CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jika anda ditawarkan RM100, kerajaan akan beri anda RM100", Penjawat awam lapor kes rasuah boleh diberi ganjaran wang - Azam Baki

18-6-2024 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3062| Komen: 30



Kuala Lumpur: Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah sehingga membawa kepada sabitan boleh diberi ganjaran wang, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata, pemberi maklumat kepada kerajaan akan diberi ganjaran sama seperti tawaran suapan kerana mereka membantu dalam membanteras kegiatan rasuah.

"Ia ringgit untuk ringgit, jika anda ditawarkan RM100, kerajaan akan beri anda RM100. Jika anda ditawarkan RM1 juta, kerajaan akan kembalikan RM1 juta kepada anda," katanya ketika menjadi tetamu program audio siar Beyond the Headlines kendalian New Straits Times (NST), semalam.

Tambahnya, melalui dasar sedia ada, seramai 514 penjawat awam sudah diberi ganjaran berjumlah lebih RM1 juta antara 2012 hingga 2023 kerana mendedah serta melaporkan kes rasuah yang membawa kepada sabitan.

Di bawah Strategi Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024-2028 yang baru diumumkan Mei lalu, Azam menjelaskan, skim sama boleh diperluaskan kepada masyarakat umum, namun ia masih dalam peringkat cadangan.



"Perkara itu masih dalam cadangan, prosedur khusus dan optimum bersama agensi peneraju masih belum diputuskan. Itu di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Pertama sekali, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu diperbaharui dan kami bersetuju, BHEUU kini sedang dalam proses meminda undang-undang," katanya.

Katanya, SPRM satu-satunya agensi penguat kuasa yang menggunakan sepenuhnya undang-undang itu dan sejak tujuh tahun lalu, sudah mempromosikannya kepada orang ramai bahawa mereka harus menjadi pemberi maklumat.

"Ada tiga kategori yang tampil ke SPRM, iaitu pengadu, pemberi maklumat dan informan. Pengadu sebagai contoh, perlu ke mahkamah, namun saya boleh katakan kurang daripada lima peratus mereka yang tampil ingin membuat aduan bersedia untuk beri keterangan di mahkamah.

"Bagi pemberi maklumat dan informan, identiti mereka dilindungi dengan baik. Sekarang, BHEUU ingin memberi ganjaran kepada mereka dan saya fikir ia idea yang baik, boleh menggalakkan lebih ramai tampil membuat aduan, terutama kepada SPRM," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 18-6-2024 05:57 PM
Betul ke ni? Bestnya dapat ganjaran.
Quote Ytee 18-6-2024 06:06 PM
insulin: Betul ke ni? Bestnya dapat ganjaran.
kann

Quote Perwira2022 18-6-2024 06:33 PM
Menipu aje la
Quote plywood 18-6-2024 06:37 PM
Bagus ni, serangan kpd pelaku rasuah pada peringkat awal kejadian rasuah.. dan juga akan ada keuntungan kpd pelapor... cuma ini tak ada loophole kah?

ada dengar cerita yang berlaku seorang dari adik beradik buat pinjaman bank dengan jumlah yang banyak..  duit tu share dengan keluarga, dan akhirnya orang yang buat pinjaman diisytihar bankrap.. dia taklah susah sangat sebab duit dan keperluan adik beradik yang lain urus
Quote TeropongThaico 18-6-2024 07:25 PM
Betul ke?
Quote Momohizan 18-6-2024 08:05 PM
Takde can...I tak kerja gomen
Quote Azharitubunga 18-6-2024 08:31 PM
Ini kisah harapkan pegar,.....pegar makan padi atau acaner?

Teringat lagu namamu teratas
Quote Sazreena 18-6-2024 08:46 PM
Halahh..yg bercakap tu pun 2x5...ce join ES...mmcm hampeh terbongkar.
Quote mawardia 18-6-2024 11:24 PM
Adoi pantang betul menengok org lelaki pakai suit tapi seluar senteng macam gitu. Pulak tu cara duduk meluas camtu.

Yihh.

Mohon mana-mana consultant hantar proposal corporate training kat sprm.
Ajar grooming and etiquette.
Quote sayurmayur88 19-6-2024 07:22 AM
tapi nak dapat keberanian utk melapor tu yg susah kot
Quote white_musk 19-6-2024 07:49 AM
Biasanya di negara ini, yg melapor itu yang akab kena tindakan...
Quote CoffeeOverdose 19-6-2024 08:27 AM
pegawai tinggi sapa berani nak lapor weiii... naya kena simen. yg dilapor yilekk jer kena tukar.
Quote n3ar 19-6-2024 08:46 AM
kah kah kah...

lawak,, kalau yg terima rasuah juta2, kerajaan nak kasi juta2 juga kat whistleblower ?

silap2 whistleblower tu kena tanam dgn geng2 tertentu.. kot baru mengadu, aduan tu pun ada yg whistleblower dalaman kasi pecah lubang kt orang yg memberi rasuah...
Quote myhairisbad 19-6-2024 08:49 AM
Hmm hanya mampu ketawa kecil
Quote vanilacup 19-6-2024 10:17 AM
Ada yg terbukti penyelewengan pun masih elok bekerja..nampak ketidakadilan bila tidak didakwa...
Quote masnona 19-6-2024 10:20 AM
Perwira2022 replied at 18-6-2024 06:33 PM
Menipu aje la

Betul memang ada. Dulu pernah pegawai imegresen dpt ganjaran. Boleh cari balik artikel akhbar pasal ni
Quote Bungatulip1171 19-6-2024 11:55 AM
Urmm boleh percaya ke ni..takut kita pulak kena soal siasat semua bagai
Quote lostnfaun 19-6-2024 12:20 PM
Betul ke? Takut yg lapor tue kena balik. Info pelapor dibocorkan. Susah nak caya mana² selagi yg atas ada kepentingan sendiri.
Quote Clan204 19-6-2024 01:01 PM
hahaha sekali je dpt atau bulan2 dapat? mana penjawat awam pilih?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040854 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top