CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semua Sekolah Perlu Laksana Program DLP, Tiada Yang Terkecuali – Fadhlina Sidek

20-6-2024 09:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4720| Komen: 36



NIBONG TEBAL: Tiada sekolah yang terkecuali dalam melaksanakan Program Dwibahasa (DLP) bagi subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Melayu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata semua sekolah termasuk sekolah berasrama penuh perlu mematuhi garis panduan ditetapkan berhubung pelaksanaan program berkenaan yang bertujuan Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Kementerian Pendidikan (KPM) sedia membantu mana-mana sekolah yang berdepan masalah pelaksanaan garis panduan berhubung program DLP itu.

"Tak betul (dakwaan ada sekolah tertentu dikecualikan ikut garis panduan DLP), semua (sekolah) kita sudah tegaskan kena pakai dan rujuk kita punya garis panduan yang ia tidak ada masalah .

"Setakat ini, sekolah-sekolah yang ada masalah dengan pelaksanaan garis panduan DLP, kita akan turun dan bantu sekolah terbabit untuk melaksanakan garis panduan berkenaan," katanya.


Beliau mengulas laporan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim yang mendakwa sekolah elit seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah dikecualikan pelaksanaan DLP.

Noor Azimah sebelum itu memberitahu bahawa garis panduan baharu itu juga dengan jelas mengecualikan Sarawak, membenarkan semua sekolah rendah menjalankan DLP sepenuhnya sejak 2020, bermakna bahasa pengantar semua kelas Sains dan Matematik ialah bahasa Inggeris.

Terdahulu Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui pada Peluncuran Sekolah Pengajar Program Sahabat Bahasa Institut Pendidikan Guru Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap, hari ini.

Baru-baru ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut menggesa KPM menjelaskan sebab MCKK dan Kolej Tunku Kurshiah diberi kelonggaran 'mengabaikan' peraturan baharu DLP.

Sementara itu, Fadhlina berkata, KPM komited untuk memastikan peningkatan dan kecekapan berbahasa menerusi dasar MBMMBI, antaranya menubuhkan Pasukan Khas Reformasi Pendidikan dengan memperkenalkan Sahabat Bahasa untuk membudayakan dan menyemarakkan pelaksanaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris secara komprehensif.

"Inisiatif ini dilaksanakan di bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan terdiri sekolah IPG, Kolej Matrikulasi dan Kolej Vokasional," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bungatulip1171 20-6-2024 09:59 PM
DLP dtg lagi..nanti ada la pulak yg kena pergi kursus haha
Quote supernaturalee 21-6-2024 10:27 AM
Bungatulip1171 replied at 20-6-2024 09:59 PM
DLP dtg lagi..nanti ada la pulak yg kena pergi kursus haha

blh sambil2 jalan2 mkn angin

cam x biasa plak

Quote plywood 21-6-2024 10:31 AM
"Kelas DLP (Dual Language Programme) merupakan program yang memberi pilihan kepada murid-murid belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Bermula 2018, kelas DLP hanya dibuka untuk murid tahun 1 dan tingkatan 1 sahaja. Sebelum 2018, kelas DLP dibuka juga untuk tahun 4 dan tingkatan 4."
Quote Apoo 21-6-2024 10:55 AM
Aku tak paham. DLP ni maksud dia Dual Language Program kan? So sekolah2 boleh la ajar dlm BM atau BI kan? Ka sekolah boleh pilih nak ajar dlm mana2 language?
Quote pokokmeranti 21-6-2024 11:00 AM
Apoo replied at 21-6-2024 10:55 AM
Aku tak paham. DLP ni maksud dia Dual Language Program kan? So sekolah2 boleh la ajar dlm BM atau BI ...

ada kelas yg guna BM dan ada kena yg guna BI, I rasa begitu. mudahnya sekurang2nya ada satu kelas wajib mengajar dalam BI secara total
Quote lilfai 21-6-2024 01:01 PM
Anak2 saya kelas DLP dari darjah 1 and naik sek men pun auto masuk kelas DLP sampai tingkatan 5, masa darjah 1 ada saringan unfuk masuk ke kelas DLP sebab sekolah anak saya cuma ada 1 sahaja kelas DLP, yang sulung now dah tingkatan 5 subject math, sains, fizik, kimia and add math belajar in english, kelas tuition ambik online je sbb kelas fizikal susah nak cari yang DLP kalau ada pun mahal sangat sampai RM200 untuk 1 subject
Quote seri_mawr 21-6-2024 03:04 PM
knp entah aku rasa FS ni mcm x best jadi menteri pendidikan...huhuu
Quote Zeatyisaac 21-6-2024 08:48 PM
Edited by Zeatyisaac at 21-6-2024 08:50 PM



