CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Jika petrol juga senasib diesel, malapetaka besar akan menimpa rakyat” -Wan Ahmad Fayhsal

10-6-2024 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7372| Komen: 32


KUALA LUMPUR – Armada Bersatu menggesa agar kerajaan mengkaji semula mekanisme terhadap sistem kawalan diesel subsidi kerana ianya semakin membebankan rakyat akibat kos sara hidup yang akan meningkat.

Ini jelas menunjukkan ketidakcekapan kerajaan dengan memperkenalkan sistem Padu dan sekarang pula Budi Madani yang jelas tidak efisien, kata Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Kerajaan harus lebih prihatin dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang rata-ratanya melihat ianya tidak mencukupi dan tidak berpatutan.

“Jangan mangsakan rakyat hanya kerana pelaksanaan dasar Madani yang separuh masak dan tempang!tegas beliau.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, Armada Bersatu mengikut rapat pengumuman dasar oleh kerajaan yang menaikkan harga diesel bermula 10 Jun 2024.

Malah kata Wan Ahmad Fayhsal, rata-rata rakyat sudah mula mencongak nasib mereka jika harga petrol juga sama dinaikkan.


“Jika diunjurkan apa yang kerajaan buat dalam dasar diesel kepada dasar petrol akan datang, kita akan hadapi masa depan yang perit.

“Kerajaan memperkenalkan sistem kawalan diesel subsidi yang membolehkan kenderaan tertentu membeli minyak pada harga murah tetapi sebahagian besar kenderaan lain terpaksa membeli pada harga mahal.

“Kerajaan mengambil jalan penyelesaian separuh masak dengan bantuan Budi Madani iaitu pemberian tunai RM200 kepada pengguna diesel yang layak.

“Reaksi daripada pengguna kenderaan diesel rata-rata yakin jumlah itu tidak mencukupi,” katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan mungkin menganggap sesetengah industri logistik sebagai ibu kepada segala kos.

“Kononnya, apabila sesetengah kenderaan mendapat minyak murah, maka harga semua barang tidak naik.

“Tetapi dalam dunia sebenar, semua industri umumnya ada pengangkutan barang sendiri. Dasar subsidi untuk kenderaan terpilih menjejaskan tabiat operasi semua industri. Kerajaan seolah-olah memaksa para peniaga mengubah sistem mereka secara tiba-tiba,” katanya.

Justeru kata beliau, Armada Bersatu yakin jika dasar sebegini dibuat dalam harga petrol, malapetaka besar akan menimpa rakyat.

“Petrol bukan sahaja untuk peniaga malah untuk seluruh rakyat Malaysia. Tidak hairan jika rakyat kelak terpaksa mengubah tabiat berbelanja secara tiba-tiba.

“Sebelum ini, Perdana Menteri seolah-olah mahu berperang dengan golongan maha kaya. Menteri Ekonomi pula ada formula untuk golongan bawahan. Kita tidak lihat “falsafah” atau “mekanisme” tersebut dalam dasar diesel.

“Barangkali Perdana Menteri berfikiran pemilik syarikat logistik bukan maha kaya.

“Jika golongan maha kaya pemilik firma logistik mengalami kenaikan kos minyak, hanya keuntungan mereka yang akan berkurangan yang tidak membawa mereka kepada gulung tikar.

“Sudah pasti menjadi kesalahan kepada syarikat logistik jika mereka memindahkan kenaikan kos kepada kilang walhal disebabkan oleh kurang efisien dalam operasi mereka,” katanya.

Sumber : Suara.TV

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 11-6-2024 07:55 AM
Ermm, teringat ikon permotoran , citer cetak duit. 2*5 jela masing2.
Quote akusukaq 11-6-2024 04:23 PM
Tunggu manifesto pembangkang  pru 16 nanti..adakah semua subsidi akan dikembalikan semula jika PN menang ?...Abahko jadi piem..
Quote ifanonline 11-6-2024 04:25 PM
naikkan cukai arak, judi, babi, rokok dan kelab2 malam utk tampung kehilangan subsidi petrol
Quote cantthinkofany 11-6-2024 04:29 PM
cuba senaraikan elaun gov officers termasuk menteri2....kat situ mungkin ada yg boleh dikurangkan....ce bagi kita orang tengok....
Quote tripleid 11-6-2024 04:51 PM
Diam je lah bebal!...ko punya idea masa jadi menteri suruh print duit banyak2 utk pulihkan ekonomi tu lagi lah malapetaka,mnjahanamkan negara!

