Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia tidak pernah berasa malu dan menyesal dengan keputusan perceraiannya dengan bekas suami. Menerusi hantaran di Instagram Story, Shila menjawab pertanyaan pengikutnya yang meluahkan rasa malu untuk menuntut penceraian. Menurutnya, keputusan yang dibuat adalah demi kebaikan dirinya dan anak lelakinya, Seth Uwais. "Saya tak malu sebab saya buat benda betul untuk diri sendiri dan anak saya." "Setiap keputusan kita, kena berbangga..tiada penyesalan. Saya tahu apa yang terbaik buat diri saya berbanding orang lain." Dalam pada itu, Shila menegaskan tidak perlu teragak untuk berpisah sekiranya pasangan tidak menjalankan tanggungjawab yang baik sebagai seorang suami. "Kalau selama ini awak jadi isteri yang baik tapi suami curang, dia dera mental dan fizikal, tidak bertanggungjawab ke, tak payah malu."
Untuk rekod, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun bercerai selepas empat tahun bersama. Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun. Kemudian, Shila mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Ubai MZ pada 5 Ogos tahun lalu dan telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu. Sumber : OhBulan |
Perawankota replied at 6-6-2024 07:36 PM
Dah lah cerita brg yg lepas
sukanyanyi replied at 6-6-2024 07:46 PM
Dia mmg suka buka Q&A kat igs.. of cos la org tanya mcm2 yg ada kaitan dgn personal kan.. boleh je ...
Perawankota replied at 6-6-2024 07:49 PM
Ooo kisahnya.. tak pernah tgk igs dia..
msdummy.2018 replied at 7-6-2024 10:12 AM
Nih untuk netizen yg bertny tuh..agak bodoh ek...ko cuma akan rasa malu kalau ko bercerai sb ko yang ...
esbok replied at 7-6-2024 01:08 PM
Sebab dunia ni ada sistem. Ada manusia yang memang ikut sistem ni , kalau tak, kau tak fit in.
Ka ...
cmf_PariS replied at 7-6-2024 12:17 PM
dia dh pandai cakap bm ya?
ADVERTISEMENT