View: 4364|Reply: 14
|
Saya tak rasa keluar The Gadys keputusan tepat – Nelissa Nizam
[Copy link]
|
|
Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam menganggap insiden suara sumbang yang menimpa kumpulan The Gadys sebagai batu loncatan untuk mereka lebih dikenali.
Nelissa atau nama lengkapnya Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata, setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab tersendiri.
Pelakon filem Saka Perawan itu juga nafi dia gembira kejadian tersebut berlaku selepas pengundurannya daripada kumpulan terbabit.
“Saya tidak fikir pengunduran daripada kumpulan itu sebagai satu keputusan tepat kerana bagi saya anggap itu rezeki masing-masing.
“Kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku kerana segalanya di luar kawalan. Pada saya ini rezeki mereka dan peluang untuk lebih dikenali.
“Perkara itu juga membuatkan mereka lebih memantapkan diri dengan menghadiri kelas vokal dan menjadi lebih baik,” katanya kepada Kosmo! Online.
Dalam pada itu, Nelissa juga mengambil pendekatan positif dan mengharapkan kumpulan terbabit terus menempa nama dalam industri hiburan tanah air.
Nelissa juga memberitahu, dia tidak mempunyai masalah dengan ahli kumpulan itu selain saling berhubung antara satu sama lain.
“Pastilah kami ada berhubung dan berkawan seperti biasa. Ada kelapangan kami akan berjumpa.
“Biarlah setiap benda baharu yang hendak kita buat tentu ada cabarannya tersendiri. Apa-apa pun saya mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.
November tahun lalu Nelissa dan Faa Zaini mengumumkan mengundurkan diri daripada The Gadys.
Keputusan itu diambil Nelissa bagi memberi fokus kepada bidang lakonan disebabkan jadual kerjaya yang padat.
Untuk info, kumpulan The Gadys kini dianggotai oleh Azie, Thamiera dan Ayunie.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa pengurus kumpulan ni yg tergamak ketengahkan diorang ni yg bakat lgsg tak ada! |
|
|
|
|
|
|
|
"Untuk info, kumpulan The Gadys kini dianggotai oleh Azie, Thamiera dan Ayunie"
bukan azie la, aznie.. yg tu yg iols rasa paling cute. bab suara erm, cuba lagi adik2. tp at least tak benci grup ni mcm smndx tuh, urgh. |
|
|
|
|
|
|
|
suara takat nyanyi karaoke jamban pun blh jd artis erk? asal ramai followers, seksi, dh blh jd retis ye? Semakin tk berkualiti artis2 Malaysia skrg. truth hurt right? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu keluar masuk pun tetap who are yous tak tak mendatangkan pekdah sebab tak berbakat |
|
|
|
|
|
|
|
Org da lupa kes fujiyama tu la. Skrg org tgh kecam smdx. Member terpaling tak kenal dolla. |
|
|
|
|
|
|
|
fefeeling syasya dolla ke..sbb keluar dolla nama menjadi sebutan? ni sapa ntah? the gadys tu pun aku kenal pasal menyanyi suara vavi merengek tercekik |
|
|
|
|
|
|
|
sampah berat. x mampu dikitar semula pun. |
|
|
|
|
|
|
|
tak dinafikan masa nelissa ni dalam group aku masih ada soft spot dekat the gadys..tapi sejak anak sedara stacy ni masuk terus very the hauk..patut ikut dolla walaupun kurang sorang tetap go... |
|
|
|
|
|
|
|
Gunung pujiyama, pujiyama ~~
Haus dekkk!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham.. sebenarnya berapa orang ahli asal. Aku tak kenal pun semua. Yang keluar nelisa tu yang mana. Bila dia keluar |
|
|
|
|
|
|
|
muahahaha tergelak iols baca ayat chuols ni tau!
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama betoi iols masuk gua sampai xkenai nie group apa. Lepas baca komen atas2 pasai fujiyamaaaaa tu baru aqq tauu. Aq ingatkn diorang bukan retisss sebab hausss sangat suaranyaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|