CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

e.MAS nama rasmi model kereta elektrik pertama PROTON

12-6-2024 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2449| Komen: 28

Description: SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd (PROTON) menamakan model kereta elektrik (EV) pertamanya sebagai e.MAS yang turut tampil dengan logo baharu.

SUBANG JAYA: Proton Holdings Bhd (PROTON) menamakan model kereta elektrik (EV) pertamanya sebagai e.MAS yang turut tampil dengan logo baharu.

Sebutan bagi jenama e.MAS adalah abjad e digabungkan dengan perkataan 'mas', di mana akronim itu bermaksud Electrifying Malaysia dan gabungan simbol 'e' untuk menandakan EV bersama-sama dengan singkatan MAS yang digunakan secara universal untuk Malaysia.

Nama itu juga mewakili matlamat PROTON untuk meningkatkan mobiliti rakyat Malaysia dengan model EV baharunya.

Bagi mengaitkan jenama e.MAS kepada PROTON, logo yang digunakan menampilkan paparan kepala harimau 'tidak berkurung' secara reka bentuk 2D yang selaras dengan aliran reka bentuk semasa untuk jenama EV yang cenderung kepada grafik yang lebih bersih dan kurang rumit.

Ia juga mengikatkan jenama baharu itu kepada logo PROTON yang menggunakan paparan yang sama tetapi pada format 3D untuk melambangkan syarikat bergerak ke hadapan ke arah kejayaan.


Jenama kereta nasional PROTON hari ini mengambil satu lagi langkah dalam evolusinya sebagai pengeluar kenderaan dengan pelancaran rasmi jenama EV baharunya. Jenama baharu itu akan dikenali sebagai e.MAS dan bakal digunakan pada model EV (kenderaan elektrik) PROTON akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata pelancaran jenama dan logo e.MAS menandakan satu langkah penting dalam perjalanan PROTON ke arah melancarkan model EV sendiri.

"Sebagai sebuah syarikat yang terikat dengan perindustrian Malaysia, kami sedar bahawa kami bertanggungjawab untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang relevan dan mampu dimiliki kepada semua rakyat Malaysia.

"Oleh itu, PROTON telah mempertimbangkan pendekatannya terhadap EV dengan teliti untuk membangunkan pangkalan pengetahuan dan memastikan kami mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang produk, teknologi dan keperluan pengguna sebelum jualan bermula," katanya dalam ucapannya sempena pelancaran nama dan logo baharu EV pertama PROTON, di sini hari ini.

Pelancaran e.MAS dan logo baharu ya disempurnakan Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai PROTON, Roslan Abdullah.

Pada majlis sama, turut diumumkan pelantikan 17 pengedar EV Proton pertama yang telah memeterai perjanjian pada awal hari ini.

Menurut PROTON, permohonan kini dibuka untuk peniaga yang berminat menjadi pengedar dan sasaran awal adalah untuk membuka 30 cawangan menjelang 2025 dengan rancangan mengembangkan rangkaian jualan mengikut keperluan pasaran.

Chunrong berkata,sebagai jenama automotif pertama di Malaysia, adalah penting bagi PROTON untuk melabur dalam infrastruktur bagi menawarkan rangkaian perkhidmatan penuh kepada pembeli EV dan bukannya hanya menjual produk.

"Oleh itu, katanya, apabila model Proton e.MAS mula dijual, pelanggan boleh yakin bahawa setiap keperluan mereka akan diuruskan sama seperti pembeli model Proton semasa," katanya.

Berikutan permulaan kerjasama dengan Geely pada 2017, rancangan telah dilaksanakan untuk memperkenalkan model Proton EV berikutan kejayaan model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu syarikat itu yang mengembalikan PROTON kepada keuntungan.

Walaupun rancangan tertunda semasa pandemik COVID, aktiviti disambung semula dengan bertungkus-lumus dengan upcara menandatangan Memorandum Perjanjian (MOA) antara PROTON dan syarikat automobil, smart pada 19 Januari 2022.

