CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Suka Kongsi & Bahagia”- Wanita Jepun Akui Persepsi Terhadap Muslim Berubah Selepas Datang Malaysia

20-6-2024 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2996| Komen: 8


Sora turut mengakui sebelum ini ketika berada di Jepun dia juga mempunyai tanggapan muslim adalah menakutkan, namun ia berubah selepas berkunjung ke Malaysia dan mengenali masyarakatnya.

Tak dinafikan segelintir masyarakat di dunia mempunyai persepsi masing-masing terhadap sesuatu perkara.

Namun sebagai manusia, kita tidak boleh membiarkan persepsi buruk terhadap sesuatu perkara menguasai diri, sebaliknya ia perlu dipelajari.

Ini kerana, menerusi pengalaman ia dapat mengubah sesuatu tanggapan buruk kepada baik selepas mempelajari dan memahami sesuatu perkara mahupun komuniti.


Perkara sama turut dirasai oleh seorang wanita Jepun apabila mengakui persepsinya terhadap muslim berubah selepas dia mengenali dan mempelajarinya.


Menerusi video yang dikongsikan oleh @sora_fula di TikTok, dia memaklumkan kebanyakan penduduk di Jepun sering berfikir orang muslim adalah menakutkan, ia berikutan daripada berita yang bias.

“Saya juga mempunyai tanggapan yang sama ketika berada di Jepun, namun ia berubah selepas saya datang ke Malaysia.

“Penduduk Malaysia suka berkongsi dan memberikan kebahagian kepada orang lain,” ujarnya.

Oleh itu, saya telah berkunjung ke Masjid Putra, Putrajaya untuk mempelajari lebih lagi mengenai muslim.

Sewaktu berkunjung Sora turut bertanya kepada seorang petugas adakah muslim atau Malaysia tidak melakukan kejahatan?

Lelaki itu menjawab sentiasa ada garis panduan dalam setiap perkara. Sekiranya seseorang individu melakukan perkara yang tidak baik, maka dia perlu sentiasa balik (meminta ampun) kepada Allah SWT.

“Allah SWT telah berkata jika awak memohon maaf kepadaNya, Allah SWT akan memafkan awak.

“Kerana itu, kita solat sebanyak lima waktu. Setiap kali solat, kita akan memohon keampunan dari Allah SWT.

“Topik pertama yang awak ingin bercakap dengan Allah adalah ayatNya yang berada dalam al-Quran. Waktu yang diambil sekitar dua minit paling lama untuk menghabiskan satu baris ayat,” kata lelaki berkenaan.

Malah lelaki itu turut menunjukkan cara atau perkataan yang perlu diungkapkan untuk memohon ampun dari Allah SWT.

Perkara itu, turut membuatkan Sora merasakan setiap hari muslim akan bertanya kepada diri mereka adakah mereka seorang yang baik mahupun sebaliknya. Malah dia percaya ia adalah salah satu sebab mengapa rakyat Malaysia atau muslim boleh sentiasa menjadi baik.

“Banyak pelancong dari Jepun telah datang ke sini (masjid) untuk belajar tentang Islam. Mereka juga berikan saya al-Quran,” katanya lagi.

Dalam beberapa video lain yang dimuat naik oleh Sora, dia turut menunjukkan kegembiraannya bercampur dengan masyarakat Malaysia termasuk muslim yang disifatkan sangat baik dengannya.


Malah Sora juga turut tidak melepaskan peluang untuk melihat ibadah korban dilakukan pada baru-baru ini.

Melihat di ruang komen, ramai yang menyokong Sora untuk terus mempelajari tentang muslim dan Islam.


Malah ada juga yang meminta Sora untuk datang ke masjid pada bulan Ramadan untuk melihat kemeriahan yang berlainan dari hari biasa.

“Awak patut lawatnya lagi nanti ketika Ramadan! Ia mempunyai vibes yang sangat berbeza di dalam masjid dan kelilingnya. Saya rindukan Ramadan”




Sumber : Buzzkini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 21-6-2024 01:56 AM
Penjajah Portugis bila nak buat macam ni ?
Quote matbad 21-6-2024 02:05 AM
Content
Quote jazaa100 21-6-2024 02:24 AM
gigahertz replied at 21-6-2024 01:56 AM
Penjajah Portugis bila nak buat macam ni ?

Knp portugis je....
Belanda tak tanya?
Quote B40tastePosh 21-6-2024 03:18 AM
jazaa100 replied at 21-6-2024 02:24 AM
Knp portugis je....
Belanda tak tanya?

Belanda pun baik dengan Malaysia...banyak negara sayang Malaysia.

51698822689_oilpalmtree (1).jpg
Quote noor2 21-6-2024 06:46 AM
Bukan Malaysia je...semua org islam diseluruh dunia sama je sb ikut cara rasulullah dan ajaran islam alquran oleh Allah.
Quote vanillaninja 21-6-2024 07:53 AM
Nama pun content creator.
Quote venom1 21-6-2024 09:23 AM
Single lagi ke? hehehe
Quote prince_marhaen 21-6-2024 09:28 AM
overnya yang suruh convert tu....sah2 lah cikki jepun ni buat content je, skrg content2 cakap melayu, buat resepi melayu, suka malaysia....sebab netizen sini mudah kagum...pompuan afrika buat parody guna sound cakap melayu pun terus viral..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065388 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top