CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dapat kontrak khidmat sokongan kapal selam TLDM bernilai RM1.1 bilion

12-6-2024 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1892| Komen: 10

Description: KUALA LUMPUR: Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) memperoleh kontrak perkhidmatan sokongan 2 berasaskan prestasi bagi Kapal Selam Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ...

KUALA LUMPUR: Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) memperoleh kontrak perkhidmatan sokongan 2 berasaskan prestasi bagi Kapal Selam Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM1.1 bilion.

Penyedia penyelesaian maritim dan pertahanan itu berkata, anak syarikat milik penuhnya, BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES), telah menerima surat penganugerahan daripada Kementerian Pertahanan bertarikh 5 Jun 2024, yang memberikan kontrak kepada BSES.

"Kontrak rasmi antara kerajaan Malaysia dan BSES akan dimuktamadkan dan dilaksanakan pada tarikh kemudian," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

BHIC berkata, kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

-BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 12-6-2024 10:57 PM
Kalau x silap LTAT pon ada share dlm boustead juga
Quote ctaz 13-6-2024 08:34 AM
KOMPENI PROBLEM PUN BOLEH DPT KONTRAK.....


PERGHHHHHHHHHHHHH
Quote laksmanabentan 13-6-2024 08:53 AM
ctaz replied at 13-6-2024 08:34 AM
KOMPENI PROBLEM PUN BOLEH DPT KONTRAK.....

backup power wooooooo....
owned by LTAT pulak tu....
Quote kemaruk 13-6-2024 08:56 AM
Semua kena prank isu LCS aritu
Quote card_reader 13-6-2024 09:00 AM
dah buat taik pon dapat bunga lagi....
Quote laksmanabentan 13-6-2024 09:15 AM
card_reader replied at 13-6-2024 09:00 AM
dah buat taik pon dapat bunga lagi....

huntong sangat kannnn bila back up power...
berapa tu bayar comission ke back up2 tu semua??
#tanyajer...
Quote white_musk 13-6-2024 09:30 AM
skrg sudah tiada open tender kah?
Quote ctaz 13-6-2024 09:34 AM
SOOOOO SAPA KATA PH TU BERSIH...
BERSHIT LA SGT
Quote Dysania@72 13-6-2024 09:36 AM
Alhamdulillah En Nordin dah blah...selamat bersara En Nordin, hahahha
Quote cantthinkofany 13-6-2024 09:37 AM
terbaeeekkkkkkkkkkkkkk laaaa......cari duit seumpama kita nak hidup 1000 tahun...tak kisah la cara mana nak dapat duit tu.....

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-7-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.239922 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top