CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya tak rasa keluar The Gadys keputusan tepat – Nelissa Nizam

18-6-2024 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4506| Komen: 14



Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam menganggap insiden suara sumbang yang menimpa kumpulan The Gadys sebagai batu loncatan untuk mereka lebih dikenali.

Nelissa atau nama lengkapnya Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata, setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.

Pelakon filem Saka Perawan itu juga nafi dia gembira kejadian tersebut berlaku selepas pengundurannya daripada kumpulan terbabit.

“Saya tidak fikir pengunduran daripada kumpulan itu sebagai satu keputusan tepat kerana bagi saya anggap itu rezeki masing-masing.

“Kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kerana segalanya di luar kawalan. Pada saya ini rezeki mereka dan peluang untuk lebih dikenali.

“Perkara itu juga membuatkan mereka lebih memantapkan diri dengan menghadiri kelas vokal dan menjadi lebih baik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Nelissa juga mengambil pendekatan positif dan mengharapkan kumpulan terbabit terus menempa nama dalam industri hiburan tanah air.


Nelissa juga memberitahu, dia tidak mempunyai masalah dengan ahli kumpulan itu selain saling berhubung antara satu sama lain.

“Pastilah kami ada berhubung dan berkawan seperti biasa. Ada kelapangan kami akan berjumpa.

“Biarlah setiap benda baharu yang hendak kita buat tentu ada cabarannya tersendiri. Apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.


November tahun lalu Nelissa dan Faa Zaini mengumumkan mengundurkan diri daripada The Gadys.

Keputusan itu diambil Nelissa bagi memberi fokus kepada bidang lakonan disebabkan jadual kerjaya yang padat.

Untuk info, kumpulan The Gadys kini dianggotai oleh Azie, Thamiera dan Ayunie. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 18-6-2024 02:40 PM
Siapa pengurus kumpulan ni yg tergamak ketengahkan diorang ni yg bakat lgsg tak ada!
Quote sukanyanyi 18-6-2024 03:38 PM
"Untuk info, kumpulan The Gadys kini dianggotai oleh Azie, Thamiera dan Ayunie"

bukan azie la, aznie.. yg tu yg iols rasa paling cute. bab suara erm, cuba lagi adik2. tp at least tak benci grup ni mcm smndx tuh, urgh.
Quote CoffeeOverdose 18-6-2024 03:57 PM
suara takat nyanyi karaoke jamban pun blh jd artis erk? asal ramai followers, seksi, dh blh jd retis ye? Semakin tk berkualiti artis2 Malaysia skrg. truth hurt right?
Quote Kurex 18-6-2024 04:05 PM
kalu keluar masuk pun tetap who are yous tak tak mendatangkan pekdah sebab tak berbakat
Quote Ytee 18-6-2024 04:24 PM
sib baik x kenal[em:3:]
Quote anilanil 18-6-2024 04:49 PM
Org da lupa kes fujiyama tu la. Skrg org tgh kecam smdx. Member terpaling tak kenal dolla.
Quote MadameOnion 19-6-2024 08:44 AM
fefeeling syasya dolla ke..sbb keluar dolla nama menjadi sebutan? ni sapa ntah? the gadys tu pun aku kenal pasal menyanyi suara vavi merengek tercekik
Quote bulalof 19-6-2024 12:37 PM
sampah berat. x mampu dikitar semula pun.
Quote jihah_kudat 19-6-2024 12:50 PM
tak dinafikan masa nelissa ni dalam group aku masih ada soft spot dekat the gadys..tapi sejak anak sedara stacy ni masuk terus very the hauk..patut ikut dolla walaupun kurang sorang tetap go...
Quote marchikobonzo 19-6-2024 04:13 PM
Gunung pujiyama, pujiyama ~~

Haus dekkk!!
Quote naina 19-6-2024 04:25 PM
Tak faham.. sebenarnya berapa orang ahli asal. Aku tak kenal pun semua. Yang keluar nelisa tu yang mana. Bila dia keluar
Quote NyiRoroKidul 19-6-2024 04:43 PM
Ingat dah tenggelam kena hempap gunung fujiyamakk..rupanya wujud lg korg nie ekk
Quote lasagna 19-6-2024 10:43 PM
marchikobonzo replied at 19-6-2024 04:13 PM
Gunung pujiyama, pujiyama ~~

Haus dekkk!!

muahahaha tergelak iols baca ayat chuols ni tau!


Quote CikYaYaYa 20-6-2024 09:19 PM
Lama betoi iols masuk gua sampai xkenai nie group apa. Lepas baca komen atas2 pasai fujiyamaaaaa tu baru aqq tauu. Aq ingatkn diorang bukan retisss sebab hausss sangat suaranyaa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053984 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top