Sebelum ini, kebahagiaan yang sering dipaparkan oleh pasangan selebriti Amelia Henderson dan Aedy Ashraf sering menjadi perhatian serta membuat peminat ‘berbunga-bunga’ melihat kemanisan mereka berdua. Terbaru, melalui satu video di TikTok, Amelia mendedahkan dirinya dan Aedy kini sudah pun membuat haluan masing-masing. Kata Amelia, hubungan itu berakhir dengan baik dan mereka juga saling hormat antara satu sama lain untuk tidak perbesarkan perkara itu. "Kami ok. I love him so much which you guys already know cuma kini dari jauh. Dia pun akan rasa benda yang sama dengan saya." Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih apabila pasangan yang paling diminati ramai itu sudah tidak bercinta lagi.
|
sukanyanyi replied at 14-6-2024 10:19 AM
Brapa banyak kali daaa nak putus sambung putus sambung.. marketing punya pasal
Kurex replied at 14-6-2024 10:24 AM
berapa kali uols nak ulang benda sama..
sukanyanyi replied at 14-6-2024 10:38 AM
ya ampun, sorry tak perasan derrr.. line punya pasal tertekan banyak kali
ADVERTISEMENT