CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cina dan India bertumbuk di kedai runcit ditahan polis, minuman keras punca gaduh

7-6-2024 04:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9737| Komen: 61



Butterworth: Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, di sini hingga video perbuatan mereka tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata pihaknya mengesan satu video memaparkan insiden pergaduhan dua lelaki itu kira-kira jam 9.45 pagi semalam.

"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 3 Jun (Isnin lalu), kira-kira jam 11.50 malam di sebuah kedai runcit.

"Ketika kejadian, pekerja di premis itu didatangi dua pelanggan lelaki yang salah seorang mereka meminta mengambil minuman keras.

"Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara pelanggan berkenaan dengan pekerja terbabit sehingga mereka bertumbuk dalam premis itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, pergaduhan itu kemudian berlarutan sehingga luar premis apabila pelanggan yang tidak berpuas hati kemudian memukul belakang kepala pekerja kedai itu dengan topi keledar.


"Salah seorang daripada mereka cedera ringan di muka. Polis menahan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya.

Terdahulu tular dua klip video di media sosial memaparkan kejadian pergaduhan antara dua individu di dalam dan luar kedai runcit.

Loading FB Video...

Salah seorang pelanggan yang didapati dalam keadaan mabuk bersama seorang jurujual kemudian bertumbuk dan memukul antara satu sama lain sebelum situasi itu dileraikan orang awam.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 7-6-2024 04:25 PM
Screenshot 2024-06-07 at 4.24.28 PM.png
Quote sharlenetexas 7-6-2024 04:27 PM
Cingcing jadi saksi.


Quote JohnDeSouza 7-6-2024 04:29 PM

pocet jd saksi
Quote A-Are 7-6-2024 04:32 PM
yang bagusnya 2-2 cakap melayu
Quote hokeypokey 7-6-2024 04:33 PM
berita biasa yg selalu kita baca..
Quote bored_atticus 7-6-2024 04:36 PM
nampak kat X orang share, kedai runcit ni majikan nya semua gendut-gendut belaka hahahaha
Quote ifanonline 7-6-2024 04:37 PM
hantar kedua-dua mereka pulang ke negara asal
Quote sharlenetexas 7-6-2024 04:38 PM
Pekerja kilang makanan an joo?


Quote sara_thrash 7-6-2024 04:47 PM
1st aku tengok video ni yang aku fikir "dengan orang mabuk pun jadi."

dia nak berdiri pun tak betul 2 3 kali ko ketuk memang tumbang la.
Quote Skuau 7-6-2024 05:40 PM
A-Are replied at 7-6-2024 04:32 PM
yang bagusnya 2-2 cakap melayu

Kita olang samada MABUK ATAU GADUH SAJA CAKAP MELAYU....maaa...
Quote IzzahF 7-6-2024 05:44 PM
masa dia hempuk cina tu dgn helmet nasib panjang lg umur. kalo tak 304 la ko tak pasal2
Quote A-Are 7-6-2024 07:34 PM
Skuau replied at 7-6-2024 05:40 PM
Kita olang samada MABUK ATAU GADUH SAJA CAKAP MELAYU....maaa...

tp uncle cina tu bila cakap boleh tahan fluent..xrasa jenis gaduh baru cakap..tgk gaya mmg jenis fasih orgnya
Quote kashaz 7-6-2024 07:56 PM
Viral kedai Kim Leong nih. Ada komen katanya jurulatih taekwando, dan owner.

Cuma masih tak faham apa punca dia marah tu. Mungkin ni bukan 1st time?
Quote plywood 7-6-2024 08:32 PM
Kelakarlah cina ni.. langsung sambut cabaran, tak ada dah fikir2..  perwatakan spt pendekar

" u mau one bye one ah"

"gentleman tak.. gentleman ahh"

"okkkkkkkkkkkkkk" lepas kepala kena hempuk

.....tapi nampak mcm memang tau nak lawan cina ni, tengok dia blok helmet tu pun konfiden dan terus serang balik,.. movement spt orang yang ada martial art.
Quote orangbiasaje 7-6-2024 08:35 PM
IzzahF: masa dia hempuk cina tu dgn he ...


jap, 304 tu ikut urban dictionary maksudnya pelacur...apa kaitan dgn diorg gaduh?
Quote syamzana 7-6-2024 08:50 PM
kucing kan main aksi slow motion jd saksi

pagi2 buta pun mabuk ke apa yindia ni??
yg kwnnya pun tarik je la suh balik, dok tgk sampai terkulai melepek dilantai

x sesia uncle jadi coach taekwando
Quote _kelly 7-6-2024 09:26 PM
kucing tu la paling glemer..cool je
Quote kechikchomel 7-6-2024 09:26 PM
orangbiasaje replied at 7-6-2024 08:35 PM
jap, 304 tu ikut urban dictionary maksudnya pelacur...apa kaitan dgn diorg gaduh?

Seksyen 304 kot? Sebabkan kematian tanpa niat
Quote grouper 7-6-2024 09:29 PM
Aku p tengok kedai ni dalam google maps...rupa rupanya kucing tu mmg famous kat kedai ni dah jadi tarikan pengunjung.. banyak gambar customer amik ngan kucing tu mcm selebriti oo

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.060558 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top