CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyelam Malaysia maut ketika bersihkan kapal di Singapura

20-6-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2879| Komen: 20



Singapura: Seorang pekerja warga Malaysia berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di tempat kerja semasa melakukan kerja-kerja pembersihan lambung kapal di Eastern Anchorage, di sepanjang Marina South Pier, pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata, dalam kemalangan 2.10 petang, mangsa tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.

"Pekerja itu dibawa ke Hospital Besar Singapura, dan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

MOM sedang menyiasat kejadian itu dan mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua aktiviti menyelam.

"Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan 'Surface-Supplied Diving Equipment' (SSDE) atau 'Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus' (CSCUBA) mesti dipatuhi," kata jurucakap itu.


MOM berkata, peralatan dan alat sedemikian memudahkan koordinasi dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi.

Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

Sementara itu, CNA melaporkan bahawa pihak polis berkata, berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah disyaki dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missnina 20-6-2024 08:37 AM
Innalillahiwainnailairajiun. Takziah kepada keluarga.
Kemalangan semasa bertugas, muda lagi.
Harapnya tiada unsur kecuaian.
Quote CoffeeOverdose 20-6-2024 08:42 AM
kesiannya... gaji penyelam ni mmg lumayan tp itula.. risiko pun tinggi.
Quote cempakaa 20-6-2024 11:01 AM
Salam takziah pada keluarga. Memang risky kerja penyelam ni walaupun gaji lumayan.
Quote Sesuatu… 20-6-2024 11:25 AM
Innalillah…islam ke dia?

Mcm ade jgk nmpk similar incident penyelam terbelit diri sendiri and lemas di singapura jgk…
Quote Ytee 20-6-2024 11:33 AM
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un
Quote IzzahF 20-6-2024 11:35 AM
muda lg..kesiannya. takziah pada keluarga
Quote Triple_8 20-6-2024 11:37 AM
Nampak sibuk dengan standard peralatan tu, ni mesti kes guna alat skuba Mr. DIY sebab nak jimat kos. Silap besar sebab bukan M'sia.
Quote _blackbird 20-6-2024 02:27 PM
ermmm. warga malaysia umur 22 kerja cuci kapal? company hire incompetent person utk gaji murah ke ni. tak mungkin 22thn dah competent dan industri perkapalan
Quote KakRumiMenari 20-6-2024 02:38 PM
Muda sgt utk kerja berisiko tinggi.. takziah kepada keluarga
Quote Supersirap 20-6-2024 02:40 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote ivy23 20-6-2024 03:17 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun...takziah buat mangsa dan keluarga...
Quote ivy23 20-6-2024 03:17 PM
Edited by ivy23 at 20-6-2024 03:19 PM

.
Quote notfound 20-6-2024 07:51 PM
Dah ajal
Quote notfound 20-6-2024 07:51 PM
Salam takziah
Quote doubleA 20-6-2024 08:11 PM
Islam. Anak saudara abg ipar aku
Quote KakRumiMenari 20-6-2024 08:14 PM
doubleA replied at 20-6-2024 08:11 PM
Islam. Anak saudara abg ipar aku

Takziah... dah sampai ajalkan.. baru keje ke sis.. muda lagi..
Quote doubleA 20-6-2024 08:22 PM
KakRumiMenari replied at 20-6-2024 08:14 PM
Takziah... dah sampai ajalkan.. baru keje ke sis.. muda lagi..

Tak pasti history pekerjaan tu macamana, tapi baru lagi kerja situ
Quote Decaffeinated 20-6-2024 08:57 PM
Ini pun kerja kategori cleaner juga ka?
Quote cicak_kobeng 21-6-2024 11:41 AM
Innalillahiwainnailairajiun. Takziah kepada keluarga.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036645 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top