CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azlee Dikejarkan Ke Institut Jantung Negara, Ropie Mohon Doa Orang Ramai

6-6-2024 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2311| Komen: 0

Description: Pelakon dan pelawak, Azlee Senario dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi difahamkan berikutan masalah kesihatan jantung.

Pelakon dan pelawak, Azlee Senario dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi difahamkan berikutan masalah kesihatan jantung.

Perkara tersebut dikongsikan oleh rakan artis iaitu Ropie di Instagram miliknya. Menerusi hantaran tersebut, Ropie memuat naik tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp beserta foto Azlee sedang menerima rawatan.

"Mohon doakan abang Azlee Senario, sekarang berada di Hospital Sungai Buloh, perjalanan ke IJN."

"Mohon sama-sama kita doakan semoga dipermudahkan urusannya."

Dalam masa yang sama, Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan Azlee.

"Assalamualaikum semua, marilah bersama kita doakan semoga teman kita Azlee diberikan sepenuh kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusannya. Amin."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai rakan seindustri yang terkejut melihat keadaan Azlee dan turut mendoakan agar dia diberikan kesembuhan.


Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.043779 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top