Isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Ajak iaitu Afifah Amin bersedih kerana terkenang akan anak muridnya. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Afifah dilihat sedang menangis teresak-esak di sisi suaminya. Difahamkan kesedihan itu adalah kerana anak murid Afifah bertanya tentang taman tema kanak-kanak popular yang terletak di ibu negara iaitu Kidzania. "Anak murid dia tanya, Kidzania macam mana. Dia tak sampai hati nak cerita." Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak kemudian cuba untuk memujuk Afifah. Dia juga memohon doa agar dilimpahkan rezeki supaya dapat membawa anak murid isterinya ke taman tema tersebut.
"Tak apa, nanti kita bawa budak-budak tu pergi. Baguslah cikgu ni." "Insya-Allah bu, doakan rezeki baba. Bila cukup nanti baba bawa satu sekolah pergi sana." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak berikutan para pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza dan tidak semua mampu untuk menikmati zaman kanak-kanak mereka. Warganet yang bergelar pengajar juga turut berkongsi pengalaman sama ketika berdepan dengan situasi seperti Afifah. "Beginilah bila seorang cikgu mendidik dengan jiwa." "Budak-budak yang susah tu ramai, cikgu lah yang mampu mengeluarkan mereka dari kemiskinan dengan ilmu." "Anak murid saya pernah tanya macam mana rasa ayam. Jadi cikgu berpakat gilir-gilir beli untuk dia." "Moga ada rezeki Ajak bawa budak-budak pergi sana. Amin." Sumber: TikTok Ajak/OhBulan |
intan244 replied at 6-6-2024 05:04 PM
aku xpemah pegi pon kidzania. xrasa nk pegi pon. hidup elok je. baik pegi tempat2x ilmiah petrosains ...
Manusiabesa replied at 6-6-2024 05:46 PM
Tiket masuk sorg bopa ratuih??
Aku klu ada kidzania dkt2 aku nk jugak ikhtiar bawa anak aku pi.. saj ...
Manusiabesa replied at 6-6-2024 05:46 PM
Tiket masuk sorg bopa ratuih??
Aku klu ada kidzania dkt2 aku nk jugak ikhtiar bawa anak aku pi.. saj ...
intan244 replied at 6-6-2024 05:04 PM
aku xpemah pegi pon kidzania. xrasa nk pegi pon. hidup elok je. baik pegi tempat2x ilmiah petrosains ...
Manusiabesa replied at 6-6-2024 05:46 PM
Tiket masuk sorg bopa ratuih??
Aku klu ada kidzania dkt2 aku nk jugak ikhtiar bawa anak aku pi.. saj ...
Peachlilac replied at 6-6-2024 07:27 PM
you tak pernah pergi tapi you boleh cakqp kidzania tak ilmiah? kidzania is a good place nak nurtur ...
zuriey replied at 6-6-2024 08:52 PM
Hati2 chuols skrng ramai budak2 dan org tua kena pneumonia
Mak i baru meninggal bulan lepas kes pn ...
kerani_je replied at 6-6-2024 06:16 PM
Sekarang dah murah rasa dlm rm60 lebih..Dulu pernh masuk dlm range harga rm100 lebih..Ajak mampu j ...
ADVERTISEMENT