CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel jadikan Gaza neraka dunia - PBB

18-6-2024 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2548| Komen: 15


Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths, berkata bahawa pengeboman Israel di Gaza sejak 7 Oktober 2023 telah menjadikan sektor yang dikepung itu sebagai neraka di dunia.

Griffiths berkata dalam satu kenyataan pada Isnin bahawa penyaluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Semenanjung Gaza yang berada di ambang kebuluran adalah hampir mustahil, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (Wafa).

Beliau menyatakan infrastruktur di Semenanjung Gaza telah mengalami kerosakan yang teruk dan terdapat pempolitikan bantuan di tengah-tengah penularan kelaparan dan penyakit dalam kalangan orang awam.


Beliau juga menegaskan bahawa petugas kemanusiaan dan PBB di Gaza telah terbunuh dalam jumlah yang tidak munasabah.

Ketua Hal Ehwal Kemanusiaan PBB itu berkata senjata terus memasuki Israel dari Amerika Syarikat dan negara-negara lain walaupun terdapat kesan dahsyat serangan terhadap orang awam di Gaza.

- Bernama-Wafa / Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 18-6-2024 02:38 PM
Tok kok nating hepen....shit!
Quote zuriey 18-6-2024 04:40 PM
Hamas mana dah lari sembunyi ke
Quote Ytee 18-6-2024 04:43 PM
hmm sedihnya
Quote Perwira2022 18-6-2024 04:53 PM
Mana juara pembela Palestine, Imam Mahdi Anwar Al-Juboeri? Takkan sibuk makan angin kulu kilir sembang biliyun biliyun jah?
Quote dani-rox 18-6-2024 05:19 PM
Bubar je lah PBB tuh. Dah brp puluh tahun, mcm tu jugak nasib Palestin. Dia org nak jd ahli pun kena veto. Dah jumpa telur~ esok, barulah buat PBB balik
Quote yoppoy 18-6-2024 06:02 PM
Whats new puttytet
Quote mojarean_X 18-6-2024 09:48 PM
Nilai kemanusiaan sudah hilang. Masyarakat dunia hanya mampu memerhati dan menegur tp tiada yg mampu menghentikan
Quote sang_kuriang 18-6-2024 09:49 PM
sedih sgt sgt, Allah je yg tau perasaan ni- rasa helpless & hopeless
Quote sang_kuriang 18-6-2024 09:50 PM
moga Allah turunkan bala yg sehebatnya kpd Israel & sekutunya, Ameen Ya Rabb
Quote rosmahisham 19-6-2024 12:04 AM
X bokeh tgk citer pasal palestine sedih kemurungan.terigt ank cucu sendiri.nauzubillah.semoga cepat semua ni tamat.hanya mampu berdia dr jauh.
Quote Barebow77 19-6-2024 09:12 AM
Israhell dalam persediaan mengadap neraka bila mati kelak..

Quote nusaraya 19-6-2024 11:42 AM
Edited by nusaraya at 19-6-2024 11:49 AM
Perwira2022 replied at 18-6-2024 04:53 PM
Mana juara pembela Palestine, Imam Mahdi Anwar Al-Juboeri? Takkan sibuk makan angin kulu kilir semba ...

Anda juga sebagai sebagian dari umah Bani Tamim ikut berdosa  ... Mengapa anda x mahu mendesak PMX  Imam Mahdi melakukan "a real action"  dan bukan hanya NATO (No action Talk Only)  membela nasib rakyat palestine yang teraniaya itu ?

Caranya ?

Ambik inisiatif dengan mengirim laskar jihad  Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  ke Palestine unuk  kut berperang melawan Bani Israel di sana ... Jika ATM sudah bergerak dan memulai perang itu  .. maka saya yakin semua tentera dari negara-negara islam macam Mesir, Suriah, Yodania, Lebanon, Libya, Tunisia, Aljazair, Iran, Pakistan, Indonesia, Yaman dan lainnya  + tentera dari Russia, China, North Korea dan lainnya  akan mengikuti apa yang ATM lakukan dan mulakan itu ..... Hehehehe  


Quote Purpkehag 19-6-2024 03:43 PM
Geramnya dengan Y... laknatullah ni
Quote CoffeeOverdose 19-6-2024 04:44 PM
jiran2 Palestine tkda cuba buat apa2 ke? tkkn dorg ambik langkah diam dan tengok sahaja?
Quote NyiRoroKidul 19-6-2024 05:02 PM
حسبنا الله ونعم الوكيل ,ولا حول ولا قوه الا بالله العلي العظيم

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037910 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top