Baru-baru ini, Thailand dikhabarkan akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. Berita tersebut susulan Senat Thai yang telah meluluskan bacaan akhir Rang Undang-Undang (RUU) kesaksamaan perkahwinan pada 18 Jun. RUU itu mendapat undian daripada 130 senator yang menyokong manakala empat orang menentangnya dan 18 orang mengambil keputusan berkecuali. "Undang-undang kesaksamaan perkahwinan baru Thailand ialah kejayaan untuk keadilan dan hak asasi manusia." Malah, Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut. Menurutnya, undang-undang tersebut bakal diluluskan dalam tempoh 120 hari lagi selepas RUU itu dibawanya untuk meminta perkenan diraja sebelum diwartakan. Di samping itu, versi akhir RUU itu turut menggantikan perkataan jantina dalam Kanun Sivil dan Komersial seperti suami, isteri, lelaki dan wanita kepada perkataan yang lebih neutral jantina.
Ia bagi membolehkan pasangan LGBTQ+ mendapat hak saksama khususnya yang melibatkan perkahwinan, kebajikan, pengambilan anak dan lain-lain. "Kerajaan Thailand kini mesti memberi tumpuan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang ini dengan pantas dan berkesan untuk melindungi hak LGBTQ+." "Kesaksamaan perkahwinan adalah asas kepada maruah manusia, dan adalah penting bagi Thailand melindungi hak-hak ini tanpa berlengah-lengah atau diskriminasi." SUMBER : Malaysiakini/Beautifulnara |
pokokmeranti replied at 20-6-2024 08:50 AM
suatu masa nanti akan lumpuh sistem kekeluargaan di Thailand.
Barebow77 replied at 20-6-2024 09:47 AM
BL series Thailand pon banyak kot..dok lalu lalang fyp kat tiktok aiol..siap dari belakon sama2 last ...
CoffeeOverdose replied at 20-6-2024 08:36 AM
hurmmmm.. ap nak hairan dgn thailand. sdgkan binatang dan serangga pun dorg makan asal boleh. Semoga ...
TomyamPuteh replied at 20-6-2024 09:55 AM
Hantar akak@Poohkey ke sana
pooh~key replied at 20-6-2024 10:09 AM
Terkejut allah dengar statement kau kot sissy?
SalenaGomez replied at 20-6-2024 09:59 AM
Ada terjebak 1 kali tgk drama thai kat netflix. Dlm tu pon ada scene yg menormalisasikan LGBT ni. ...
pokokmeranti replied at 20-6-2024 08:50 AM
suatu masa nanti akan lumpuh sistem kekeluargaan di Thailand.
..RUU itu mendapat undian daripada 130 senator yang menyokong manakala empat orang menentangnya dan 18 orang mengambil keputusan berkecuali...
copy_paste replied at 20-6-2024 09:46 AM
segala kepincangan diorg akan sorok,
atas nama hak asasi dan keadilan,padahal atas nama nafsu send ...
pooh~key replied at 20-6-2024 10:16 AM
Tapi sistem pengurangan lambakan manusia durjana makin utuh, sebab gay tak boleh melahirkan, sissy ...
pokokmeranti replied at 20-6-2024 10:52 AM
mereka mendurjanakan anak angkat...
pooh~key replied at 20-6-2024 11:08 AM
Kebanyakan anak angkat tu terangkat asalnya pun dari parents straight yang maha durjana pergi buan ...
ADVERTISEMENT