kat kemah ada berdulang2 buahan. Tempat tido pon lain sket. Khemah pon beza. Jadi sapa byk duit dpt la layanan beza dari yg kurang mampu.
Quote adiwarna 21-6-2024 05:38 PM
Alhamdulillah....terbaik mutawwif tu! Syukur ibu dan bapak yg sesat tu dah selamat...kat sini mmg senang sesat, hotelnya pulak berlapis2, aku pernah salah naik lif hotel, tingkat dgn nombor bilik pulak mmg sama, tapi kad aku tak boleh scan, ketuk2, pak arab yg keluar, terus aku mintak maaf salah bilik....rupa2nya hotel aku kena jalan ke dalam lagi baru jumpa...terduduk kejap aku kat lounge sofa...tu lah konfiusnya hotel2 kat tower clock tu...lepas tu dah x kuar sorang2 lagi lah....mesti dgn roommates or family...
Quote fattymah 21-6-2024 05:41 PM
Boleh tak jangan buat content.. tlg je la senyap2
Quote helicornia 21-6-2024 06:12 PM
Bab mutawif malaysia tolong ni indon tk mau viralkan ke
Quote dua_chzy 21-6-2024 06:20 PM
makita replied at 21-6-2024 09:34 AM
Tapi kan kaka chzy, kalau permandangan tu putih aja lepas tu panas mmg boleh dtgkan panic. Nak2 je ...

Eih, memang la sis. Tapi Mastika dulu pandai2 claimed tu sebab banyak dousa la tu. Tak nampak jalan. Padahal macam2 faktor kot macam kaka bagitau tu la.
Quote ninja boy 21-6-2024 06:23 PM
Edited by ninja boy at 21-6-2024 06:30 PM

Org tua2 pelupa hotel mana bilik mana bas mana jalan pi jalan balik mata rabun, masuk jalan sehala lain pintu balik jalan sehala pintu lain
Quote Incanto 21-6-2024 06:38 PM
syukur di jumpai dan dapat balik ke hotel

grup derang tak risau plak ada dua org yg tertinggal

tapi masa haji  anything can happen

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.098534 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top