Kursus sekarang online beb. Kesian guru2, pagi mengajar, petang masuk kursus Google Meet.
Quote Zeatyisaac 21-6-2024 08:50 PM
supernaturalee replied at 21-6-2024 10:27 AM
blh sambil2 jalan2 mkn angin

cam x biasa plak

Kursus sekarang online.
Quote theotherfriend 21-6-2024 09:26 PM
Kat bandar English tu biasa je, guru cukup, parents mmg nak DLP. Kat kampung cikgu2 update Insta pun grammar hauk, boleh berjaya ke DLP.
cukup check soal selidik HIP kat sekolah. Iols baru miting PIBG, ada AJK mints tolong, cikgu SU gelak2 sambil letak 2.Iols baca sebab tengok kweschener dia lain
Quote mrseller 21-6-2024 09:31 PM
Bila loyer jaga ministry edication, nampak boddow
Quote Firenzza 22-6-2024 01:55 PM
Dulu bkn main nk sumbat wak jahit masuk penjara, skrg bodek wak jadi tok guru plk ......dasar lidah bercabang
Quote Apoo 22-6-2024 03:13 PM
theotherfriend replied at 21-6-2024 09:26 PM
Kat bandar English tu biasa je, guru cukup, parents mmg nak DLP. Kat kampung cikgu2 update Insta pun ...

Maksudnya ada dua team la. Satu team nak ajar math & science dalam BM. Satu lagi team nak mengajar math & science dlm BI.
So solution dia buat DLP. Setiap sekolah kena buat 2 jenis kelas, satu ajar dlm BM, satu lagi dlm BI. Betul ka pemahaman aku?
So apa masalahnya sekrg? Ada sekolah yg x nak ikut ka?
Quote cruz2 22-6-2024 03:23 PM
Weh cacamarbanya... Sblm ni mrsm anak elok jer DLP, tetiba last year dh tukar jd NDLP. bebudak pon dh merungut susah naw nk phm terms dlm BM terutama subjek add maths, fizik, kimia. Cecikgu pon sama. Dh la spm thn ni di awalkan. Pepelik betul tukar itu ini setiap kali tukar menteri pendidikan. Mangsanya bebudak sekolah lah. Tak ada ke kat malaysia ni org cerdik pandai bab pendidikan boleh sama2 tetapkan silibus yg bersesuaian dan bukannya yg set2 berkepentingan tu gubal syok sendiri?
Quote zehra2 22-6-2024 03:38 PM
kat daerahku skolah terpilih je buka klas DLP ni.. satu klas jek pun. ok je.. sbb dh tentu budak pandai je yg masuk. nk kawal klas pun senang. dlm 20-25 org/ klas
Quote shy79 22-6-2024 04:13 PM
Apoo replied at 21-6-2024 10:55 AM
Aku tak paham. DLP ni maksud dia Dual Language Program kan? So sekolah2 boleh la ajar dlm BM atau BI ...

diajar dlm english..tp cikgu boleh guna bm jgk utk explain kt murid..
tp murid wajib jawab soalan exam sepenuhnya dlm english..
bukan semua kelas DLP dlm sesebuah skolah..
bergantung kpd skolah yg mohon & waris pun mesti setuju anak dia masuk kelas DLP
Quote shy79 22-6-2024 04:17 PM
Apoo replied at 22-6-2024 03:13 PM
Maksudnya ada dua team la. Satu team nak ajar math & science dalam BM. Satu lagi team nak mengajar ...

masalahnya skrg y skolah2 cina kt penang tu nk buat kelas DLP sepenuhnya..
takdak satu pun kelas yg ajar sc math dlm bm..
alasan depa sbb waris semua nk kelas DLP..
tp dasar kementerian at least mesti 1 kelas yg bukan dlp dlm stp tingkatan
Quote shy79 22-6-2024 04:23 PM
zehra2 replied at 22-6-2024 03:38 PM
kat daerahku skolah terpilih je buka klas DLP ni.. satu klas jek pun. ok je.. sbb dh tentu budak pan ...

skolah iols terpaling uolls..
empat kelas DLP men atas..
so budak2 cina semua berebut nk masuk skolah iols..
skolah lain kebanyakan 1 kelas ja DLP
Quote shy79 22-6-2024 04:28 PM
ramai yg tak faham kelas DLP ni mcm mana..
beza sgt dgn zaman PPSMI dulu..
PPSMI semua skolah wajib laksana pdp dlm english utk sc math..
DLP ni atas permohonan skolah & waris..
so KPM tak paksa pun..
DLP ni wujud lepas PPSMI dihapuskan..
wujud disebabkan adanya tekanan dr waris yg nak anak dia blajar sc math dlm english
jd ada la skolah yg mohon utk buat kelas DLP
tp selalunya bukan semua kelas dlm tingkatan tu kelas DLP

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.044234 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top