CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kak KM nak upah bodyguard kacak, suami tak bagi sebab cemburu - “Suami cakap tak perlu dan biar dia saja jaga saya"

14-6-2024 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5581| Komen: 16


Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli berkata dia bercadang untuk mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya selepas kes rumahnya dipecah masuk perompak sebelum ini.

Memetik mStar Online, Kak KM berkata ramai yang menghantar permohonan kepadaya selepas dia meluahkan hasratnya itu serta memaklumkan dia tidak suka dengan individu yang banyak bercakap.

“Baru saja beritahu nak cari pengawal peribadi tak sangka pula ramai yang memohon tapi saya ini memilih orangnya. Saya tak suka orang yang banyak bercakap dan sukar memberi komitmen terhadap kerja,” katanya.

Menurut Kak KM lagi dia mahu mencari pengawal peribadi lelaki namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana suaminya, Razman Ramli rasa cemburu.


“Suami cakap tak perlu upah pengawal keselamatan dan biar dia saja jaga saya. Saya kata tak boleh sebab siapa pula nak jaga anak dekat rumah? 

“Saya nak pengawal lelaki. Takkan perempuan. Nanti saya pula kena jaga dia. Lelaki saja boleh lindungi wanita dan kalau boleh biarlah sedap mata memandang dan rupanya elok. Suami pula cemburu, sudahnya tak payah ada pengawal peribadi,” katanya.

Terdahulu, Kak KM mengesahkan dia adalah ahli peniagaan yang membuat laporan polis rumah dipecah masuk sehingga membabitkan kegurian RM3.5 juta.

Dalam kejadian itu, sebuah pet emas mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas.


SUMBER: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote divalaura 14-6-2024 10:25 AM
hehehe
hehehe
hehehe

ikut mung lah kkm oiii...
yang penting mung bela bewak
Quote Perawankota 14-6-2024 12:59 PM
Smpi skang aku tertanya2 kekayaan dorg ni
Quote nono86 14-6-2024 02:19 PM
Pet emas tu ape?
Quote Kitty_catz 14-6-2024 02:21 PM
suke beno kome up citer acik fuki berlendir ni ekkk
Quote sharlenetexas 14-6-2024 02:29 PM
Tak cite details pasal kes rompakan tu kak?


Quote jalfa 14-6-2024 02:32 PM
Laki dia pon herlok jugak kan..tak de la burok sbb tu anak jantan dia hesmes
Quote cikatilia 14-6-2024 03:10 PM
anak2 pon baju serupa mak nya
Quote doodlediddle 14-6-2024 03:20 PM
I seriously don’t understand what she’s trying to prove? Nk show off duit byk ke Sbb boleh spend pada bnda2 xperlu pun. Atau nk ckp shuami ku shayang aku?????
Xfhmmmmm aku
Quote ketambangkang 16-6-2024 08:52 AM
mmg la jeles, buatnya si KM bergelek tonggeng bontot depan bodyguard..

skrg ni anak beranak asyik tunjuk ketiak putih pulak wlupun terang2 kat atas tu ada ig story punye filter
Quote yoppoy 17-6-2024 01:26 PM
Terpaling tahan daripada nak mengomen rupa paras sheols
Tapi anak no 3 tu emang keshian emmm
Quote MissDiane 17-6-2024 02:18 PM
Perawankota replied at 14-6-2024 12:59 PM
Smpi skang aku tertanya2 kekayaan dorg ni

Pernah terbaca, nilai kerugian harga barangan dengan jongkong emas dirompak hari tu dalam RM3Juta. Tu pun sebab ramai support bisnes beli jamu dia tu sis.
Quote batrishia 17-6-2024 03:40 PM
dia katanye kaya giler kan.. tp napa duk kat kawasan umah yg sempit giler.. knp x dok kat salah satu umah yg dia beli tuh?.. pelik la . tempat tu nk selisih keter pun bole buat org bergado..
Quote ARIES_23 17-6-2024 04:10 PM
Aku tak sokong KM p seyeslah pernah terserempak dgn KM, cntik ooo tapi anak perempuan dia seyes mcm muka gurkha
Quote ctz7 17-6-2024 09:30 PM
nono86 replied at 14-6-2024 02:19 PM
Pet emas tu ape?

Peti emas kot
Quote CikYaYaYa 20-6-2024 11:06 PM
Hahaha apaa2 jelaaa kilometriko oii. Xpaham laa haku kejap maki laki, kejap puji laki.
Quote I.K.A888990 20-6-2024 11:07 PM
mcm muka abe zul ripin je laki hakak km

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.048591 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top