CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

52,000 orang mati akibat kebakaran hutan di negeri California

9-6-2024 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10782| Komen: 10


LOS ANGELES, California  – Pencemaran udara akibat kebakaran hutan California membunuh lebih 52,000 orang dalam tempoh satu dekad, demikian menurut satu kajian baharu kelmarin.

Kawasan hutan dan padang rumput luas hangus pada setiap tahun di negeri itu, menyebabkan kemusnahan bernilai berjuta-juta dolar dan kadang kala meragut nyawa manusia.

Bagaimanapun, penyelidik-penyedilik berkata,  zarah halus yang dibebaskan akibat kebakaran hutan mendatangkan kesan amat buruk terhadap populasi manusia dengan kematian secara tidak langsung akibat faktor tersebut jauh lebih tinggi berbanding korban bencana kebakaran.

Kajian diketuai oleh Rachel Connolly dari Universiti California Los Angeles (UCLA) mendapati zarah halus pencemaran dinamakan PM2.5 kerana ia berukuran 2.5 mikrometer atau lebih halus, menjadi punca kematian berpuluh-puluh ribu orang.

Pasukan penyelidik itu menganalisis data dari 2008 hingga 2018 berhubung zarah PM2.5 yang dibebaskan oleh kebakaran hutan sahaja.


Mereka mendapati sekurang-kurangnya  52,480 kematian pramatang boleh dikaitkan dengan pencemaran udara akibat kebakaran hutan. Kos untuk merawat pesakit ini pula dianggarkan mencecah AS$432 bilion (RM2 trilion).

“Kepentingan pengurusan kebakaran hutan menjadi lebih mendesak pada dekad-dekad akan datang ketika iklim diramal lebih kering, menyebabkan lebih banyak rantau berdepan risiko kebakaran hutan,” kata pasukan penyelidik itu dalam kertas kajian yang disiarkan oleh jurnal Science Advances.

Kajian itu diumumkan ketika California dan kawasan lain di Amerika Barat dilanda gelombang haba pertama pada tahun ini.

Bacaan suhu 49 darjah Celsius direkodkan di kawasan lembah Death Valley  pada Khamis lalu. – AFP 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 9-6-2024 04:39 PM
Pergh! Ingatkan dalam satu kebakaran. Nasib baik baca penuh dulu..
Quote Ahriman 9-6-2024 04:49 PM
Dari dulu lagikan.mmng tak pernah terpadam ke atau berlaku kebakaran dengan kerap?
Quote anony-mous 9-6-2024 04:52 PM
Lah dlm sedekad. Ingatkan mlm td kot lg berkesan dari covid, ingatkan hanis haizi ada sekali dlm list terbakar tu
Quote B40tastePosh 9-6-2024 05:41 PM
Zarah halus ni memang bahaya. Punca kanser paru paru
Quote shernazz 9-6-2024 05:59 PM
anony-mous replied at 9-6-2024 04:52 PM
Lah dlm sedekad. Ingatkan mlm td kot lg berkesan dari covid, ingatkan hanis haizi ada sekali dlm lis ...

Iols terbayang lemak bakar je kalau hanis ni terbakar
Quote any42 9-6-2024 06:39 PM
ingat salah baca tp betul tp utk tmpoh sedekad rupanya.
bau asap mmg auto rsa nk marah. lemas
Quote Herlina 9-6-2024 06:58 PM
Cheh! Ingatkan kot 52k kematian tu dalam bencana terkini...dlm 10 tahun ghoper nya.


Dok la sibuk nak jadi polis dunia..baik la pikio masalah negara sendiri
Quote Tinot7 9-6-2024 07:02 PM
Takziah kpd keluarga..

Camne deme selidik zarah2 kecik tu munuh org?

Mesia pun ada jahh jerebu, adakah org2 mati pramatang sbb zarah kecik tu? Sbb now antibeksin dok pompang sbb beksin..
Quote divalaura 9-6-2024 08:49 PM
anony-mous: Lah dlm sedekad. Ingatkan mlm  ...

i pun masa baca ni terus teringat nasib kak kepam LOL
Quote Tunakimchi 10-6-2024 10:24 PM
Lahhh terkejut baca. Rupenye sedekad.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.076054 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top