PETALING JAYA – Sering sebar hadis lemah didakwa menjadi punca pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menerima kecaman orang ramai sehingga direhatkan daripada sebuah program rancangan televisyen. Carian Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pengguna mendakwa pendakwah terbabit pernah beberapa kali berkongsi kisah atau hadis yang tidak sahih atau terlalu dhaif. Selain itu, beberapa individu pernah membuat teguran secara terbuka kepada pendakwah terbabit berhubung perkongsian hadis yang dibuat olehnya dalam beberapa ceramah atau di media sosial. Malah, pada April lalu Ustaz Don juga berdepan kritikan daripada orang ramai apabila bertindak melagukan selawat dengan menggunakan lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza di dalam sebuah rancangan televisyen. Tinjauan di media sosial mendapati, sesetengah pengguna mendakwa perbuatan menyebar hadis lemah itu bukan pertama kali dilakukan oleh pendakwah terbabit.
“Bukan pertama kali dia buat hal, ini dia percaya ajaran bible yg mengatakan Hawa A.S ambil keputusan untuk makan buah khuldi. Sedangkan di dalam al-Quran, tidak ada satu firman yang mengatakan Hawa A.S yg mengajak Adam A.S. Buat lawak tapi tak belajar habis,” dakwa Epul. “Secara peribadi saya dah lama sekat. Sudah bosan dengan kisah-kisah palsu yang dijaja. Akal yang sihat sukar untuk mencerna,” kata Zaiton. “Ustaz Don terlalu banyak kali buat “cerita” gunakan nas dan sanad yang lemah serta dhoif. Dalam kes ini cerita “first love” Nabi Muhammad S.A.W pula, Mufti Wilayah pun tegur kerana sanadnya terlalu lemah dan tak diketahui sumber asalnya,” kata Malaysian Boy. “Saya rasa dia lebih baik bercakap pasal bidang dia sahaja. Ajar solat, mengaji tu tak apa tapi bila bercakap pasal hadis bukan kepakaran dia,” kata Ghaz. Terdahulu, Ustaz Don menerima kritikan apabila mendakwa Nabi Muhammad S.A.W pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan itu merupakan cinta pertama Rasulullah. Susulan dakwaan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kisah tersebut yang dikatakan benar, namun ia hanya ditolak sekali sahaja pada tahun pembukaan kota Mekah sewaktu Ummu Hani baharu memeluk Islam manakala dua lamaran yang berlaku sebelum Islam tidak diterima kerana sanad riwayatnya terlalu lemah. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Omai: don..don.. dulu zaman dia buja ...
ADVERTISEMENT