Ia diikuti dengan pemeteraian Perjanjian Pengedaran Am (GDA) antara kedua-dua pihak pada 18 Ogos 2022 serta pembentukan PRO-NET pada 9 September tahun sama untuk menerajui jualan dan pengedaran kenderaan smart dan tawaran EV masa hadapan daripada PROTON.

Langkah seterusnya ialah tandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Gentari di Oktober 2022 untuk bekerjasama dalam mewujudkan infrastruktur pengecasan.

Ia turut diikuti dengan penghantaran 16 jurutera ke China pada Disember 2022 untuk Latihan Dalam Kerja (OJT) dalam EV dan bidang berkaitan seperti pengecasan dan servis.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 13-6-2024 10:42 AM
mcmn ke ghopernya


Quote vanillaninja 13-6-2024 10:55 AM

SUV. Lawa jugak. Ada orang share dekat X.
Quote Kiahlemau 13-6-2024 11:13 AM
Berapa la reganya ye...
Quote KamikuP 13-6-2024 11:17 AM
wAH BEST NI. bERAPA rM SEUnIT?
Quote Weller 13-6-2024 12:22 PM
ni event yang salah label sabah dan sarawak tu ke?


huhuhu
Quote sharlenetexas 13-6-2024 12:38 PM
Semoga betul2 jadi emas


Quote beatgirlX 13-6-2024 12:48 PM
Weller replied at 13-6-2024 12:22 PM
ni event yang salah label sabah dan sarawak tu ke?



Hahaha.. Tu ler pasalnyaa...
Mcm yer tapi x sure laa kot utk event yg lain..
Tapi mcm pelik takkan x da sorg pun yg perasan sblm majlis berlangsung?
Quote gekkou 13-6-2024 01:17 PM
wah!! maju selangkah lagi
Quote black_handbag 13-6-2024 02:03 PM
harga?
Quote MistrezHermanaz 13-6-2024 03:05 PM
Up la gambo kt sini
Quote edayildiz 13-6-2024 03:08 PM
ingt emas shtku..apps kalau nk p klinik tu
Quote supernaturalee 13-6-2024 04:38 PM
vanillaninja replied at 13-6-2024 10:55 AM
SUV. Lawa jugak. Ada orang share dekat X.

hasil gugelan
dh ada yg letak di wiki

https://en.wikipedia.org/wiki/Proton_EMAS
Quote supernaturalee 13-6-2024 04:42 PM

https://en.wikipedia.org/wiki/Proton_EMAS


dlm ni ada 3 model berbeza
tp dlm nmpk kecik
compartment lagi lah



Quote vanillaninja 13-6-2024 05:01 PM
supernaturalee replied at 13-6-2024 08:38 AM
hasil gugelan
dh ada yg letak di wiki

Eh. Yang orang share dalam X bukan yang ni. SUV. Lawa jugak. Yang ni sape nak beli kereta chuols. Huduh.
Quote Decaffeinated 13-6-2024 10:38 PM
macam mana nak sebut e-MAS as in e-mail atau emas terus. Either way tak sedap langsung bunyinya.

Quote izwan_izi 13-6-2024 10:55 PM
Proton e-mas ni bukan ke pernah keluar sebagai concept car suatu ketika dahulu...?
Quote Mary_jane 13-6-2024 11:09 PM
Warga emas mana yang proposed & approved nama ni? E tu sebut as in emak atau ikan.
Quote batmana 14-6-2024 09:03 AM
Nama x catchy
Emas..e mas..eeii mass
Baik buat

Emak ko hijau
Quote nw111 14-6-2024 09:09 AM
vanillaninja replied at 13-6-2024 10:55 AM
SUV. Lawa jugak. Ada orang share dekat X.

Poton ni patut buat ev size comel2 je..org nak guna as second car ulang alik koje...tak practical pakai ev besar2 ..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.050325 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top