CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipaksa Berhenti Kerja, Wanita Tulis Surat ‘Resign’ Dan Peroleh Pampasan RM100K Dari Majikan

20-6-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3355| Komen: 22


Kalau anda nak tahu, jikalau anda dipaksa untuk berhenti kerja oleh majikan, anda boleh menulis mengenai perkara tersebut di dalam surat perletakan jawatan.

Seperti satu kes ini, Mahkamah Perusahaan telah memerintahkan Petaling Jaya Dairy Sdb. Bhd untuk membayar pampasan kepada bekas ketua sumber manusianya, Nizatul Asmar Chek Umar sebanyak RM191,530.50.

Difahamkan, Nizatul telah dipaksa meletakkan jawatan dengan cara yang salah oleh bekas pengurus besar syarikat itu, Henry Ong Ewe Teow.

Menurut fakta kes, segalanya bermula apabila Nizatul mendengar rungutan pekerja mengenai kelakuan majikannya itu.


Berikutan itu, hubungan kerja antara Nizatul dan Ong menjadi keruh sebelum dia dipaksa untuk meletakkan jawatan pada 10 November 2022.

Syarikat itu dilaporkan ‘buat tak tahu’ tanpa mendengar aduan Nizatul di sebalik perletakan jawatannya itu.

Pengerusi Mahkamah, D. Paramalingam kemudian mengecam tindakan syarikat itu yang tidak memanggil Ong sebagai saksi dan menekankan ketidakhadirannya dan penamatan pekerjaan itu sebagai sesuatu yang mencurigakan.



Mahkamah kemudian memberikan gaji 14 bulan dan pampasan sebulan sebagai ganti pengembalian semula berjumlah RM241,570 namun dikurangkan 10% setelah diselaraskan.

Dalam hantaran asal, seorang individu menyarankan untuk mereka yang diberhentikan kerja secara paksa untuk tidak berdiam diri sebaliknya ‘melawan’ dalam menuntut hak anda sebagai pekerja.

SUMBER : X/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missnina 20-6-2024 08:34 AM
Lesson learnt
It's a good move by the HR person
Quote CoffeeOverdose 20-6-2024 08:35 AM
tuntut mmg blh tuntut. bukan benda mcm ni long proses ke? kdg2 labour office pun mmc bolayan jer..
Quote pokokmeranti 20-6-2024 09:16 AM
adan uke cina mabuk kuasa gila duit
Quote _kelly 20-6-2024 09:24 AM
CoffeeOverdose replied at 20-6-2024 08:35 AM
tuntut mmg blh tuntut. bukan benda mcm ni long proses ke? kdg2 labour office pun mmc bolayan jer..

memang long process tapi kalau rasa boleh menang, fight je la

ada comp yang memang tak buang staff bermasalah sebab takut staff bawak kes pegi labor office pulak
Quote afie_m 20-6-2024 09:44 AM
yakin boleh, puasa hati kalau menang
Quote ezacbee 20-6-2024 09:59 AM
Co racist memang camni.. agaknya dah selalu buat camni n dapat jenis diam. Tiber dapat akak ni amik ko.. untung dia..
Quote Supersirap 20-6-2024 10:02 AM
Maklumat yang sangat menarik
Quote Sesuatu… 20-6-2024 11:19 AM
Bagus kakak ni pegi tuntut hak dia…

Terbalik pulak dgn aku. Pglmn aku deal dgn staff yg dh pernah bwk bekas majikan ke pej buruh. Mereka mmg berani ye smpi naik lemak rasa mcm co. bapak dia pulak melawan boss. Boss kna ikut ckp dia la kiranya. Tp aku pun berani juga dgn semua b&w sdh standby. Korg lebih sudu dr kuah je & cross the line mmg mendpt le sebulan notis…semoga kami sentiasa terpelihara dr org2 yg nk ambil kesempatan & play victim & pergunakan kita
Quote otai_g 20-6-2024 11:21 AM
Ini hanya secebis kejayaan. Rsnya bnyk je Kes penindasan di kalangan pekerja kat msia ni. Yg Tau, Tau lah.
Quote chikumanis 20-6-2024 11:26 AM
HR kot..memain lagi! rasa kan lah..konon melayu ni boleh dipijak2 ke? naaahh...bayar pampasan!
Quote midori888 20-6-2024 11:36 AM
Edited by midori888 at 20-6-2024 11:43 AM

teringat plak, less than 10 years ago ada satu company kena byr  sorang ex-staff diorg about RM 2 mil because of constructive dismissal...court award 24 months salary and company kena hire dia balik...tapi disebabkan company dah amik org lain, company byr dia lg 24 months salary, jd dia dpt 24 + 24 months salary.
with this case lah meols tau brapa gaji HSE Mgr in international oil & gas company...RM44k per month...
Quote chandrahusin 21-6-2024 03:50 PM
Yep, klu bangsa Cina sng je kita bwk je ke tengah
yg jadi mslh
kwn2 aku keja Company Bumi
kena pijak2 dgn mgmt
takde sapa berani melawan
gaji rendah, gaji lambat, takde kenaikkan gaji
this applies to semua dr lvl Bos ke kerani
tu belum lagi yg dh beratus org resigned selama ni
Company janji bonus tp tak penah bagi smpai resign
Zakat tak bayar, EPF pun dr tahun lps
dlm slip gaji potong tp check EPF duit tak masuk pun
mcm2 hal lah
tapi takde sapa sorang pun berani bwk ke tengah
sbb hormat Dato katanya
Quote sharlenetexas 21-6-2024 04:34 PM
Pampasan 100k ni perlu tax ke?

Quote sharlenetexas 21-6-2024 04:36 PM
Pj dairy ni keluar produk jenama apa?

Quote mojarean_X 21-6-2024 04:47 PM
X de maknanya dekk kita tulis cemana pun kt exit interview tu nanti manager kita edit bila hantar ke HR. Kes thread ni exceptional sbb mangsanya ketua HR sendiri
Quote Momohizan 21-6-2024 08:25 PM
sharlenetexas replied at 21-6-2024 04:36 PM
Pj dairy ni keluar produk jenama apa?

Macam OEM PJ Dairy ni...keluarkan/pack product tenusu untuk Nestle. Owner kilang Lactalis. Product brand Lactel.

From Lactalis Malaysia Sdn Bhd webpage:
'From October 2019, all Nestle chilled dairy products is sold under a new brand, Lactel. Created in 1967, Lactel is the No. 1 milk brand in France, providing top quality products to consumers in more than 50 countries around the world.'

I is confused pulak baca.
Quote Momohizan 21-6-2024 08:27 PM
mojarean_X replied at 21-6-2024 04:47 PM
X de maknanya dekk kita tulis cemana pun kt exit interview tu nanti manager kita edit bila hantar ke ...

Ooo... Ketua HR tak tersakiti. Memang lepas la..she wrote, she sign, she filed.
Quote sharlenetexas 21-6-2024 08:28 PM
Momohizan replied at 21-6-2024 08:25 PM
Macam OEM PJ Dairy ni...keluarkan/pack product tenusu untuk Nestle. Owner kilang Lactalis. Product ...

Iols baru google gak tadi. Jadinya Bliss tu bukan lagi milik Nestle?



Quote sharlenetexas 21-6-2024 08:29 PM
Kilang tu nama pj dairy sdn bhd.
Salah satu produknya lactel bliss.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.035142 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top