PETALING JAYA – Seorang wanita bersuamikan lelaki berusia 80 tahun yang tular baru-baru ini tidak menyangka kenalan datuknya kini menjadi ‘imam’ yang dinikahi sejak 10 tahun lalu. Mengimbau kembali detik perkenanalan itu, Zaleha Zainul Abidin, 42, berkata, dia sudah lama mengenali suaminya, Yob Ahmad, 80, yang juga kenalan datuknya. Menurut wanita itu, walaupun tiada sebarang pertalian darah, tetapi hubungan baiknya dengan Pak Yob sudah dianggap seperti keluarga sendiri. “Pak Yob rapat dengan atuk dan bapa saudara saya. Jadi sejak remaja saya sudah kenal dan hormat Pak Yob. “Selepas perkahwinan pertama gagal, saya tertarik dengan sikap Pak Yob yang sangat pengasih dan penyayang. Bercakap dengan orang pun suaranya sangat lembut ibarat seperti sutera. “Dia (suami) juga mempunyai pegangan agama yang kuat,” kata wania itu. Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan Yob atau mesra disapa Pak Yob sedang mengiqamatkan zuriat pertama pada usia mencecah 80 tahun.
Video anak perempuan Pak Yob yang dilahirkan pada puku 9.30 malam, 31 Mei lalu tular di media sosial sehingga mendapat lebih 2.5 juta tontonan. Zaleha yang menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang memaklumkan, dia dan suaminya berasa terkejut sebaik mengetahui dirinya mengandung selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Sumber – KOSMO! ONLINE |
krustykrab replied at 6-6-2024 10:04 AM
Umo 90 anak baru 10.
penmerah replied at 6-6-2024 10:02 AM
Nampak atuk ni pun mcm lembut baik Dan seperti Masih sihat
Atuk ni nampak lagi 'good looking Dan men ...
pittjie replied at 6-6-2024 11:15 AM
serius la lelaki umur 80 still fertile?
ADVERTISEMENT