CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertandingan ratu cantik Miss AI pertama di dunia

9-6-2024 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10289| Komen: 12


KEJELITAAN model kepintaran buatan (AI) kini dipertandingkan dalam arena ratu cantik Fanvue Miss AI buat pertama kalinya di dunia. 

Pertandingan ini akan menilai peserta dari aspek kecantikan, pengaruh media sosial dan penggunaan alat AI oleh pencipta mereka.

Pertandingan yang bermula pada April oleh Fanvue itu menjadi topik perbualan hangat seluruh dunia dan juga mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet.

Berdasarkan populariti model AI seperti Aitana Lopez dan Emily Pellegrini di media sosial, acara sebegini ini pasti akan berlaku dan ada signifikannya.

Kira-kira 1,500 gadis yang dijana AI telah diserahkan oleh pencipta mereka dari seluruh dunia, tetapi hanya 10 daripada yang layak ke peringkat akhir.

Tiga peserta teratas berpeluang memenangi hadiah berjumlah AS$20,000, (RM61,720).

Acara sebegini membawa makna yang lebih besar bukan sekadar hadiah wang tunai kerana memenangi pertandingan ratu cantik pertama di dunia untuk model wanita yang dijana AI pasti akan membuka peluang baharu dalam ruang AI yang semakin berkembang pesat.


ANNE KERDI

Salah satu peserta model AI, Anne Kerdi dari Perancis mahu mahu mempromosikan wilayah Perancis iaitu Brittany.

Dia mewakili Brittany dalam pelbagai aspek seperti pelancongan, sejarah, budaya, acara, gastronomi dan banyak lagi.

“Anugerah ini mahu memperkenalkan pencipta disebalik penghasilan model AI yang sangat jelita dan popular itu.

“Tiada seorang pun daripada kita tahu tentang latar belakang dan kisah mereka yang menghasilkan model-model AI ini.

“Itulah keindahan ruang pencipta AI,” kata pencipta bersama Fanvue, Will Monange.

AI sudah pun digambarkan sebagai sempadan baharu dalam pemasaran kandungan dan pengaruh dengan kelebihan yang paling kerap disebut ialah ketersediaan model 24/7.

KENZA LAYLI (Maghribi)


Begitu juga penyelenggaraan yang rendah berbanding orang sebenar dan boleh muncul hampir di mana-mana pada bila-bila masa.

Tambahnya, teknologi ini masih belum sempurna, kerana kebanyakan model yang dijana AI masih mudah dikenali sebagai ‘palsu’, tetapi teknologi ini berkembang pada kelajuan yang sangat pantas.

Di sebalik populariti avatar yang dijana AI, pertandingan Miss AI pertama di dunia turut mendapat kritikan kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi standard kecantikan tidak realistik yang ditetapkan oleh media sosial.

Keputusan pertandingan Fanvue Miss AI akan diumumkan menjelang akhir bulan ini.

Sumber - RELEVAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 10-6-2024 02:14 PM
tak berapa faham la.. so sape yg bertanding??
Quote noor2 10-6-2024 03:18 PM
Ai kan hasil dari real person yg ditukar jd Ai
Quote noor2 10-6-2024 03:27 PM
Version Ai

[youtube]E-fBt2knm-g?si=HSsTYzghYEo1QLxW[/youtube]
Quote noor2 10-6-2024 03:28 PM
Version original..asal

[youtube]OI_-NR4lA2A?si=72TilrASK4gKn5ls[/youtube]


Quote ifanonline 10-6-2024 03:47 PM
wanita2 AI ni betul2 distort pemikiran lelaki...mencipta wanita sempurna akan menyebabkan penerimaan realiti akan menyedihkan

Quote plywood 10-6-2024 04:01 PM

sangat cantik... luar dari biasa cantiknya.

Quote noor2 10-6-2024 04:05 PM
ifanonline replied at 10-6-2024 03:47 PM
wanita2 AI ni betul2 distort pemikiran lelaki...mencipta wanita sempurna akan menyebabkan penerimaan ...

Kahkah.....
Quote Mary_jane 10-6-2024 04:24 PM
Tak cukup dengan mekap, filter ni tambah plak teknologi AI. Betapa manusia kejar kesempurnaan luaran. Hakikat nya sedey.
Quote LipasComel 10-6-2024 04:47 PM
menakutkan teknologi sekarang ni. takboleh beza dah mana yg betul mana yg tipu
Quote noor2 10-6-2024 05:00 PM
LipasComel replied at 10-6-2024 04:47 PM
menakutkan teknologi sekarang ni. takboleh beza dah mana yg betul mana yg tipu

Jgn lupa..scammer akan guna teknologi ni untuk scam semua org.....cane kita nk bezakan yg real dgn fake kalau Ai lebih detail dlm semuanya...
Quote Tunakimchi 10-6-2024 10:27 PM
AI ni sempurnakan semua yg kurang sempurna. Lawa giler
Quote Tinot7 11-6-2024 06:18 AM
Lelaki kalau dah biasa dgn yg fake, lepaih ni bleh terima yg original ka?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.041651 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top