Mujur skrg dah jadi pembangkang,kalo tak makin byk cadangan2 bodoh ko bagi.
Quote kemaruk 11-6-2024 05:06 PM
Sepatutnya harga petrol dinaikkan di sabah sarawak sahaja kelak

Sebab di semenanjung majoriti kenderaan pakai petrol
Quote Thunderclouds 11-6-2024 08:06 PM
Dim just saying dim things..again
Quote shida81 11-6-2024 08:22 PM
Time ni la smua nk jd hero... Samala pji ngn Anwar ritu...
Quote stingerbumpy 11-6-2024 09:38 PM
Jgn bimbang mat jargon ..boleh cetak wang

Kahkahkahkahkahkah
Quote mojarean_X 11-6-2024 10:38 PM
Setuju dikk....tempat kerja iols dh lah jauh
Quote Firenzza 11-6-2024 11:39 PM
Nak tggu strait time spore kuar berita msia hapus subsidi ron95, kot news tu kuar then nuart nafikan sebagai pitenah jahat siap sedia la korang dlm seminggu dua tong2 kosong isi petrol selagi ada
Quote kemaruk 11-6-2024 11:49 PM
stingerbumpy replied at 11-6-2024 09:38 PM
Jgn bimbang mat jargon ..boleh cetak wang

Kahkahkahkahkahkah

Ahim

Beginilah kami lihat rafizi masa rafizi milking issue harga minyak ni dulu termasuk formula2 tak masuk akal yang dia usulkan

Mat formula da  mat jargon ni sama jer

Bangkem tak heran kalau mat jargon akan dipuja2 oleh pembenak dan penyewel, sepertimana mat formula juga pernah dipuja puja oleh golongan kurang daya fikir tersebut
Quote cmf_Strawberry 12-6-2024 12:27 AM
cantthinkofany replied at 11-6-2024 04:29 PM
cuba senaraikan elaun gov officers termasuk menteri2....kat situ mungkin ada yg boleh dikurangkan... ...

Gaji menteri mmg dah potong 20%.

Quote stingerbumpy 12-6-2024 08:04 AM
kemaruk replied at 11-6-2024 11:49 PM
Ahim

Beginilah kami lihat rafizi masa rafizi milking issue harga minyak ni dulu termasuk formula2 ...



Kami iteww siapa? Ko punya hawau org lain pun ko nak heret?

Kahkahkahkahkahkah

Anyway kes duodenum jibun ko apa updatenya kimakruk?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote cantthinkofany 12-6-2024 09:13 AM
cmf_Strawberry replied at 12-6-2024 12:27 AM
Gaji menteri mmg dah potong 20%.

elaun beb....elaun tu yg besor....sbb elaun tu orang tak nampak....elaun transportation...elaun rumah...elaun isteri...elaun anak...elaun pembelajaran anak2...elaun tugas2 khas...elaun makan...elaun hotel...elaun kereta termasuk maintenance kereta....elaun medical...elaun holiday....elaun driver...elaun entertainment...elaun phone bill....elaun hp...segala bapak elaun la....

Quote stingerbumpy 12-6-2024 09:23 AM
kemaruk replied at 11-6-2024 05:06 PM
Sepatutnya harga petrol dinaikkan di sabah sarawak sahaja kelak

Sebab di semenanjung majoriti kende ...

Tahu ler pmx nak buat apa...ko fokus utk keluarkhen jibun iteww dulu ler kimarkruk....urusan negara biar pmx yg kendalikhen

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerbumpy 12-6-2024 09:25 AM
cantthinkofany replied at 12-6-2024 09:13 AM
elaun beb....elaun tu yg besor....sbb elaun tu orang tak nampak....elaun transportation...elaun ru ...

Utk ko kethink kalo tawen AP...elaun utk minik pun ada.....dah boleh ko jadi tai tai.......





Bernombor

Kahkahkahkahkah
Quote cantthinkofany 12-6-2024 09:28 AM
stingerbumpy replied at 12-6-2024 09:25 AM
Utk ko kethink kalo tawen AP...elaun utk minik pun ada.....dah boleh ko jadi tai tai.......

opkos la der.....elaun minik harussssssssssssssss ada...lelebih kalau wa terlibat....elaun ngopi mandatory....elaun sepersalinan daily.....
Quote stingerbumpy 12-6-2024 10:03 AM
cantthinkofany replied at 12-6-2024 09:28 AM
opkos la der.....elaun minik harussssssssssssssss ada...lelebih kalau wa terlibat....elaun ngopi m ...

Murahnya elauns ko kethink? Jadi PA aku jer ler....

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047860 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top