CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong kurnia 10 ekor lembu untuk korban

18-6-2024 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2732| Komen: 18



Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu akan diagihkan kepada semua kakitangan asnaf Istana Negara.

"Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat wakil korban bagi sembelihan 10 ekor lembu yang dikurniakan di Istana Negara hari ini (18 Jun)," menurut hantaran itu.

Menurut hantaran berkenaan, pelaksanaan penyembelihan akan diadakan esok, manakala majlis agihan daging korban berlangsung di Istana Negara, Khamis ini.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote applenpuff 18-6-2024 05:58 PM
Maksud kakitangan asnaf istana negara tu mcm mana? Teruk beno ke kakitangan istana negara sampai sebut asnaf?
Quote Perwira2022 18-6-2024 06:34 PM
10 je?
Quote Ytee 18-6-2024 07:18 PM
Alhamdulillah
Quote seulgirose 18-6-2024 07:18 PM
Alhamdulillah
Quote TeropongThaico 18-6-2024 07:28 PM
Dah kerja di istana pun kategori asnaf lg ke? First time dengar. Brp gaji diarg yg dibayar
Quote ultra78 18-6-2024 07:35 PM
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-haji-korban/3623-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-ke-23-pembahagian-yang-afdhal-bagi-daging-korban

Oleh itu, daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:

  • Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.
  • Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.
  • Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)


Quote CoffeeOverdose 18-6-2024 07:41 PM
staff Istana Negara asnaf? I'm so confused
Quote krustykrab 18-6-2024 07:43 PM
applenpuff replied at 18-6-2024 05:58 PM
Maksud kakitangan asnaf istana negara tu mcm mana? Teruk beno ke kakitangan istana negara sampai seb ...

Ada hamba abdi kot
Quote mawardia 18-6-2024 11:34 PM
Edited by mawardia at 18-6-2024 11:35 PM

Assuming ada staf kontrak yg betul miskin?
Miskin pun dlm kategori asnaf jugak.

Jaga kebun atau landscape.
Pendapatan gaji minima, pastu tanggungan isi rumah yg tinggi/ramai.
Ada la kot yg macam ni.
Takde la penah dgr staff istana yg kaya.
SB & polis yg jaga pun gaji sama je.

Lain la kalau staff istana Brunei.
Lepas pencen balik kampung siap buat banglo yaa.

So I percaya je ada staff IN yg susah.

Ke ai husnuzon sangat nih.
Quote grouper 18-6-2024 11:51 PM
mawardia replied at 18-6-2024 11:34 PM
Assuming ada staf kontrak yg betul miskin?
Miskin pun dlm kategori asnaf jugak.


Tukang kebun istana geng landskap dbkl klau x salah le...
Quote mawardia 18-6-2024 11:52 PM
grouper replied at 18-6-2024 11:51 PM
Tukang kebun istana geng landskap dbkl klau x salah le...

Oh kisahnyaaa.
I ol baru tahu.
Tq for the info
Quote sayurmayur88 19-6-2024 07:24 AM
semoga iolls diberikan rezeki dan peluang utk berkorban tiap2 tahun, aamiinn
Quote naina 19-6-2024 08:24 AM
Sebagai seorang sultan harta berkoyan2 kereta rare berjenama berjujuk 10 ekor sangatlah sikit. Lepastu 1 tempat ke dia korban. Tidak masuk kampung2 pedalaman. Yang situ lagi memerlukan. Masjid istana tu rata2 pekerja gomen orang tak susah..
Quote itik_magic 19-6-2024 08:39 AM
grouper replied at 18-6-2024 11:51 PM
Tukang kebun istana geng landskap dbkl klau x salah le...

betulnlah tu. yg geng cleaner bwh kontrak penyelenggaraan gaji besor mana je.
Quote ivy23 19-6-2024 09:05 AM
Kakitangan istana negara asnaf ke..
Quote ultra78 19-6-2024 09:23 AM
ivy23 replied at 19-6-2024 09:05 AM
Kakitangan istana negara asnaf ke..

Agaknya wartawan tu tersilap guna istilah tu. Jika bercakap pasal asnaf,ia adalah berkenaan dengan penerima bantuan zakat. Sedangkan untuk ibadat korban ini penerima daging korban ini tidak semestinya untuk golongan miskin dan asnaf sahaja. Sesiapa yg beragama islam layak terima daging korban ni. Kalau kita duduk berjiran orang kaya pun tidak salah jika kita berikan daging korban kepada mereka apabila tiada orang miskin dah di kejiranan kita.

Kalau join korban di masjid dan surau mereka dah ada senarai penerima daging korban. Kalau buat korban sendiri-sendiri maka pandai-pandai sendirilah. Yang afdhal adalah beri kepada orang miskin dan susah.
Quote nusaraya 19-6-2024 10:35 AM

Woow .. Tragik betol .....Maha Raja Bangsa Melayu Mahawangsa hanya memberi kurnia 10 lembu sebagai kurban  ... padahal setahu saya banyak masjid di seluruh Malaysia yang membutuhka kurnia  kurban itu untuk jamaahnya  ang juga berstatus hamba atau rakyat Maha Raja itu ... Hehehehe
Quote Revolver 19-6-2024 09:42 PM
10 je?hmmm

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042750 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top