Susulan terlalu berang denagan watak Sally yang dilakonkan oleh Haneesya Hani dalam drama Aku Bukan Ustazah, seorang lelaki mengutuk rupa paras aktres terbabit. Kesal dengan tindakan lelaki itu, Haneesya memohon orang ramai untuk tidak terlalu terbawa-bawa emosi dengan drama yang ditontonkan hingga tergamak menghina wajahnya. "Itu Sally, bukan saya. Kalau nak menghina pun agak-agaklah. Komen-komen negatif seperti ini sia-sia, buat dosa." Kata Haneesya, sepatutnya netizen menjadikan drama tersebut sebagai pengajaran hidup dan bukannya menjadi ia sebagai platform untuk menyerang hal perbadi pelakon. Dalam pada itu, aktres terbabit turut menyatakan dirinya membaca semua komen yang ditinggalkan oleh netizen di akaun media sosialnya, sama ada positif atau negatif.
"Sebenarnya saya baca setiap komen dan macam-macam kata saya Barbie, Aisha Winx Club, Esmeralda dark skin mode serta banyak lagi." Sekadar info, drama Aku Bukan Ustazah turut dibintangi oleh MK K-Clique, Zahiril Adzim, Erysha Emyra, Syaza Bae dan ramai lagi. SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
sharlenetexas replied at 7-6-2024 04:15 PM
Zaza tu yg paling jahat. Sejenis kawan batu api.
jihyomelly replied at 7-6-2024 04:33 PM
betul zaza yg putih melepak tu very the batu api..asyik membakar sally tu sally itam terbakar dek ...
hokeypokey replied at 7-6-2024 04:31 PM
omputeh suka jer kulit camni..
laksmanabentan replied at 7-6-2024 03:52 PM
laaaa... tak habis2 lagi ker??
modal dia tu jer ker.... hahahahaa...
kerani_je replied at 7-6-2024 05:43 PM
Nanti konfem die ni dapat kawin mat saleh punye..pasal org melayu kite select nk bini putih2 aje.. ...
ADVERTISEMENT