Perkongsian pelakon Abby Abadi di Instagram menjadi perhatian apabila meluahkan rasa rindu pada anak perempuannya, Marissa Dania Hakim serta bertanyakan sama ada anaknya itu dalam keadaan baik atau tidak. Menerusi entri itu juga, Abby berkata dia bimbang apabila Marissa tidak membalas mesejnya serta bertanyakan bila anaknya mahu pulang ke rumah untuk makan bersama. “Adik sayangg, Marissa Dania. Buattt apa tuuu?? Adik ok tak tu?? Kenapa Mama msg tak balas? Mama nak ajak makan, nk masak sphagetti utk Adik ni.. Bila nak balikkk?” tulisnya. Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memahami pelakon itu rindu akan anaknya yang sudah berkahwin dan mempunyai suami. Malah, ada yang sedih dengan perkongsian Abby serta faham dengan perasaan seorang ibu walaupun anak melukakan hati tapi masih memaafkan. SUMBER: mStar Online/Rotikaya
|
ADVERTISEMENT