CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelancong Indonesia tangkap penyeluk saku ketika bercuti di Itali

6-6-2024 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8847| Komen: 19


ROM – Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan seorang pelancong dari Indonesia yang berjaya menangkap penyeluk saku ketika dia sedang bercuti di Venesia, Itali, lapor akhbar Gema Sulawesi semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mood.jakarta, pelancong tersebut turut memarahi dua wanita lain yang merupakan rakan subahat penyeluk saku berkenaan. 

Lebih mengejutkan adalah apabila kesemua penyeluk saku terbabit mengenakan pakaian yang rapi sambil membawa beg tangan berjenama. 

Rakaman tersebut mengundang perhatian orang ramai dan menjadi contoh kepada orang lain untuk memberanikan diri ketika berdepan perkara seumpama itu. 

Keberanian pelancong tersebut juga dianggap sebagai peringatan bagi pelancong yang lain untuk sentiasa berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga ketika bercuti. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maleficent 6-6-2024 09:28 AM
Mana videonya?
Quote fofuler 6-6-2024 10:16 AM
Deme europeans ni tak tau yang indonesians lagi licik. Rasain lho
Quote Sesuatu… 6-6-2024 12:59 PM
Kemon nusarayA cemar la duli dlm benang ni
Quote airfilterkotor 6-6-2024 01:20 PM
Apabila pencopet nyobain pencopet agung.
Quote maggisedap 6-6-2024 01:23 PM
Kalau pakai bagpack, pernah kena dia cucuh puntung rokok. Bila kita terkejut dia akan cepat2 bukak bagpack kita kat belakang.
Quote matamata 6-6-2024 01:29 PM
Gypsy?
Quote sharlenetexas 6-6-2024 01:37 PM
Selalunya gypsy. Tapi ni pakai smart. Gypsy gak ke?


Quote KamikuP 6-6-2024 02:15 PM
videonya mana pundek"?
Quote plywood 6-6-2024 02:40 PM
Scammer dibali
[youtube]NFPsOU6Jiig[/youtube]

Quote yenil95 6-6-2024 04:17 PM
tempat pelancong ramai memang ramai pencopet hatta di sini pun. kena hati-hati dan waspada.
Quote manamana123 6-6-2024 04:41 PM
Tapi mmg bandar besar kat europe banyak thief, especially paris banyak dah kasus viral , kim kardashian ada bodyguard kena rampas jg

Kalau belanja kat luxury boutique pun diorang akan cover luxury paperbag dgn white paperbag
Quote tungkai 6-6-2024 04:45 PM
Tak takut kena santet ke dok mencopet ummah Nusantara ni??
Quote Gunama 6-6-2024 06:32 PM
When in Rome, do as the Romans do kekdah nyerrrr
Quote Tinot7 6-6-2024 06:42 PM
plywood replied at 6-6-2024 02:40 PM
Scammer dibali

Jgn tukaq duit kat sana..
Quote Tinot7 6-6-2024 06:43 PM
Itali mmg ramai pencopet.. better pi dgn tour group..
Quote dani-rox 6-6-2024 06:54 PM
[youtube]mslsdmcVI98[/youtube]
Quote Decaffeinated 6-6-2024 10:36 PM
Aku pun pernah hampir kena copet di Rome.

Diselamatkan cuma oleh langkah berhati2 yang aku ambil dari awal. Belajar dari pengalaman di Paris. Kat sana you're on your own kalau apa2 jadi tak boleh harap the crowd akan tolong pukul macam di tanah air sebab most of them are just like you, tourists yang blur2.
Quote Neno90 10-6-2024 02:07 PM
Europe mmg ramai penyeluk saku.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.034531 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top