Bagaikan sudah hilang rasa malu, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa geram terhadap segelintir wanita yang tidak segan silu berkongsi secara terperinci pengalaman melahirkan anak. Ujar Rozita yang mesra disapa Che Ta, 51, ramai perempuan sekarang kononnya mempunyai pemikiran terbuka sehingga hilang rasa malu untuk bercerita perkara yang tidak sepatutnya. “Risau zaman ini ramai dah kurang rasa malu! Semua benda lah nak canang biar satu dunia tahu terkoyak ke, terjahit ke, terjelir ke. “Ya Allah zaman sekarang ni sampai dah tak ada perasaan malu langsung. Takkan lah kita beranak jahit tak jahit pun kita pergi tunjuk dekat orang. “Koyak berapa sentimeter pun nak cerita dekat orang. Adui kalian simpan sikitlah malu tu,” selarnya menerusi hantaran Instagram.
|
ADVERTISEMENT